Nasi goreng ayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasi goreng ayam
Jenis sajianMain course
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauSemenanjung Malaysia
Masakan berkaitanMalaysia
Bahan utamaNasi ,bawang merah,bawang putih,cili kisar,ayam,daun bawang,daun sup dan bawang goreng
Keragaman/variasiNasi goreng
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasi goreng ayam(Jawi: ناسي ڬوريڠ ايم) ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng ayam adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Jenis masakan[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan nasi ayam, jelas menunya merujuk kepada penggunaan nasi goreng. Lazimnya, nasi goreng tersebut hanyalah mempunyai ramuan lazim iaitu perencah utama seperti bawang, pes rencah dan sedikit sayuran. Walau bagaimanapun, penggunaan ayam dalam hidangan yang membezakan nasi goreng ayamnya.

Sesetengah tukang masak hanya memotong ayam goreng dan dihidangkan bersama nasi goreng yang telah siap diletakkan di atas pinggan. Satu lagi variasi ialah tukang masak tersebut memasak sekali ayam yang telah digoreng itu ke dalam gaulan nasi goreng yang masih tengah dimasak. Ada sesetengah tukang masak pula memasukkan ayam mentah yang dijadikan rencah untuk nasi goreng itu sendiri.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

Nasi goreng ayam ialah perpaduan antara Nasi goreng dan Nasi ayam . Sama ada ayamnya di rebus kemudian di goreng atau ayamnya hanya di goreng . Nasi goreng ayam bagi masyarakat Malaysia di hidangkan dengan sup iaitu campuran pati ayam , daun sup , daun bawang dan bawang goreng .

Hidangan[sunting | sunting sumber]

Nasi goreng ayam secara lazimnya dihidang bersama hirisan timun. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada, hirisan tomato ataupun keropok, bersama sos atau sambal. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan yang lazimnya dikaitkan dengan nasi ayam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]