Pemanggangan kering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Biji kopi dipanggang.
Biji kopi sebelum, semasa, dan selepas dipanggang.

Pemanggangan kering ialah proses yang haba dipindahkan kepada barang makanan kering tanpa menggunakan sebarang minyak masak atau air sebagai pembawa. Berbeza dengan kaedah haba kering yang lain, pemanggangan kering digunakan untuk makanan seperti kekeras dan kacang yang tidak banyak mengandungi lemak atau lembapan pada dirinya. Makanan yang dipanggang secara kering dikacau untuk memastikan pemanasan yang sama rata.

Pemanggangan kering boleh dilakukan di dalam kuali atau wok (cara yang umum untuk menyediakan rempah dalam sesetengah masakan) [1] atau juga di dalam pemanggang khusus (sebagaimana digunakan untuk biji kopi atau kacang tanah). Ia mengubah kimia protein di dalam makanan dan rasanya serta menambahkan bau dan rasa sesetengah rempah.

Makanan panggang yang umum termasuk:

  • Mentega kacang yang diperbuat daripada kacang tanah yang telah dipanggang secara kering; [2]
  • Teh yang dibuat daripada daun teh yang telah dipanggang secara kering, baik sejurus selepas dipetik mahupun selepas ditapai; [3][4][5] dan
  • Kopi dan coklat yang masing-masing dibuat daripada biji kopi [6] dan biji koko [7] yang dipanggang secara kering.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Zmark.net. "Healthy Cooking Tip and Recipe Idea: How To Dry Roast Dried Seeds and Dried Whole Spices - HealthWorld Online". Healthy.net. Diperoleh pada 2009-07-17. 
  2. "Nutritional Value of Peanut and Peanut Butter". Organic Facts. Diperoleh pada 2009-07-17. 
  3. "Oolong Tea". Chinateahub.com. Diperoleh pada 2009-07-17. 
  4. "Blog Archive » Tieh Kuan Yin Roasting (Second Round)". Taiwan Tea Guy. 2008-06-08. Diperoleh pada 2009-07-17. 
  5. "Tea Obsession: Roast your own tea". Tea-obsession.blogspot.com. 2007-12-10. Diperoleh pada 2009-07-17. 
  6. "Roasting coffee beans at home". Essortment.com. Diperoleh pada 2009-07-17. 
  7. "HowStuffWorks "Cocoa Beans and the Roasting Process"". Recipes.howstuffworks.com. Diperoleh pada 2009-07-17.