Nasi Hayashi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nasi hayashi

Hayashi rice (ハヤシライス? Nasi hayashi) adalah makanan Jepun berupa nasi putih yang dihidangkan dengan kuah pekat daging lembu. Bahan berupa bawang bombay yang ditumis dengan mentega hingga wangi. Daging dimasak hingga empuk di dalam sos demiglace dan sering dicampur sos tomato. Wain anggur merah sering ditambah agar aroma masakan menjadi harum.

Nasi Hayashi merupakan salah satu contoh makanan Jepun yang berasal dari Barat. Di Osaka dan Kobe, makanan ini dikenal juga sebagai nasi Haishi. Nasi hayashi merupakan menu popular di restoran keluarga yang menyediakan pelbagai masakan untuk anggota keluarga. Nasi hayashi juga boleh dibuat dengan kuah yang berasal dari bahan dari kotak.

Daging lembu selalu digunakan untuk membuat nasi hayashi. apabila daging babi yang digunakan, masakan ini disebut Pork Hayashi. Sayuran seperti cendawan butang atau cendawan shimeji turut ditambah ke dalam masakan daging.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Ada pelbagai versi tentang asal-usul nasi hayashi. Menurut salah satu cerita yang sering dikutip, ilham masakan ini berasal dari pengusaha kilang Maruzen, Yūteki Hayashi. Menurut cerita lain, tukang masak bernama Hayashi di restoran Ueno Seiyoken sering menyediakan nasi hayashi untuk pekerja dapur dan pelayan ketika waktu makan. Kemungkinan lain, istilah "hayashi" berasal daripada sebutan orang Jepun sewaktu menyebut menu "hashed beef with rice".

Buku sejarah seratus tahun Maruzen (Maruzen Hyakunen-shi) menjelaskan bahawa pengarahnya, Yūteki Hayashi sering menghidangkan nasi dengan kuah pekat dari bermacam-macam sayuran yang digaul untuk para tetamu. Masakan tersebut disebut para tamu sebagai nasi Hayashi. Setelah itu, pelbagai restoran mengikut cara menghidangkan nasi hayashi. Buku yang sama menjelaskan bahawa ketika zaman Meiji, sudah wujud restoran ala Barat yang terkenal dengan hidangan nasi bersama hash beef. Rumah makan tersebut bernama Mikawa-ya di Kandasakuma-chō, Tokyo. Walaupun begitu, Maruzen tetap mendakwa Yūteki Hayashi sebagai pencipta nasi hayashi, dan masih terus menjual produk sos nasi hayashi dalam tin.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]