Mehmed IV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mehmed IV
محمد رابع
Sultan Empayar Uthmaniyyah
Kayser-i Rûm
Penjaga Dua Masjid Suci
Khalifah Islam
Sultan Uthmaniyyah ke-19
Pemerintahan8 Ogos 1648 – 8 November 1687
Didahului olehIbrahim
Diikuti olehSuleiman II
Pemangku
Lihat juga
Keputeraan(1642-01-02)2 Januari 1642
Istana Topkapı, Constantinople, Empayar Uthmaniyyah
Kemangkatan6 Januari 1693(1693-01-06) (umur 51)
Edirne, Empayar Uthmaniyyah
PemakamanMasjid Baru, Istanbul
PasanganGülnuş Sultan (isteri sah)
Siyavuş Sultan
Afife Sultan
Rabia Sultan
Kaniya Sultan
Gülbeyaz Hatun
Rukiye Hatun
Cihanşah Hatun
Dürriye Hatun
Nevruz Hatun
Anakandalihat di bawah
Nama penuh
Mehmed bin Ibrahim
DynastiUthmaniyyah
AyahandaIbrahim
BondaTurhan Hatice
AgamaSunni Islam
TughraTandatangan Mehmed IV محمد رابع

Mehmed IV atau Muhammad IV (Turki Uthmaniyyah/Jawi: محمد الرابع Meḥmed-i rābiʿ; Turki moden: IV. Mehmet; 2 Januari 1642 – 6 Januari 1693) ialah sultan bagi Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1648 sehingga 1687. Baginda ialah anakanda lelaki kepada sultan İbrahim I dan permaisuri Turhan Hatice. Baginda menaiki takhta pada usia enam tahun selepas ayahandanya digulingkan dalam rampasan kuasa. Sultan Mehmed juga menjadi sultan kedua paling lama memerintah dalam sejarah Uthmaniyah.[1]

Di bawah pemerintahan baginda, Empayar Uthmaniyah telah mencapai kemuncak perkembangan wilayahnya di Eropah. Sejak usia yang muda lagi, baginda mempunyai minat yang mendalam terhadap kegiatan pemburuan sehingga dikenali sebagai avcı (Pemburu).[1] Pada 1687, sultan Mehmed digulingkan oleh pihak tentera kerana kekecewaan terhadap perang Liga Kudus yang berterusan. Baginda kemudiannya bersara di Edirne, menetap di situ sehingga mangkat pada 1693.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Börekçi, Günhan (2009). "Mehmed IV". Dalam Ágoston, Gábor; Bruce Masters (penyunting). Encyclopedia of the Ottoman Empire. m/s. 370-1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Mehmed IV di Wikimedia Commons
Didahului oleh
Ibrahim I
Sultan Uthmaniyyah
1648-1687
Diikuti oleh:
Süleyman II