Roberto Soriano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roberto Soriano
Soriano bersama Itali pada 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Roberto Soriano
Tarikh lahir (1991-02-08) 8 Februari 1991 (umur 33)
Tempat lahir Darmstadt, Jerman
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bologna
Nombor 21
Kerjaya remaja
2006–2009 Bayern Munich
2009–2010 Sampdoria
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2016 Sampdoria 136 (18)
2010–2011Empoli (pinjam) 27 (2)
2016–2019 Villarreal 55 (9)
2018–2019Torino (pinjam) 11 (0)
2019Bologna (pinjam) 17 (2)
2019– Bologna 20 (3)
Pasukan kebangsaan
2007–2008 Itali B17 7 (1)
2009 Itali B18 4 (0)
2008–2010 Itali B19 11 (0)
2009–2011 Itali B21 15 (2)
2014–2015 Itali 8 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Jun 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 November 2015

Roberto Soriano (sebutan bahasa Itali: [roˈbɛrto soˈrjaːno]; lahir 8 Februari 1991) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Bologna dan pasukan kebangsaan Itali. Beliau merupakan adik kepada pemain Elia Soriano.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Soriano telah dilahirkan di Darmstadt, Jerman. Keluarganya berasal dari Sperone, Wilayah Avellino, Itali.[1][2] Beliau telah memulakan keriernya bersama Bayern Munich selepas dipikat oleh pencari bakat ketika kejohanan Piala Belia Juara-Juara 2007 semasa beliau sedang mewakili pasukan Die Roten.

Sampdoria[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Februari 2009, Soriano telah berpindah ke kelab Itali, Sampdoria dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.[3][4] Soriano telah menyertai pasukan Primavera Sampdoria ataupun dikenali sebagai pasukan belia untuk menghadapi kejohanan Torneo di Viareggio 2009[5] yang menyaksikan pasukannya itu menamatkan saingan sebagai naib-juara.[6] Pada musim 2009–10, Sampdoria telah tersingkir daripada aksi Campionato Nazionale Primavera pada peringkat separuh akhir yang membabitkan penglibatan Soriano untuk beraksi.[7]

Empoli[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2010, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Empoli. Soriano telah melakukan penampilan sulungnya untuk Empoli pada 15 Ogos 2010 dalam perlawanan persahabatan menentang Reggiana. Soriano kemudiannya digantikan oleh Gianluca Musacci pada separuh masa kedua perlawanan. Empoli ahirnya meraih kemenangan 4-1. Soriano melakukan penampilan sulungnya di Serei B ketika menentang Frosinone sebelum digantikan oleh Mirko Valdifiori pada minit ke-66 permainan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[8] Soriano beraksi sebagai pemain gantian pada perlawanan berikutnya setelah beliau kehilangan tempat kepada Gianluca Musacci. Beliau kembali beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Empoli pada perlawanan kelima liga. Beliau telah beraksi di posisi pemain tengah dan bertahan yang telah diubah suai kepada kesesuaian Soriano bagi menghadapi perlawanan-perlawanan berikutnya. Pada 11 Disember, beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie B ketika menentang Portogruaro.

Pada 31 Ogos 2015, Soriano telah menandatangani kontrak bersama Napoli yang bernilai 13.5 juta euro manakala Juan Camilo Zúñiga dirancang akan menyertai Sampdoria sebagai sebahagian daripada rundingan. Namun, perpindahan itu tidak dapat diteruskan kerana Napoli tidak membayar deposit kontrak dengan Lega Serie A sebelum masa berakhir pada jam 23:00. Proses itu telah ditunda kerana berlaku pertikaian terhadap hak cipta gambar.[9]

Villarreal[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Ogos 2016, Villarreal dan Sampdoria bersetuju untuk melengkapkan perpindahan Soriano. Beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang menelan kos sebanyak 14 juta euro.[10] Soriano melakukan penampilan sulungnya untuk kelab ketika aksi La Liga yang berakhir dengan kedudukan seri 1-1 menentang Granada pada 20 Ogos.[11]

