Normala Samsudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Normala binti Samsudin
Kelahiran (1964-06-04) 4 Jun 1964 (umur 59)
Pekerjaan
  • Pengacara
  • Wartawan penyiaran
  • Penyampai berita
  • Pelakon
Tahun aktif1985–kini
MajikanMedia Prima (1985-2004)
PasanganYBhg. Tan Sri Dato' Seri Azmi Khalid (k. 2005)
Anak-anak3

Puan Sri Datin Seri Normala binti Samsudin (lahir 4 Jun 1964)[1] merupakan seorang pengacara, wartawan penyiaran, penyampai berita dan pelakon Malaysia. Beliau merupakan bekas pengacara rancangan majalah wanita TV3, Nona yang dihoskannya dari 2001 hingga 2004.

Kerjaya di TV3[sunting | sunting sumber]

Sebagai salah seorang personaliti TV3, Normala Samsudin terkenal sebagai pengacara bagi rancangan majalah wanita stesen itu, Nona yang telah bersiaran sejak 1985. Ia menjadi salah satu rancangan TV3 yang paling lama bersiaran.

Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama. Normala juga digandingkan bersama Allahyarham Aziz Desa sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Gerak Khas The Movie Azura Filem pertama
2002 Idola Farah
Gerak Khas The Movie II Azura

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Spanar Jaya Normah ntv7 Pelakon undangan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Neon[2] Pelanggan Stesen Minyak VI VCD Penampilan khas

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
1995–1997 Buletin Utama Penyampai berita TV3
1997 Warna-Warna Malaysia Pengacara
2001–2004 Nona

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan ahli politik dan bekas Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato' Seri Azmi Khalid pada Oktober 2005.[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farah Eliani (21 Jun 2020). "Normala Samsudin, 56 tahun, masih jelita, sihat bertenaga. Ini amalannya…". SinarPlus. Sinar Ahad. m/s. 25. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  2. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  3. ^ "Azmi: Normala a blessing". The Star. 13 October 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2005. Dicapai pada 22 March 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]