Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laman Kedai Kopi ini bertujuan untuk memberi cadangan kepada Wikipedia atau memohon pendapat.

Jika ingin memberi cadangan sila kemukakannya di bawah sub-tajuk cadangan.

Lihat juga
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada bar peralatan menyunting).kenapa?


Hal semasa[sunting | sunting sumber]

Saya lihat hal semasa tidak dikemaskini bagi bulan Januari 2014. Jadi saya disini ingin pendapat masing-masing untuk berita baru bagi bulan ini. Ada idea? SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 12:36, 6 Januari 2014 (UTC)

@SNN95 Bagaimana dengan pilihan raya Bangladesh? --Algazel (hubung) 00:05, 7 Januari 2014 (UTC)
Okey juga apa yang dicadangkan oleh @Algazel. Saya ada letak satu cadangan berita di Perbincangan templat:Peristiwa Terkini. - 26 Ramadan (Bincang) 02:40, 7 Januari 2014 (UTC)
Terima kasih atas cadangan itu! Saya nak masukkan tentang pembukaan Tahun Melawat Malaysia 2014 tetapi rencana yang berkaitan hanya untuk tahun 2007. Malangnya tahun sebelum-sebelum 2014 tiada. Saya cadang untuk bekerjasama akan rencana ini, bagaimana? SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 06:10, 7 Januari 2014 (UTC)
Tahun melawat Malaysia ini hanya berlaku 5 tahun sekali ataupun secara ad-hoc kalau tak silap. Silakan dengan rancangan anda. Saya mohon maaf tak dapat banyak membantu di sini buat seketika kerana ada kerja sedikit di projek saudara. --Algazel (hubung) 10:35, 7 Januari 2014 (UTC)
Tak mengapa... Saya sudah cipta dan masih perlukan penambhan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang tahun 2014. SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 11:17, 7 Januari 2014 (UTC)

Cadangan mengenai rencana 'Raja Noorjan Shah'.[sunting | sunting sumber]

Salam semua. Saya nak cadangkan utk mencipta rencana tersebut memandangkan saya lihat banyak isi2 yg boleh kita dapati dan mungkin juga banyak sumber rujukan. Jadi saya nak tanya pasal pendapat korang semua. Setuju tak sekiranya saya mulakan rencana tersebut? Terima kasih.Azim Melaka (bincang) 15:27, 28 April 2014 (UTC)

Sila rujuk syarat https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(people) Saya tak fikir dia layak, sebab tiada pihak berwibawa menyokong tuntutannya. Syok sendiri sahaja. Yosri (bincang) 15:32, 28 April 2014 (UTC)

Baiklah, saya tidak akan menciptanya. Sebagai rakyat Melaka, saya sebenarnya menolak dengan adanya sultan dkt negeri saya ni sebab kami semua dah rasa selesa dgn tiadanya sultan di negeri ini. Terima kasih atas pendapat saudara Yosri.Azim Melaka (bincang) 15:42, 28 April 2014 (UTC)

Padanan "disambiguation" dalam bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Saya ingin mencadangkan pertukaran perkataan "nyahkekaburan" yang dipadankan dengan "disambiguation" dalam Wikipedia bahasa Inggeris kepada "penyahtaksaan". Disambiguation bermaksud perihal pembuangan ketaksaan (ambiguiti) dan oleh itu, menurut saya, mungkin penggunaan "nyahkekaburan" patut ditukarkan kepada "penyahtaksaan" untuk memadankan maksud serta mengikuti cara pembentukan istilah (pe(ng)- + [nyah- taksa] + -an). Ada yang setuju?Amir Hamzah 2008 (bincang) 10:49, 12 Mei 2014 (UTC)

