Pendatang tanpa izin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pendatang tanpa izin[1] (PTI) atau pendatang haram merupakan golongan orang yang masuk atau tinggal di sesebuah negara secara haram. Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-undang imigrasi, contohnya memasuki negara tujuan tanpa permit dan bukan dengan melalui pintu masuk utama.

Sebab[sunting | sunting sumber]

  • Perang
  • Penyatuan semula keluarga
  • Kemiskinan
  • Perkembangan populasi

Bahaya[sunting | sunting sumber]

PTI mendedahkan diri mereka serta rakyat tempatan terhadap bahaya, antaranya termasuklah

  • perhambaan,
  • pelacuran,
  • perkosaan, dan
  • kematian.

Cara menceroboh[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa cara PTI menceroboh masuk sesebuah negara. Antaranya:

  • Melalui sempadan – pencerobohan ini berlaku bagi negara-negara yang mempunyai sempadan daratan atau sungai dengan negara jiran.
  • Melalui perairan – PTI memasuki sesebuah negara dengan menaiki kapal yang kemudiannya berhenti di persisiran (tidak berlabuh) dan para penumpangnya (PTI) akan berenang untuk tiba di pantai atau daratan.
  • Melalui pintu utama – PTI memasuki sesebuah negara sebagai pelancong. Namun mereka kekal tinggal di negara tersebut melebihi tarikh visa yang diberikan.
  • Melalui perkahwinan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]