Nicola Sansone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nicola Sansone
Sansone bersama Itali
Maklumat peribadi
Nama penuh Nicola Domenico Sansone
Tarikh lahir (1991-09-10) 10 September 1991 (umur 32)
Tempat lahir Munich, Jerman[1]
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bologna
Nombor 10
Kerjaya remaja
0–2002 SV Neuperlach
2002–2010 Bayern Munich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Bayern Munich II 32 (2)
2011–2014 Parma 43 (8)
2011–2012Crotone (pinjam) 35 (5)
2014–2016 Sassuolo 84 (17)
2016–2019 Villarreal 53 (14)
2019Bologna (pinjam) 15 (2)
2019– Bologna 38 (6)
Pasukan kebangsaan
2007 Itali B17 1 (0)
2009 Itali B18 1 (1)
2009–2010 Itali B19 6 (1)
2012 Itali B20 1 (0)
2012–2013 Itali B21 7 (0)
2015– Itali 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Jun 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2016

Nicola Domenico Sansone (sebutan bahasa Itali: [niˈkɔːla doˈmeːniko sanˈsoːne]; lahir 10 September 1991) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Itali, Bologna dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Sansone telah dilahirkan di Munich, Jerman dan kelab pertama yang disertainya ialah SV Neuperlach. Semasa berusia sepuluh tahun, beliau telah berpindah ke kelab Bayern Munich dengan mengembangkan bakatnya di Pasukan Junior. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan Bayern pada Januari 2010 dalam aksi 3. Liga menentang Dynamo Dresden.[2] Beliau telah tampil dalam tiga perlawanan lagi pada musim 2009–10 sebelum menjadi tonggak utama pasukan pada musim 2010–11. Pada Oktober 2010, beliau telah disenaraikan sebagai pemain simpanan skuad utama Bayern dalam aksi Bundesliga menentang Freiburg. Beliau telah dilepaskan Bayern pada Jun 2011 selepas pasukan simpanan Bayern tersingkir daripada saingan 3. Liga.

Sassuolo[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Januari 2014, Sansone bersama rakan sepasukannya, Pedro Mendes dan Aleandro Rosi telah menyertai Sassuolo dari kelab Serie A, Parma. Sansone dan Mendes telah menandatangani kontrak rundingan pemilikan bersama yang masing-masing bernilai 2.5 juta euro dan 500,000 euro.[3][4] Namun, Rosi telah berpindah secara pinjaman ke Sassuolo dari Parma sebagai sebahagian daripada pertukaran dengan pemain Jonathan Rossini yang bertempoh sementara.[5]

Pada Jun 2014, Raman Chibsah dan Sansone telah menyertai Sassuolo dengan serta-merta dalam perpindahan yang bernilai 5.75 juta euro dari Parma manakala Parma membawa masuk semula Mendes melalui perpindahan bernilai 2.5 juta euro.[3][6]

Villarreal[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2016, Sansone telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Villarreal dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai 13 juta euro.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Villarreal pada aksi La Liga yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Granada pada 20 Ogos.[8] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab pada 10 September ketika menumpaskan Málaga 2-0 dalam aksi liga yang berlangsung di gelanggang lawan.[9]

Bologna[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Januari 2019, beliau telah menyertai kelab Itali,Bologna secara pinjaman bersama pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[10]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sansone melakukan penampilan sulungnya untuk bawah-17 Itali pada November 2007 bersama dengan rakan sepasukannya di Bayern, Roberto Soriano. Kedua-dua pemain itu telah dipanggil untuk menyertai kejohanan antarabangsa di Minsk pada 2008.[11] Beliau telah menjaringkan gol pada aksi kedua kejohanan semasa menewaskan Belarus yang berakhir dengan kemenangan Itali 3-0.[12] Namun, beliau tidak dipanggil untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-17 2008.

Beliau telah beraksi untuk pasukan bawah-19 pada 11 Mac 2009 dalam perlawanan kedua pada musim 2009–10 . Beliau juga telah dipanggil untuk menghadapi perlawanan persahabatan berikutnya menentang Ukraine yang menyaksikan Ukraine sedang melakukan persiapan untuk bertanding ke Kejohanan Eropah Bawah-19 2009. Beliau telah menjaringkan gol dalam pertembungan itu yang berkesudahan dengan keputusan terikat seri 2-2.[13] Beliau seterusnya digugurkan daripada pasukan apabila beliau tidak dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-18 untuk menyertai kejohanan persahabatan yang diadakan di Slovakia.[14] Pada November 2009, beliau telah dipanggil oleh pasukan bawah-19 untuk menghadapi kempen kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-19 2010. Beliau telah menggantikan kapten pasukan, Jacopo Sala dalam perlawanan pertama. Pada dua perlawanan berikutnya, beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama pasukan dengan menjadi pemain sayap sambil bergandingan dengan Mattia Destro dan Nicolao Dumitru ketika menentang San Marino dengan mengatasi pemain pilihan, Marco D'Alessandro. Dalam perlawanan terakhir menentang Republik Ireland, Sansone bergandingan dengan Destro dalam formasi 4-4-2. Sansone kemudiannya telah dipilih dalam satu[15] daripada tiga aksi persahabatan menjelang kelayakan elit Kejohanan Eropah 2010. Namun, beliau tidak menerima panggilan lagi apabila beberapa pemain utama telah pulih daripada kecederaan dan kembali daripada khidmat mewakili pasukan bawah-21 seperti Fabio Borini, Roberto Soriano dan lain-lain.

