Cendawan butang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendawan butang
Pengelasan saintifik
Alam: Kulat
Divisi: Basidiomikota
Kelas: Homobasidiomiset
Subkelas: Homobasidiomisetidae
Order: Agaricales
Keluarga: Agaricaceae
Genus: Agaricus
Spesies: A. bisporus
Nama binomial
Agaricus bisporus
(J.E.Lange) Imbach
Agaricus bisporus
Ciri-ciri mikologi:
Gills icon.png 
Himenium berinsang
Conical cap icon.svg 
Pileus berbentuk cembung
Ring stipe icon.png 
Gegelang pada tangkai
Brown spore print icon.png 
Cetakan spora berwarna perang
Saprotrophic ecology icon.png 
Ekologi: Saprofit
Edible toxicity icon.png 
Status sebagai makanan: Boleh dimakan

Agaricus bisporus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan butang, cendawan meja atau cendawan tani merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan tumbuh semula jadinya di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari lewat musim bunga hingga musim luruh di seluruh dunia. Walaupun spesies ini hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara tetapi populasi spesies ini naik mendadak dan merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia.

Agaricus bisporus yang tumbuh liar secara semula jadi mempunyai pileus keperang-perangan serta insang yang berwarna perang gelap. Bagaimanapun variasi yang lebih hampir dengannya ialah genus Agaricus putih dengan pileus, batang dan isi masing-masing berwarna putih serta insang yang berwarna perang.

Sebahagian besar kedai runcit di negara barat menjual cendawan ini dalam bentuk tin dan penyediaan secara segar. Insang cendawan ini sering dibuang ketika penyediaan. Cendawan butang yang telah dimasak biasanya ditabur di atas piza dan kaserol, secara mentah yang dimakan bersama salad dan sebagainya. Seorang pakar mikologi bernama Paul Stamets berasa bimbang kerana kemungkinan cendawan ini mengandungi kuantiti kecil kimia agaritin yang berbahaya iaitu kaseinogen yang biasa didapati pada kulat tetapi tidak dikenalpasti berapa banyak paras kimia tersebut untuk menyebabkan keracunan kepada pengguna dan menjadi isu hangat pada masa ini.[1]

Taksonomi dan penamaan[sunting | sunting sumber]

Agaricus bisporus dikenali sebagai champignon de Paris di Perancis. Ia juga disebut "champignon" (Perkataan Perancis untuk "kulat") di kebanyakan negara.

Cendawan butang yang biasa ditanam merupakan ahli genus Agaricus yang besar di mana kebanyakan ahlinya boleh dimakan, mempunyai perisa dan dikutip secara meluas di seluruh dunia. Paling dikenali dan popular yang dikutip secara liar ialah A. campestris yang dikenali sebagai meadow mushroom di Amerika Utara atau field mushroom di England and Australia. Spesies ini banyak dijumpai di Amerika Syarikat dan Eropah.

Agaricus bisporus berasal daripada nama Agaricus brunnescens oleh Charles Horton Peck pada tahun 1900 sebelum ditukar dan disinonimkan kepada A. bisporus.

Nama bisporus dikatakan berasal daripada perkataan bi yang bermaksud dua dan sporus bermaksud spora. Kebanyakan Basidiomycota memiliki empat spora per basidium tetapi spesies ini hanya memiliki dua spora per basidium.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Keratan rentas cendawan butang.

Bahagian pileus spesies liar yang asli berwarna kelabu keperang-perangan dengan sisik yang lebar serta mendatar di atas latar belakang yang lebih pucat dan beransur pudar menghala ke birai. Pada mulanya cendawan ini berbentuk hemisfera sebelum mendatar keluar menghampiri usia kematangan dan bergaris pusat 5-10 sm (2-4 in). Pada mulanya, bahagian insangnya berwarna merah jambu sebelum bertukar kepada merah keperang-perangan. Akhirnya, insang tersebut menjadi perang tua dengan bahagian tepinya berwarna keputih-putihan. Batangnya yang berbentuk silinder mampu mencapai ketinggian lebih 6 sm (2⅓ in) dengan 1-2 sm lebar dan mempunyai cecincin yang tebal dan nipis di mana mungkin berjalur di sebelah atas. Isinya yang pejal berwarna putih tetapi berubah kepada merah jambu semasa lebam.[2] Bahagian sporanya berukuran sekitar 4.5-5.5 x 5-7.5 μm.

Spesies sepunya[sunting | sunting sumber]

Bahagian bawah cendawan butang.

Biasanya cendawan ini mudah dikelirukan dengan kulat yang beracun, Amanita Virosa yang juga dikenali orang ramai sebagai destroying angel. Walaupun nampak serupa dari segi bentuk fizikalnya tetapi kedua-dua spesies ini mempunyai sedikit perbezaan dari segi bentuk di bahagian tapak pileus yang dikenali sebagai volva dan warna insangnya. Amanita Virosa mempunyai insang yang berwarna putih manakala Agaricus bisporus hampir kepada warna perang atau merah jambu. Oleh sebab itulah kita perlu mencuci cendawan terutama di bahagian volva sehingga serpihannya dibuang untuk menentukan coraknya, di samping itu memotong spesimen muda untuk mengenalpasti warna insangnya. Selain itu, "destroying angel" tumbuh di atas kayu berlumut dan hidup secara simbiosis dengan pokok fir.

Satu lagi cendawan yang agak sama dan popular iaitu Agaricus xanthodermus yang berwarna kuning. Biasanya cendawan tersebut dijumpai di serata dunia di kawasan berumput di mana dapat dikenalpasti melalui bau kimia beracun, fenol dan isinya akan bertukar kuning apabila lembik. Kulat ini memberi kesan kepada bahagian gastrousus seperti rasa loya dan muntah pada sesetengah orang.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Cendawan butang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi khususnya kandungan vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.

Selain itu, cendawan ini juga mempunyai perisa yang unik berbanding cendawan lain. Tiada perisa khusus untuk diterangkan; Cendawan secara umumnya digambarkan sebagai "kayu" kerana mempunyai rasa yang agak pahit tetapi cendawan butang mempunyai rasa sedikit manis atau agak "berdaging".

Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit atau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.fungi.com/mycomeds/agaritine.html
  2. Zeitlmayr L (1976). Wild Mushrooms:An Illustrated Handbook. Garden City Press, Hertfordshire. m/s. 82-83. ISBN 0-584-10324-7. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]