Mohd Effendi Norwawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

YBhg Dato Sri Dr. Effendi Norwawi (lahir 1 Februari 1948) merupakan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri[petikan diperlukan].

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau yang dilahirkan di Singapura mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1961-1967). Kemudian, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pembangunan dari University of Tasmania, Australia[petikan diperlukan].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya beliau bermula pada tahun 1972 sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian MAMPU, JAbatan Perdana Menteri. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak pada 1977. Kemudian, pada 1981 beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kemajuan Ekonomi Sarawak[petikan diperlukan].

Pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertanian. Kemudian pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas sebelum ditukarkan sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pengajian Tinggi. PAda rombakan kabinet pada 2006, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai menteri yang menyelaraskan Rancangan Malaysia Ke-9[petikan diperlukan].

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Pada 1993, beliau pernah dilantik sebagai Bendahari parti berkenaan. Pada Pilihanraya Umum ke-10, beliau memenangi kerusi Kuala Rajang. Tetapi pada tahun 2004, beliau tidak bertanding atas alasan kesihatan. Kemudian beliau telah dilantik sebagai Senator pada 16 Februari 2006[petikan diperlukan].

Pada 21 Disember 2011, perkhidmatan beliau sebagai Senator di Dewan Negara tamat. Turut tamat perkhidmatan ialah Datuk Armani Mahiruddin ; Datuk Fatimah Hamat (23 Disember 2008 - 22 Disember 2011) dan Dr M Malasingam (10 Mac 2009 hingga 9 Mac 2012).[1]

Pengasas ntv7[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan pengasas ntv7, saluran TV swasta ketiga Malaysia percuma-ke-udara.Beliau telah menjual ntv7 kepada Media Prima.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Faridah Hashimn tetapi telah bercerai pada 21 Jun 2005. Beliau juga telah berkahwin dengan Datin Seri Tiara Jacquelina. Beliau dikurniakan 5 anak[petikan diperlukan].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Firdaus Abdullah bantu kendali sidang Dewan Negara Berita Harian] 2011-12-21. Arkib Pusat Berita CARI.