Murad V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Murad V

Sultan Murad V (Bahasa Arab: مراد الخامس‎)) ialah khalifah Empayar Uthmaniyyah ke-33 yang memerintah pada 1876. Lahir 1840 dan menjadi sultan ketika berusia 36 tahun. Beliau memerintah hanya 93 hari dan meninggal dunia pada 1904.

Beliau amat menyukai dan mencintai muzik serta menguasai Bahasa Perancis. Beliau berhubungan rapat dengan anggota Turki Muda dan menolongnya, kebendaan mahupun moral. Ia masuk Freemason saat di London, dan mencapai kekuasaan kesultanan setelah Sultan Abd-ul-Aziz digulingkan Turki Muda yang dipimpin Midhat Pasha. Beliau menderita penyakit gila dan muncullah pemberontakan untuk menggulingkannya, dan menggantikannya dengan Abdul Hamid II. Sebagian pemberontak kemudian memberontak lagi untuk mengangkat Murad V, namun dikalahkan lagi.