Pacat Kepala Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pacat Kepala Merah
Dewasa(kiri) dan anak muda (kanan)
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Pittidae
Genus: Erythropitta
Spesies:
E. granatina
Nama binomial
Erythropitta granatina
(Temminck, 1830)
Sinonim

Pitta granatina

Pacat Kepala Merah (Erythropitta granatina) adalah satu spesies burung dari keluarga Pittidae. Ia boleh ditemui di Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapura, dan Thailand. Habitat aslinya adalah hutan tanah rendah lembab tropika atau sub-tropika. Ia kini terancam ekoran kehilangan habitat. Spesies yang ditemui di Sabah, Malaysia telah diasingkan dan dikenali sebagai Pacat Jambul Hitam (Erythropitta ussheri).

Diet[sunting | sunting sumber]

Pacat Kepala Merah adalah burung pemakan serangga. Dietnya adalah semut, ulat kayu dan kumbang.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Pacat Kepala Merah mempunyai saiz sepanjang 17 sm. Kepalanya berwarnya merah dengan jalur biru terang pada keningnya dan atas kepala berwarna merah. Dadanya berwarna biru tua di bahagian atas, dan merah gincu di bahagian bawah. Belakang dan sayapnya berwarna biru muda. Pacat remaja kebanyakan berwarna perang (lihat ilustrasi).

Pembiakkan[sunting | sunting sumber]

Pasangan akan mengawan antara bulan Mac hingga Ogos. Satu pasangan akan bertelur sebanyak dua biji.

Status[sunting | sunting sumber]

Pacat Kepala Merah dianggap sebagai Hampir Terancam berdasarkan senarai merah IUCN. Habitat aslinya terancam ekoran pembalakan haram dan kebakaran hutan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2012). "Erythropitta granatina". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2012. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)