Jabatan Alam Sekitar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jabatan Alam Sekitar
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ibu pejabat Putrajaya
Eksekutif agensi Dato’ Halimah Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Agensi pusat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia

Jabatan Alam Sekitar merupakan agensi kerajaan yang ditugaskan untuk memantau penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna. Alam sekitar menjadi mangsa kepada pembangunan industri, perumahan, infrastruktur dan lain-lain.

Dasar Alam Sekitar Negara[sunting | sunting sumber]

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk mencapai; (1) Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan, (2) Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat, dan (3) Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

  1. Pengawasan Alam Sekitar
  2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
  5. Membuat Keputusan Bersepadu
  6. Peranan Sektor Swasta
  7. Komitment dan Kebertanggungjawaban
  8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat.

Misi[sunting | sunting sumber]

Memastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]