Perbincangan:Kesultanan Melayu Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" sambil mengangkat tangan di Dataran Merdeka, Malaysia pada 31 Ogos 1957. WikiProjek Sejarah
Rencana Kesultanan Melayu Melaka ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Sejarah. Ia merupakan suatu usaha kerjasama antara pengguna bagi meningkatkan dan memperbaiki rencana-rencana berkaitan dengan Sejarah. Jika anda mahu menyertai, silalah ke laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukannya di laman perbincangan projek.

saya seronok membaca kisah kesultanan melaka. hebat sungguh

Siam atau Majapahit[sunting | sunting sumber]

Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu tersebut tetapi tidak lama kemudian, beliau diserang dan dihalau oleh Siam.

Betulkah Parameswara melarikan diri kerana diserang oleh Siam atau kerana diserang oleh Majapahit? Boleh beri penjelasan lanjut mengenainya. — Master2841 18:18, 19 Mac 2006 (UTC)

Ianya bergantung kepada sumber mana yang dirujuk. Saya perlu semak semula sumbernya. Yosri 05:13, 20 Mac 2006 (UTC)


Menurut sumber yang saya dapati, terdapat percanggahan tentang fakta yang menyatakan Parameswara telah melarikan diri akibat baginda mengambil alih takhta Temasik selepas pembunuhan pemerintah Di sana iaitu Temagi. Walau bagaimanapun, saya terbaca Sejarah Singapura yang menyatakan ianya sama ada Parameswara melarikan diri dari diserang Majapahit. Percanggahan ini disebabkan Singapura ataupun Temasik ketika itu menjadi rebutan antara kerajaan Siam dan Majapahit. (Karya Tun Seri Lanang meggunakan nama Sultan Iskandar Syah

(Inggeris)Sumber Singapura 1
(Inggeris)Sejarah Singapura
(Inggeris)Sumber mengatakan Parameswara dihalau penduduk tempatan
(Inggeris)Sumber mengatakan Parameswara melarikan diri sebanyak dua kali iaitu daripada Majapahit (keluar dari Palembang) dan daripada Siam (dari temasik)
(Inggeris)Pertembungan fakta di antara Tun Seri Lanang (Sejarah Melayu) dan Tom Pires (Suma Oriental) mengenai hal ini

Nasib baik masa ambil PMR dulu, tak tanya tentang yang mana satu betul. Tapi kalau tak silap, bebudak sekolah guna fakta yang Temagi adalah orang Siam dan Parameswara melarikan diri daripada Majapahit kerana serangan terhadap Palembang dan ingin menaklukinya dan daripada Siam setelah Parameswara memerintah Temasik kerana ingin menuntut bela.

Rujukan Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Bab 3: Parameswara dan pengasasan Melaka. Sejarah Tingkatan 1 (pp. 21-22). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Mohd. Fo'ad Sakdan, & Azami Man. (2002). Bab 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Tingkatan 1 (pp. 47-48). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Maaf, tiada sumber rujukan terus dari Sejarah Melayu kerana saya dah hilang buku tersebut Polar— 08:39, 20 Mac 2006 (UTC)

Nama[sunting | sunting sumber]

Saya rasa rencana ini patut dialihkan kepada Kesultanan Melayu Melaka. Banyak buku teks dan sejarah menggunakan nama itu. — Master2841 07:55, 24 Mac 2005 (UTC)

Saya setuju untuk mengalihkan rencana ini kerana Kesultanan bermaksud Pemerintahan Sultan dan tidak bermakna Melayu (cuma raja Melayu yang lazim menggunakan gelaran itu berbanding bangsa lain). Ianya lebih menepati akan ciri-ciri sejarah ketamadunan Melayu dan penggunaan istilah serta kosa kata yang betul. — Polar 08:39, 24 Mac 2006 (UTC)

'Ugama' adalah ejaan yang salah. ejaan yg sebetulnya adalah 'agama'. rujuk kamus dewan

Tahniah[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana Sejarah Melayu sendiri mempunyai banyak versi maka saya berpendapat rencana ini sebuah rencana yang baik dan menggunakan sumber secara berimbang. Tahniah. cheguman 16:14, 6 Mei 2008 (UTC)

Sultan Iskandar Atau Parameswara..?[sunting | sunting sumber]

Saya agak musyhkil dengan 2 nama di atas..? Soalan saya ialah sewaktu sampai di Tanah Melayu dan membuka Melaka, siapakah beliau ketika itu..? Masih Parameswara atau telah Islam..? Bagi saya nama ini sangat penting walaupun org yg sama tetapi berbeza sbb jika Parameswara yg membuka Melaka bererti beliau seorang Melayu Kafir ketika itu.. Tetapi jika Sultan Iskandar yg membuka Melaka bererti beliau seorang Melayu Islam ketika itu.. Jadi siapakah yg dapat menjawab persoalan ini dan kalau boleh tunjukkkan bukti tentang kenyataan yg bakal di beri.. Kalau sumber dari dgr cerita org tak usah komen.. Trima kasih.. --115.132.101.155

Soalan anda ada dijawab di perenggan pertama. Melaka pengasasnya Parameswara. Rujukan juga diberi (Perpustakaan Negara Malaysia). Anda baca atau tidak? ...Aurora... (b) 04:29, 14 Ogos 2010 (UTC)

tun nyemah mulya[sunting | sunting sumber]

Saya mmbaca karya faisal tehrani yg brjudul 1515 bberapa hari lpas.. mgisahkan mgenai seorg wanita mlayu yg brusia 20an mnentang pnjajahan portugis.. mnentang alfonso de al burquerque.. sjarah yg amat mngagumkan.. namun begitu, sejarahnya dkatakan tlah dgelapkan.. jejaknya telah dihapuskan.. prsolannya skarang.. adakah bliau sbenar2nya wujud??

say harap, mereka yang mmpunyai maklumat mgenai beliau.. silalah brkongsi..
Rasanya ia adalah Tun Fatimah http://salam-srikanditunfatimah.blogspot.com/2009/10/blog-post.html Yosri (bincang) 09:08, 20 September 2010 (UTC)
1515 itu kan karya cereka. ...Aurora... (b) 10:41, 21 September 2010 (UTC)
1515 mungkin cereka, tetapi kepahlawanan Tun Fatimah ada tercatat dalam sejarah. Yosri (bincang) 11:26, 21 September 2010 (UTC)

Raja Noor Jan Shah[sunting | sunting sumber]

Saya saya minta tolong, adakah Melaka sekarang ada sultan? Sebab saya pelik bila lihat dia punya facebook dengan tunjukkan bukti yang statusnya telah diiktiraf oleh Mahkamah Antarabangsa dan juga ada kaitan dengan Sultan Melaka terdahulu. Mohon pencerahan semua, saya keliru kerana ada yang mengatakan beliau telah diiktiraf oleh Mahkamah Antarabangsa tetapi dinafikan oleh kerajaan Malaysia.--Ng Pey Shih 07 (bs) 17:47, 2 Januari 2014 (UTC)

Hanya Sultan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia boleh diterima. Ini kerana kuasa kerajaan Malaysia datangnya dari para sultan yang bersetuju menyerahkan sebahagian kuasa mereka bagi membentuk Persekutuan Malaya kemudian menjadi Malaysia. Dia bukan salah seorang darinya. Yosri (bincang) 22:02, 2 Januari 2014 (UTC)

Begitu, patutlah saya rasa keliru dengan adanya status menyatakan Melaka sudah kembali bersultan. Apa2 pun terima kasih atas pencerahan itu.Ng Pey Shih 07 (bs) 14:21, 3 Januari 2014 (UTC)