Pasukan udara tentera darat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pasukan udara tentera darat
Askar A.S. dalam helikopter OH-58D Kiowa dan AH-64 Apache sedang membuat satu rondaan tempur di Iraq

Pasukan udara tentera darat atau penerbangan tentera darat adalah sebuah unit penerbangan yang berkaitan dengan unit tentera darat sesebuah negara, kerap dipanggil sebagai kor udara. Unit ini pada umumnya berlainan dari tentera udara sesebuah negara, dan biasanya terdiri daripada helikopter dan pesawat sokongan ringan. Sebelum penubuhan tentera udara kenegaraan yang berasingan, banyak tentera darat mempunyai unit-unit penerbangan tentera, apabila kepentingan penerbangan bertambah, telah berubah menjadi perhidmatan bebas. Sebagai pemisahan antara tentera darat dan tentera udara kenegaraan membawa kepada perbezaaan keutamaan, banyak tentera darat menubuhkan semula cawangan penerbangan organik mereka untuk memenuhi khidmat terbaik mereka sendiri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penerbangan tentera pertama bermula samada sebagai unit tentera darat atau unit pasukan udara tentera laut yang ditubuhkan sebagai pasukan berganda bagi membenarkan tentera darat dan tentera laut melakukan apa yang terbaik dalam bentuk rekonaisans dan pengesan artileri, ini membawa kepada penciptaan pesawat pejuang yang bertujuan menembak jatuh rekonaisans musuh dan pesawat pengesan artileri, dan melindungi pesawat sendiri daripada ditembak. Pada ketika ini tujuan pesawat masih bertindak sebagai tambahan kepada tentera darat tradisi dan armada yang beroperasi mengikut cara tradisi. Walaubagaimanapun, apabila pesawat menjadi lebih berteknologi canggih ahli teori tentera zaman antara perang mula memikirkan kuasa udara sebagai cara utama pukulan kritikal yang boleh dilakukan oleh pengeboman strategik, dan pengalaman Perang Dunia II dilihat mengesahkannya. Tentera udara pasca Perang Dunia II seperti Tentera Udara Diraja dan Tentera Udara Amerika Syarikat yang baru ditubuhkan telah memberi tumpuan kepada pembinaan armada pengebom strategik bagi armada penyerang dan pejuang untuk bertahan dari pengebom musuh. Perwujudan pengeboman taktikal mengambil bentuk misi larangan udara, tentera udara ini telah hilang minat dalam peninjauan taktikal sebagai menyokong para komander di darat dan sebagai misi jenis sokongan udara dekat, di mana pesawat bertindak secara langsung bersama-sama dengan askar yang berjuang di darat.

Dalam usaha untuk memperolehi sokongan udara dekat keupayaan tentera-tentera darat untuk mengembangkan, menubuhkan atau menubuhkan semula cawangan udara mereka sendiri, bagaimanapun sebagai tidak mengecilkan pendirian mereka sendiri dan kebanyakan pembiaya tentera udara mengambil satu lagak "apa saja yang terbang ia milik tentera udara". Hari ini kompromi yang adil telah menjelaskan "apa saja yang bersayap ia milik tentera udara" membenarkan tentera darat mengendalikan helikopter dan pesawat ringan yang bersayap kaku.

Dengan pembangunan Pesawat Udara Tanpa Pemandu sesetengah tentera darat telah mula menggunakan UAV tempur, tidak disertakan dengan unit udara tentera darat, tetapi untuk unit-unit contoh artileri sebagai pengesan, dan dengan dron yang lebih kecil dan ringan yang digunakan oleh skuad infantri individu bagi menyediakan masa sebenar peninjauan tempatan.

Tugasan[sunting | sunting sumber]

Penurunan pantas askar melalui tali dari UH-1H JGSDF pada tahun 2007
Sebuah pesawat perintah dan kawal, pengawasan dan pengangkutan Defender, Kor Udara Tentera Darat British
Sebuah helikopter CH-53G Kor Udara Tentera Darat Jerman semasa Operasi Provide Comfort di Utara Iraq
Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat Eurocopter Cougar Perancis di Afghanistan
Sebuah helikopter Tentera Darat India HAL Dhruv mengeluarkan askar AS semasa eksesais bersama

Tugasan setiap unit udara tentera darat telah ditakrifkan sedikit berbeza, bergantung pada kenegaraan. Beberapa ciri umum, bagaimanapun, terpakai pada semua unit udara tentera darat tanpa mengira asal:

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha untuk memenuhi tugas berbagai-bagai mereka, penerbangan tentera darat kebanyakannya menggunakan helikopter. Helicopter-helikopter ini boleh diklasifikasikan kepada kategori berikut:

Selain helikopter, banyak tentera darat juga mengendalikan pesawat kepak kaku. Ia termasuk dalam kategori berikut:

  • Reconaisans
  • Pengawasan
  • Pengangkutan
  • Pos perintah airborne

Senarai komponen penerbangan tentera darat[sunting | sunting sumber]

Sebuah pesawat Tentera Darat Argentina Cessna T-41D Mescalero AE-054, pada tahun 2009

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Army Aviation Role". British Army. Dicapai pada 1 August 2016.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Allen, Matthew (1993), Military helicopter doctrines of the major powers, 1945-1992. Making decisions about air-land warfare, Westport (CT): Greenwood, ISBN 0-313-28522-5
  • Gunston, Bill (1981), An illustrated guide to military helicopters, New York: Arco Publishing, ISBN 0-668-05345-3
  • Halberstadt, Hans (1990), Army Aviation, Novato (CA): Presidio, ISBN 0-89141-251-4
  • Sutton, John; Walker, John (1990), From horse to helicopter. Transporting the British Army in war and peace, London: Cooper, ISBN 0-85052-724-4
  • Warner, Guy; Boyd, Alex (2004), Army Aviation in Ulster, Newtownards, Co. Down: Colourpoint Books, ISBN 1-904242-27-8
  • Young, Ralph B. (2000), Army aviation in Vietnam. An illustrated history of unit insignia, aircraft camouflage and markings, Ramsey (NJ): Huey Co., ISBN 0-9671980-1-1

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Pasukan udara tentera darat di Wikimedia Commons


Templat:Mil-aviation-stub