Tentera darat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tentera merujuk kepada pasukan yang terdiri daripada askar-askar yang berkhidmat untuk gaji dan dilatih untuk berperang.

Kebanyakan negara membezakan angkatan bersenjatanya antara tentera darat, tentera laut, dan tentera udara, dan memeliharakan tiga buah pertubuhan yang berasingan seperti di Malaysia. Bagaimanapun, istilah tentera biasa merujuk kepada cabang perkhidmatan tentera yang berperang berasaskan daratan, umpamanya Angkatan Tentera Malaysia,Tentera Singapura,Tentera Amerika Syarikat atau Armée de Terre Perancis.

Pada satu ketika, kebanyakan tentera udara merupakan sebahagian tentera darat; secara sejarah, Tentera Udara Amerika Syarikat berasal sebagai sebahagian Tentera Amerika Syarikat. Bagaimanapun, Tentera Pembebasan Rakyat China menggabungkan kesemua tenteranya di bawah satu pertubuhan.

Tentera moden terdiri daripada banyak cabang (juga digelarkan perkhidmatan atau kor pentadbiran. Ini termasuk cabang-cabang pertempuran: infantri, tentera perisai, tentera meriam, dan jurutera tempur, serta juga cabang-cabang sokongan: komunikasi tentera, perisikan tentera, perubatan tentera, bekalan tentera, dan penerbangan tentera (bukan tentera udara).

Formasi[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat juga boleh merujuk kepada sebuah pertubuhan tentera (formasi yang besar, dan terdiri daripada dua atau lebih kor. Setiap tentera dinamakan atau dinomborkan untuk membezakannya daripada tentera darat pada keseluruhannya — umpamanya, Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat dan Tentera Darat Virginia Utara. Dalam Tentera Darat British, nombor ordinal biasa diejakan, umpamanya Tentera Darat Kedua, manakala formasi yang berperingkat lebih rendah menggunakan angka, umpamanya Divisyen Ke-2.

Tentera-tentera darat (termasuk juga kumpulan tentera darat dan kancah peperangan) merupakan formasi-formasi yang besar dan berbeza-beza antara satu sama lain dari segi saiz, kandungan, dan lingkungan tanggungjawab.

Dalam Tentera Komunis Kesatuan Soviet, "tentera" merupakan formasi kor yang berperingkat lebih bawah daripada sebuah Barisan semasa berperang. Pada masa aman, tentera darat Soviet biasanya terletak di bawah daerah tentera.

Untuk hierarki tentera darat, sila lihat organisasi tentera.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]