Sansone melakukan penampilan pertamanya bersama pasukan bawah-20 pada Februari 2012. Beliau juga beraksi dalam aksi persahabatan tidak rasmi bersama dengan Itali B pada Disember 2011.

Pada 31 Mei 2015 Sansone telah mendapat panggilan pertama untuk menyertai skuad senior oleh jurulatih Antonio Conte.[16] Pada 16 Jun 2015, Sansone beraksi dalam perlawanan pertamanya bersama skuad senior ketika menjadi pemain gantian menggantikan Stephan El Shaarawy pada minit ke-68 permainan menentang Portugal dalam aksi persahabatan.[17]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 22 Jun 2020.
Kelab Musim Liga Piala[a] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Bayern Munich II 2009–10 4 0 4 0
2010–11 28 2 28 2
Jumlah 32 2 32 2
Itali Crotone 2011–12 35 5 1 1 36 6
Itali Parma 2012–13 26 6 0 0 26 6
2013–14 17 2 2 0 19 2
Jumlah 43 8 2 0 45 8
Itali Sassuolo 2013–14 12 5 0 0 12 5
2014–15 35 5 2 3 37 8
2015–16 37 7 1 0 38 7
2016–17 0 0 0 0 2[b] 0 2 0
Jumlah 83 17 3 3 2 0 88 20
Sepanyol Villarreal 2016–17 32 8 4 0 8[b] 1 44 9
2017–18 18 5 1 0 3[b] 1 22 6
2018–19 3 1 1 0 3[b] 0 7 1
Jumlah 53 14 6 0 14 2 73 16
Itali Bologna 2018–19 15 2 1 0 16 2
2019–20 23 4 1 0 24 4
Jumlah 38 6 2 0 40 6
Jumlah kerjaya 253 51 13 4 14 2 280 56
  1. ^ Termasuk Coppa Italia dan Copa del Rey.
  2. ^ a b c d Penampilan di Liga Europa UEFA

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 November 2016.[18]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2015 1 0
2016 2 0
Jumlah 3 0

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nicola Sansone". Parma F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2014. Dicapai pada 18 Mei 2013.
  2. ^ "Dynamo Dresden gegen FC Bayern München II 2:0 (1:0) - Die 3. Liga". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2012.
  3. ^ a b Parma FC SpA bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2014 (in Italian), PDF purchased from Italian CCIAA
  4. ^ U.S. Sassuolo Calcio S.r.l. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2014 (in Italian), PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  5. ^ "Transfer market operations and presentation of newly signed players". Parma FC. 21 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2015. Dicapai pada 17 Februari 2015.
  6. ^ "Accordi di compartecipazione con l'US Sassuolo" (dalam bahasa Italian). Parma FC. 19 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2015. Dicapai pada 17 Februari 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Official: Villarreal sign Sansone". Football Italia. 7 August 2016. Dicapai pada 7 August 2016.
  8. ^ Edoardo Testoni (21 August 2016). "Liga, la prima del Villarreal made in Italy: Soriano e Sansone subito titolari" (dalam bahasa Italian). FoxSports.it. Dicapai pada 13 September 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Sansone: Better with every game". Football España. 11 September 2016. Dicapai pada 13 September 2016.
  10. ^ "UFFICIALE: Bologna, preso Sansone in prestito con obbligo di riscatto" (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 4 January 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "International tournament: team plays against Moldova, Belarus and Russia". FIGC. 7 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2012. Dicapai pada 4 September 2010.
  12. ^ "Torneo di Minsk: battuta la Bielorussia. Oggi Russia-Italia". FIGC (dalam bahasa Italian). 9 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2014. Dicapai pada 7 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "taccuino". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 9 April 2009. Dicapai pada 7 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Under 18: convocati 18 Azzurrini per la "Slovacchia Cup"". FIGC (dalam bahasa Italian). 23 April 2009. Dicapai pada 4 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Match report: Italy 1-1 Germany". DFB (dalam bahasa German). 17 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2010. Dicapai pada 12 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Stage a Coverciano dal 2 al 4 giugno: trentaquattro Azzurri convocati da Conte" (dalam bahasa Italian). FIGC. 31 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 31 Mei 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Sansone: 'A bitter debut'". Football Italia. 16 June 2015. Dicapai pada 16 June 2015.
  18. ^ (Inggeris) Profil Nicola Sansone di National-Football-Teams.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]