Ops Cantas Kenyalang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ops Cantas Kenyalang ialah operasi polis untuk menggempur kegiatan gangster di Sarawak . Ops Cantas Kenyalang mendapat arahan terus daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching. Ia ditubuhkan pada April 2007.

Sebab utama dilancarkan kerana Indeks Jenayah Kekerasan meningkatkan pada kadar 9 % dari Januari hingga Mac 2007. Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing telah membangkitkan masalah jenayah di Sibu dan Bintulu di Dewan Rakyat pada 29 Mac 2007 .

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata banyak kejayaan telah dicapai sejak ditubuhkan pada April 2007.

Sehingga Julai 2007 , 283 gangster dan sembilan ketua kumpulan ditahan .145 gangster telah didakwa di mahkamah kerana memeras ugut, merusuh, dan melakukan ugutan jenayah. 4 individu ditahan dalam dua kes melibatkan kongsi gelap dalam aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi di Sarawak.

9 ketua kumpulan kongsi gelap dan orang kanan kumpulan telah ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 termasuk ketua kumpulan Chieng Lee di Bintulu pada 30 Jun 2007.

51 individu ditahan kerana terlibat dalam kegiatan memeras ugut berhubung pembalakan haram khususnya di Bintulu, Sematan dan Lundu. Polis Malaysia bekerjasama dengan Unit Keselamatan dan Perlindungan Aset (SAPU) Jabatan Perhutanan untuk membanteras pembalakan haram. Penjenayah ini mungkin melibatkan syarikat pembalakan di negeri Sarawak.

29 serbuan berasingan di bandar-bandar utama negeri Sarawak telah dibuat. Mereka dikenakan perintah tahanan terhad mengikut Akta Kediaman Terhad . Mereka turut terlibat dalam mempengaruhi harga barangan , aktiviti pembalakan dan komoditi pertanian di Sarawak.

Contoh jenayah[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan gangster melibatkan bandar Sibu dan Miri, di utara Sarawak. Namun Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh menafikan Sibu bandar yang berbahaya. Pelancong masih selamat berjalan pada waktu malam.

  • Kematian Pegawai Penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak , Rumie Azzan Mahlie, 31, pada 17 September 2005. Rumie ditemui mati di perkarangan bangunan STA yang menempatkan JAS Sarawak dan ada yang mendakwa beliau membunuh diri dengan terjun daripada tingkat sembilan bangunan tersebut. Tetapi bedah siasat mendapati luka di badannya tidak teruk. Malahan cermin mata dan telefon bimbit yang ditemui dalam keadaan baik.
  • Pada 24 Disember 2006 rumah banglo Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi di Jalan Merdeka off Green Road , Kuching, Sarawak telah dipecahkan. 5 penjenayah itu dipercayai dari keturunan Indonesia berdasarkan dialek yang digunakan.
  • Pada 28 Januari 2007 Metheus Mering Augus ( 16 tahun ) dari Sekolah Menengah Teknik Bintulu telah mati setelah dibuli oleh 18 pelajar lain di asrama sekolah itu.
  • Pada 10 April 2007 tiga ahli kongsi gelap Wah Kee berumur 24 hingga 31 tahun diberkas di Jalan Lapangan Terbang Miri (LTM) di sini pada pukul 6.05 petang. Mereka dikaitkan dengan kes culik seorang pengurus yang sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Bintulu. Penjenayah itu ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dan direman empat hari bagi membantu siasatan. Wang tebusan berjumlah ribuan ringgit telah dibayar dapat ditemui semula.
  • Pada 13 Mei 2007, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan beliau ditembak oleh gangster yang berdendam terhadap beliau . Sebenarnya beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu.


Masalah Membanteras Jenayah[sunting | sunting sumber]

  • Kadang kala mangsa tidak berani tampil untuk bekerjasama memberi keterangan. Polis perlukan saksi dan bukti kukuh untuk mengheret mereka ke mahkamah. Maklumat pemberi maklumat akan dirahsiakan.
  • Orang ramai mengupah kumpulan gangster sebagai ejen perlindungan untuk diri, perniagaan dan ahli keluarga. Sepatutnya aspek keselamatan diserahkan kepada pihak polis. Kita tidak mahu budaya Yakuza di Jepun diamalkan di Sarawak.
  • Budaya masyarakat Cina yang mengamalkan budaya kongsi gelap sejak zaman penghijrahan kaum Cina ke Sarawak. Remaja yang terlibat tidak mengetahui keburukan menyertai persatuan atau kongsi gelap ini. Ahli kongsi gelap atau remaja terbabit harus tampil menghubungi pihak polis.

Langkah membendung jenayah[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing telah membangkitkan kegagalan polis membendung kegiatan jenayah di daerah Sibu , Sarawak dalam persidangan Dewan Rakyat pada 29 Mac 2007. Malah beliau mahu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Talib Jamal ditukar.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melakukan lawatan mengejut bagi mendapat gambaran sebenar mengenai masalah gangsterisme di Sarawak.
  • Forum gangsterisme bertajuk `Komuniti Menentang Gangsterisme' di Kuching pada 14 April 2007. Forum ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.
  • Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak , Senior Asisten Komisioner II Tun Hisan Tun Hamzah menyatakan pihak polis tidak pernah menyebelahi mana-mana gangster di Sarawak . Tuduhan liar ini tidak harus berlaku.
  • Semua 27 Ketua Polis Daerah di Sarawak hendaklah mengadakan perjumpaan dengan orang awam setiap Khamis, dari pukul 10 hingga 12 pagi dan melaporkan kelakuan anggota polis kepada Ketua Polis Daerah.
  • Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu, Nicholas Sebastian menyatakan maklumat risikan dari orang ramai terutama peniaga amat berguna membendung masalah jenayah.
  • Polis hendaklah bekerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) serta Human Rights Watch (HRW) bagi mencari pendekatan bagaimana untuk menghentikan kegiatan samseng itu supaya tidak menjadi barah masyarakat.
  • Mana-mana penjenayah dan ahli kongsi gelap yang telah menerima darjah kebesaran dari sesetengah negeri hendaklah ditarik balik. Jika tidak kegiatan samseng-VIP tidak dapat dibendung.
  • Pengetua di 3 buah sekolah telah diberi tunjuk sebab kerana menyorok maklumat kes-kes disiplin di sekolah. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar juga menyatakan ujian air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kepada 32,279 murid, sebanyak 147 daripada jumlah terbabit dikesan positif.

Rujukan[sunting | sunting sumber]