Negara Saudi Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Al-Dawla Al-Su'odiyah Al-Oula
الدولة السعودية الأولى
Negara Saudi Pertama

1744–1818

Bendera Diriyah

Ibu negara Diriyah
Bahasa Bahasa Arab
Agama Islam
Kerajaan Monarki
Imam
 - 17441765 Mohammed ibn Saud
 - 17651803 Abdul Aziz ibn Mohammed Ibn Saud
 - 18031814 Saud ibn Abdul Aziz ibn Mohammed Ibn Saud
 - 18141818 Abdullah bin Saud
Sejarah
 - Persetujuan Diriyah 1744
 - Perang Uthmaniyyah-Saudi 1818
Kini sebahagian daripada 744px-Flag of Saudi Arabia.svg-1-.png Arab Saudi
 Emiriah Arab Bersatu
Bendera Qatar Qatar
 Bahrain
 Oman
 Yaman

Negara Saudi Pertama didirikan pada tahun 1744 (1157 H.) ketika Sheikh Muhammad ibn Abd al Wahhab menetap di Diriyah dan Raja Muhammad ibn Saud (dari Riyadh) setuju untuk mendukung dan mendukung Wahhab, dengan pandangan membersihkan kepercayaan Islamiah dari apa yang dianggap oleh mereka menjadi putar belit amalan Islamiah (lihat Wahabi). Dewan Saud dan sekutunya berkembang menjadi dominan di negara Arab, pertama menundukan Nejd, lalu memperluas kekuasaan mereka ke pantai timur dari Kuwait sampai Oman. Orang Saudi juga membawa tanah tinggi 'Asir di bawah kedaulatan mereka, dan pasukan Wahabi mereka mengadakan serangan di Iraq dan Syria, memuncak pada penjarahan bandar suci Syiah, Karbala tahun 1801.

Pada tahun 1802, pasukan Saudi memasukkan daerah Hijaz di bawah kekuasaan mereka dan merebut dua kota suci, Makkah dan Madinah. Hal ini menyebabkan kemarahan Empayar Uthmaniyyah, yang telah menguasai bandar suci itu sejak tahun 1517, dan memaksa Uthmaniyah bertindak balas. Tugas untuk menghancurkan Wahabi diberikan oleh Empayar Uthmaniyyah kepada wizurai kuat Mesir, Muhammad Ali Pasha. Muhammad Ali mengirim pasukannya ke Hejaz melalui laut dan merebutnya kembali. Anaknya, Ibrahim Pasha, lalu memimpin pasukan Uthmaniyyah ke pusat Nejd, merebut bandar ke bandar, dan membuat pasukannya menghancurkan kampung yang melawan dengan sedikit belas kasihan, kejadian yang masih diingat di Nejd sampai saat ini. Akhirnya, Ibrahim mencapai ibu negara Saudi, Riyadh dan menyerangnya untuk beberapa bulan sampai kota itu menyerah pada musim dingin tahun 1818. Ibrahim lalu membawa banyak anggota kaum Al Saud dan Ibn Abd Al-Wahhab ke Mesir dan ibu kota Uthmaniyyah, Istanbul, dan memerintahkan penghancuran Diriyah, yang reruntuhannya kini tidak pernah disentuh kembali. Imam Saudi terakhir, Abdullah bin Saud dihukum bunuh di ibu negara Uthmaniyyah, dan kepalanya dilempar ke air Bosphorus. Sejarah Negara Saudi Pertama berakhir, namun, Wahhabi dan kaum Al Saud hidup terus dan mendirikan Negara Saudi Kedua yang bertahan sampai tahun 1891, dan negara ketiga, Arab Saudi, yang masih ada hingga kini.

Pemimpin Negara Saudi Pertama[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Imam" disini bererti pemimpin politik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]