Torino[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Ogos 2018, Soriano telah menyertai Torino berserta pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[12]

Bologna[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Januari 2019, Soriano telah menyertai Bologna berserta pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[13]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belia[sunting | sunting sumber]

Soriano telah beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan pusingan elit Kejohanan Eropah Bawah-17 2008. Beliau juga dipanggil untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa Bawah-17 Minsk 2008. [14] Beliau telah menjaringkan gol dalam aksi penentuan tempat ketiga.[15] Soriano telah dipanggil oleh pasukan bawah-19 Itali untuk menghadapi perlawanan menentang Romania pada Disember 2008.[16][17] Beliau telah beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali dalam perlawanan itu yang berakhir dengan kemenangan 3-1. Soriano juga dipanggil menyertai pasukan bawah-18 dan bawah-19. Beliau telah beraksi dalam aksi persahabatan menentang Norway pada bulan Mac. Beliau juga tampil dalam kejohanan bawah-18 yang diadakan di Slovakia.[18]

Pada Ogos 2009, beliau telah ditawarkan untuk menyertai pasukan bawah-21 ketika berusia 18 tahun untuk menghadapi perlawanan menentang Wales. Jurulatih Pierluigi Casiraghi telah memanggil enam pemain baru untuk mengambil bahagian dalam perlawanan iaitu. Hanya dua orang pemain yang lebih muda daripada Soriano iaitu Mattia Perin (lahir pada November 1992) dan Lorenzo Crisetig (lahir pada Januari 1993).[19] Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan bawha-21 ketika perlawanan pertama kelayakan kejohanan bawah-21 yang berakhir dengan kekalahan 1-2 kepada Wales pada 4 September 2009.[20] Pada 17 November, beliau menjaringkan gol pembukaan Itali semasa membelasah Luxembourg 4-0.[21] Pada Januari 2010, Soriano kembali menyertai pasukan bawah-19[22] dan beraksi dalam pusingan kelayakan elit dan kejohanan akhir Kejohanan Eropah Bawah-19 2010. Pada 3 September 2010, beliau kembali menyertai pasukan bawah-21 dan menjaringkan gol kemenangan Azzurrini dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2011.[23][24]

Senior[sunting | sunting sumber]

Pada 9 November 2014, beliau telah dipanggil oleh jurulatih Antonio Conte untuk menyertai skuad senior bagi menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Croatia dan perlawanan persahabatan menentang Albania.[25] Beliau melakukan penampilan pertamanya ketika menentang Croatia di San Siro pada 16 November dengan menggantikan Manuel Pasqual pada minit ke-28 permainan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[26]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 28 Jun 2020.
Kelab Musim Liga Piala[a] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Empoli 2010–11 27 2 2 0 27 2
Itali Sampdoria 2011–12 13 1 0 0 3[b] 0 16 1
2012–13 24 0 1 0 25 0
2013–14 29 5 0 0 29 5
2014–15 33 4 2 0 35 4
2015–16 37 8 1 0 2[c] 0 40 8
Jumlah 136 18 4 0 2 0 3 0 145 18
Sepanyol Villarreal 2016–17 33 9 3 1 7[d] 0 43 10
2017–18 22 0 2 0 6[c] 0 30 0
Jumlah 55 9 5 1 13 0 73 10
Itali Torino 2018–19 11 0 1 1 12 1
Itali Bologna 2018–19 17 2 1 0 18 2
2019–20 20 3 1 0 21 3
Jumlah 37 5 2 0 39 5
Jumlah kerjaya 266 35 14 2 15 0 3 0 298 37
  1. ^ Termasuk Coppa Italia dan Copa del Rey.
  2. ^ Penampilan di play-off promosi Serie B.
  3. ^ a b Penampilan di Liga Europa UEFA
  4. ^ Dua penampilan di Liga Juara-Juara UEA, lima penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 17 November 2015.[27]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2014 1 0
2015 7 0
Jumlah 8 0

