Noizi Ito

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Noizi Ito

Noizi Ito (いとうのいぢ Itō Noiji?, dilahirkan pada 9 Ogos 1977) ialah seorang artis wanita dalam bidang permainan video dan manga Jepun, berasal dari Hyōgo, Jepun. Dia bekerja untuk syarikat UNiSONSHIFT dan sebahagian daripada kumpulan Fujitsubo-Machine.

Karya[sunting | sunting sumber]

Ito terkenal dengan karyanya untuk rekacipta watak dan sebagai seorang artis untuk siri novel Shakugan no Shana yang telah berkembang menjadi siri manga dan anime. Dia juga telah bekerja siri novel ringan Haruhi Suzumiya bersama-sama penulis Nagaru Tanigawa. Karya mereka juga telah mengembangkan judul tersebut menjadi sebuah siri anime berjudul, The Melancholy of Haruhi Suzumiya berdasarkan terbitan buku pertama di bawah judul yang sama. Baru-baru ini dia telah memulakan sebuah siri manga berjudul Bee-be-beat it! yang diperkenalkan dalam jilid satu majalah Dragon Age Pure. Permainan video eroge terbaru karyanya untuk UNiSONSHIFT ialah Nanatsuiro Drops. Sebuah siri adaptasi anime juga telah diumumkan.

Buku-buku seni[sunting | sunting sumber]

Sepanjang tahun-tahun aktif, Fujitsubo-Machine telah menerbitkan beberapa buku-buku seni atau artbook mempamerkan seni oleh Noizi Ito. Syarikat penerbitan MediaWorks telah menerbitkan Guren: Ito Noizi Art Collection (いとうのいぢ画集「紅蓮」?) pada 27 Januari 2005. Ito Noizi Art Collection II (いとうのいぢ画集 II?) dikeluarkan pada 7 Ogos 2007.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]