Orhan I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Osmanli-nisani.svg    Orhan I
Sultan Empayar Uthmaniyyah
Orhan I.jpg
Tughra of Orhan.JPG
Tempoh pemerintahan 1326–1359
Tempoh Penubuhan Empayar Uthmaniyyah
Nama penuh Orhan I
Didahului oleh Uthman I
Diikuti oleh Murad I
Kerabat Diraja Kerabat Osman
Dinasti Dinasti Uthmaniyyah
Kepercayaan agama Islam

Orhan I (Uthmaniyyah: اورخان غازی, Turki: Orhan Gazi atau Orhan Bey) (1281 Sogut – March 1359 Bursa) merupakan putera Bey Uthman I. Orhan I telah menakluki Nicaea pada tahun 1331 dan Nicomedia tahun 1337 dan mendirikan ibu kota di Bursa. Ketika saat pemerintahannya, Sultan Orhan I telah merombak struktur pemerintahan, memodenkan pasukan ketenteraan negaranya, dan memperkenalkan mata wang baharu bagi negaranya.

Beliau telah menikahi Theodora, puteri dari Putera Byzantine John VI Cantacuzenus. Pada tahun 1346, Orhan secara terbuka telah mendukung John VI dalam usahanya menggulingkan Kaisar John V Palaeologus. Ketika John VI menjadi kaisar (1347-1354), beliau telah mengizinkan Orhan untuk menyerang semenanjung Gallipoli yang kemudiannya mandat pemerintahan telah diberikan kepada Kesultanan Uthmaniyyah sebagai suatu simbol untuk membentuk benteng pertahanan pertama di Eropah.

Orhan telah meninggal dunia pada tahun 1360 dan mewariskan takhta kesultanannya yang berkembang pesat kepada puteranya Murad I.