Saya tak membantah. ...Aurora... (b) 16:02, 12 Mei 2014 (UTC)
Betul juga. Sokong! SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 09:00, 13 Mei 2014 (UTC)
Masalahnya, adakah pengguna biasa faham apa itu taksa? --Kurnia [ bual ] 03:43, 15 Mei 2014 (UTC)
Saya pada awalnya pun tak tahu maksud "taksa". Tapi saya tak membantah untuk penggunaan istilah "penyahtaksaan". 26 Ramadan (Bincang) 03:47, 15 Mei 2014 (UTC)
Dalam templat tersebut sekarang, ada ayat ini: "Laman nyahkekaburan ini mengandungi rencana-rencana yang mempunyai tajuk yang sama." Rasanya ayat ini dah menerangkan apa itu nyahkekaburan/penyahtaksaan. ...Aurora... (b) 15:44, 16 Mei 2014 (UTC)
Saya rasa tidak ada masalah menggunakan kedua-dua istilah kerana keduanya boleh diguna pakai. Terpulang pada penyunting, istilah mana yang hendak digunakan. CTMakerbot (bincang) 15:54, 16 Mei 2014 (UTC)

Wikipedia:Bestari rencana[sunting | sunting sumber]

Atau lebih dikenali dengan "Article wizard" di WBInggeris. Saya sudah lama mahu membuat bahagian ini cuma tiada masa nak diluangkan untuk ini. Sekarang saya tengah membina bahagian ini. Cuma saya nak perkataan yang sesuai untuk memberi maksud sama dengan wizard. Tetapi saya mengharapkan perkataan selain ahli sihir, magik, bijak, kepintaran, dan bestari. Saya rasa Bestari bukan perkataan yang sesuai. Tolong! XS SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 08:54, 9 Jun 2014 (UTC)

Tak tahu. Tapi en:Wikipedia:File Upload Wizard nampaknya dihubungkan dengan Wikipedia:Muat naik. ...Aurora... (b) 09:28, 9 Jun 2014 (UTC)
Bagaimana dengan tajuk "Wikipedia:Proses pembuatan rencana" atau "Wikipedia:Aplikasi pembuatan rencana"? SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 11:07, 9 Jun 2014 (UTC)
Saya cenderung kepada "Wikipedia:Pembuatan rencana bestari" atau "Wikipedia:Penciptaan rencana bestari". Perlukan tajuk yg cukup berbeza daripada Wikipedia:Bagaimana memulakan laman baru atau Wikipedia:Rencana pertama anda. ...Aurora... (b) 09:24, 10 Jun 2014 (UTC)
Betul juga! Saya sokong Wikipedia:Penciptaan rencana bestari. Saya harap dengan terciptanya aplikasi ini dapat memberikan sebuah rencana yang bestari. ;P SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 07:41, 11 Jun 2014 (UTC)

TA Minggu 25[sunting | sunting sumber]

Bolehkah saya memasukkan semua/beberapa info berkaitan sejarah dan teknologi piala dunia terkini? SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 07:46, 11 Jun 2014 (UTC)

Tentu sahaja boleh. Cuma kalau boleh, pelbagaikan topiknya. ...Aurora... (b) 07:28, 17 Jun 2014 (UTC)

Tahun melawat malaysia sempena pada bulan ramadan.[sunting | sunting sumber]

Aktiviti masjid ,dan pendekatan mengenai agama islam yg harus dilakukan pada bulan ramadan.pelancongan dan para pelancong ada kalanya turut serta membuka juadah berbuka puasa.aktiviti sukan air dan pantai hanya dilakukan pada waktu malam sahaja.terutama kawasan pantai pulau pangkor dan lumut,juga tidak asing di batu ferringgi georgetown.

Jadi, apa cadangan anda @Ageoffire? Sila ambil perhatian yang laman ini dan Kedai Kopi bukan untuk ruminations peribadi tapi untuk mengutarakan perbincangan perkara-perkara khusus agar dapat dibincang bersama. Sila baca tutorial jika tidak pasti. Terima kasih. --Algazel (hubung) 23:46, 2 Julai 2014 (UTC)

Memasukan Templat:Kulit perisian bukan bebas[sunting | sunting sumber]

Salam, saya mohon pentadbir untuk memasukan templat tersebut kedalam lajur pilihan lesen dalam ruang memuat naik fail. Saya tidak tahu dimana laman bagi menyuting bahagian memasukkan templat ini... SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 18:48, 7 Ogos 2014 (UTC)

Abaikan cadangan ini! Saya sudah jumpa! SNN95Natsu and Happy.png Letter.jpg LAPIZ.SVG 18:56, 7 Ogos 2014 (UTC)