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "La rivincita dell'emigrante Soriano" (dalam bahasa Itali). repubblica.it. Dicapai pada 26 May 2015.
  2. ^ "Ecco chi è Roberto Soriano, giovane di origini irpine" (dalam bahasa Itali). avellino-calcio.it. Dicapai pada 26 May 2015.
  3. ^ "Soriano e Zamblera: nasce la grande Samp del domani". UC Sampdoria (dalam bahasa Italian). 2 February 2009. Dicapai pada 4 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Youngster Soriano wechselt nach Genua". FC Bayern Munich (dalam bahasa German). 3 February 2009. Dicapai pada 4 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Inter exit Viareggio Cup in semis". FC Internazionale Milano. inter.it. 21 February 2009. Dicapai pada 4 September 2010.
  6. ^ "Pea: "Juve molto forte e tanta tensione, va bene così"". UC Sampdoria (dalam bahasa Italian). 23 February 2009. Dicapai pada 4 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Il sogno s'infrange nel derby: la Primavera esce di scena". UC Sampdoria (dalam bahasa Italian). 5 June 2010. Dicapai pada 4 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Match Report: Frosinone 2–3 Empoli". Panini Digital (dalam bahasa Italian). Publishered by Lega Serie B. 22 August 2010. Dicapai pada 4 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Napoli Miss Soriano Deadline!". Fanatix (dalam bahasa English). football-italia.net. 31 August 2015. Dicapai pada 4 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "El Villarreal CF ficha a Roberto Soriano" [Villarreal CF signed Roberto Soriano] (dalam bahasa Sepanyol). Villarreal CF. 2 August 2016. Dicapai pada 2 August 2016.[pautan mati kekal]
  11. ^ Edoardo Testoni (21 August 2016). "Liga, la prima del Villarreal made in Italy: Soriano e Sansone subito titolari" (dalam bahasa Italian). FoxSports.it. Dicapai pada 13 September 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "UFFICIALE: Torino, arriva Soriano dal Villarreal" (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 17 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "UFFICIALE: Torino, risolto il prestito di Soriano. Va al Bologna" (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 4 January 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "International tournament: team plays against Moldova, Belarus and Russia". FIGC. 7 January 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-06. Dicapai pada 4 September 2010.
  15. ^ "Minsk Tournament: Italy beats Belgium and finishes third". FIGC. 14 January 2008. Dicapai pada 4 September 2010.
  16. ^ "Eighteen players for friendly match vs. Romania". FIGC. 11 December 2008. Dicapai pada 12 September 2010.
  17. ^ "CALCIO, AMICHEVOLE UNDER 19: ITALIA-ROMANIA 3–1". la Repubblica (dalam bahasa Italian). 17 December 2008. Dicapai pada 13 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Under 18: convocati 18 Azzurrini per la "Slovacchia Cup"". FIGC (dalam bahasa Italian). 23 April 2009. Dicapai pada 4 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Casiraghi, 6 esordienti per il doppio impegno contro Galles e Lussemburgo". FIGC (dalam bahasa Italian). 28 August 2010. Dicapai pada 4 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Welsh joy as Ramsey stuns Italy". UEFA. 4 September 2009. Dicapai pada 4 September 2010.
  21. ^ "Barillà improves Italy's fortunes". UEFA. 17 November 2009. Dicapai pada 6 September 2010.
  22. ^ "ITALY WINS 3–0 AGAINST TURKEY: IN RUSSIA IN MAY FOR EURO". FIGC. 20 January 2010. Dicapai pada 4 September 2010.
  23. ^ "Soriano keeps Italy in touch with Wales". UEFA. 3 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2010. Dicapai pada 4 September 2010.
  24. ^ "U.21: 1–0 in Bosnia Italia ancora in corsa". Corriere dello Sport – Stadio (dalam bahasa Italian). 3 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2012. Dicapai pada 4 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ "Liverpool's Mario Balotelli recalled to Italy squad for Euro qualifier". The Guardian. Press Association. 10 November 2014. Dicapai pada 10 November 2014.
  26. ^ "Italy cling on to hold Croatia". UEFA. 16 November 2014. Dicapai pada 16 November 2014.
  27. ^ (Inggeris) Profil Roberto Soriano di National-Football-Teams.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]