Perbincangan pengguna:Heather Fix

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selamat datang ke Wikipedia, Heather Fix!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 334,552 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya Wiki Farazi, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
  Pengenalan kepada Wikipedia
  Lima tonggak Wikipedia
  Tutorial suntingan
  Bagaimana menyunting halaman
  Manual gaya penulisan
  Asas-asas Kod Wiki
  Bagaimana mencipta artikel
  Laman bantuan
  Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
  Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
  Digalakkan beranggapan niat baik
  Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
  Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
  Jangan melaku musnah
  Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
  Meja bantuan
atau:
  Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
  Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
  Membantu menyumbang pada artikel
           
  Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
  Membantu mencipta templat baru
  Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, Wiki Farazi

Rujukan kehormat[sunting sumber]

Saya tidak akan mengubah rujukan yang telah anda ubah. Saya hanya ingin memberitahu bahawa saya merupakan bekas penulis Cendana, bekas pembantu editor MH dan kini penulis freelance untuk beberapa portal media hiburan. Di sini saya kongsikan informasi bahawa artikel yang menyebut insan-insan bergelaran terhormat (yang masih hidup) biasanya akan diikutkan sekali rujukan kehormat yang sesuai (Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Yang Mulia etc); dan hal ini akan di-teg di bahagian editorial sekiranya penulis terlupa untuk selitkan rujukan kehormat yang berpatutan. Selamat ber-wikipedia!

Harith Khairuddin HarithK (bincang) 06:36, 30 Julai 2023 (UTC)[balas]

Hi, assalamualaikum.[sunting sumber]

Anda penulis mana-mana portal berita semasa atau hiburan ke? Shukorfadhli (bincang) 13:45, 30 Julai 2023 (UTC)[balas]

Saya tunggu responbalas awak ye. Saya nak tahu juga mana awak tahu hanya istiadat istana baru boleh guna rujukan kehormat tu, sedangkan saya yang ada ijazah kewartawanan lain pulok diajar dulu😂 Shukorfadhli (bincang) 15:28, 30 Julai 2023 (UTC)[balas]
Waalaikumussalam. saya bekerja di istana. Heather Fix (bincang) 22:08, 11 September 2023 (UTC)[balas]

Penamaan rencana Sultan[sunting sumber]

Selamat sejahtera, tuan.

1. Terima kasih kerana berkunjung ke laman pengguna saya untuk berhubung. Walau bagaimanapun, dalam Wikipedia, sekiranya ingin berhubung, bukanlah mengosongkan dan menconteng Laman Pengguna, tetapi memanfaatkan ruang "Perbincangan" (Talk Page) seperti ini.

2. Perkara-perkara 3, 4, dan 5 di bawah pula, saya ingin merujuk kepada ayat yang tuan tinggalkan, iaitu:

"Jangan sesuka hati mereka nama Sultan Johor dgn copy nicknames di Instagram. Belum ada lagi Sultan di Malaysia yang kematian ayahanda diberi gelaran tanpa diletakkan Almarhum. Gelaran baginda yang sebenar scr protokolnya adlh Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sila ambil maklumat atau sumber yang sahih dari pihak Istana!"

3. Terdahulu, untuk perkongsian bersama, bahawa Wikipedia secara asasnya bukan laman rasmi mana-mana individu atau pertubuhan. Ia boleh disunting oleh sesiapa.

4. Mengenai penamaan rencana (Nota: rencana = artikel) pula, ia bukan semestinya mengikut peraturan dokumen rasmi. Walau bagaimanapun, ia boleh diletakkan dalam rencana individu/pertubuhan/peristiwa tersebut dengan dilampirkan rujukan.

4.1 Mengenai penamaan rencana Sultan Ibrahim, ia selaras dengan perbincangan komuniti Wikipedia dalam ruang 'kedai kopi' di sini (pautan). Penggunaan nama "Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar" adalah sebagai membezakan dengan nama Sultan Ibrahim yang lain, seperti "Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar" dan "Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad IV".

4.2 Penggunaan kata Almarhum/Allahyarham tidak perlu pada nama rencana, memadai diletakkan pada perenggan dalam rencana sahaja.

5. Sekadar makluman, saya tidak merujuk nama yang digunakan pada Instagram Sultan. Ia berdasarkan cadangan penyeragaman nama rencana bagi nama-nama Sultan/Raja sebagaimana perkara 4.

6. Dalam pada itu, apabila merujuk laman perbincangan Tuan ini, saya mendapati tuan mendakwa sebagai bekerja di Istana. Menjadi harapan besar untuk para sukarelawan di Komuniti Kumpulan Pengguna Wikimedia Malaysia untuk boleh bekerjasama dengan pihak tuan bagi mengembangkan lagi rencana dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Sekiranya tuan berhasrat untuk mengadakan program jangkauan (outreach program) bersama-sama komuniti Wikimedia Malaysia, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, boleh berhubung dengan kami di sini, atau di laman Meta Wikimedia Malaysia.

7. Terima kasih daripada saya. Maaf seandainya penggunaan bahasa saya ada menyinggung pihak tuan.

. Zahirul Nukman (sumb. | bincang) 12:19, 2 Februari 2024 (UTC)[balas]

Salam,

Tolong jangan letak nama peribadi Sophia di rencananya. Beliau sudah meminta pihak Wikimedia untuk memadamkannya atas sebab keselamatan peribadi.

Terima kasih. Ultron90 (bincang) 14:10, 15 April 2024 (UTC)[balas]