Wikipedia:Menyumbang kepada Wikipedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Saya ingin menyumbang kepada Wikipedia.

Apa yang boleh saya sumbangkan?[sunting | sunting sumber]

Banyak benda yang anda boleh sumbangkan kepada pembangunan wikipedia ini. Berikut adalah antara yang boleh anda lakukan untuk menyumbang.

Perbaiki rencana sedia ada[sunting | sunting sumber]

Jika anda tahu mengenai sesuatu topik itu, ini adalah yang paling mudah.

Untuk bantuan menyunting, lihat Wikipedia:Menyunting. Untuk panduan gaya penulisan, lihat Wikipedia:Manual gaya penulisan.

Anda juga boleh menolong menerjemahkan rencana yang ada, lihat tugas kosong di bawah. Menanya soalan di laman perbincangan juga boleh membantu menonjolkan kekhilafan dalam rencana tersebut.

Cipta rencana baru[sunting | sunting sumber]

Saiz Wikipedia Bahasa Melayu adalah cuma 1% daripada Wikipedia Bahasa Inggeris. Masih banyak topik yang belum disentuh yang boleh anda bantu. Pautan merah bermakna laman tersebut belum wujud, dan anda boleh terus klik padanya untuk mencipta laman baru. Lihat Wikipedia:Bagaimana memulakan laman baru untuk bantuan.

Selain itu, lihat juga pada Wikipedia:Rencana paling dikehendaki untuk senarai rencana yang amat diharapkan.

Kemaskini rencana[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak perkara yang boleh diperbaiki. Contohnya:

Lihat Wikipedia:Penyelenggaraan untuk maklumat lanjut.

Derma[sunting | sunting sumber]

Wikimedia sentiasa memerlukan dana untuk menyelenggara pelayan, lebar jalur dan perkara teknikal lain. Lihat http://wikimediafoundation.org/fundraising untuk membantu.

Buat publisiti[sunting | sunting sumber]

Anda boleh membantu mempromosikan Wikipedia di rumah, tempat kerja ataupun di mana-mana sahaja. Lebih ramai pengguna, lebih cepat kita berkembang.

Bantu pengguna lain[sunting | sunting sumber]

Mungkin anda boleh menjawab soalan-soalan yang ada di laman perbincangan dan Wikipedia:Meja rujukan. Anda tidak perlu menjadi pakar Wikipedia untuk menjawabnya kerana:

  • mungkin anda boleh menjadi jawapannya dalam Wikipedia sendiri dan cuma perlu dicari.
  • mungkin anda memang tahu topik itu dan boleh menambahnya kepada Wikipedia.
  • mungkin anda boleh mencari dari sumber lain.

Di mana boleh saya mula?[sunting | sunting sumber]

Tugas kosong[sunting | sunting sumber]

frames
Sunting

Topik yang anda tahu[sunting | sunting sumber]

Anda boleh mencari topik-topik yang anda tahu dan perbaikinya. Atau mulakan rencana baru jika rencana tersebut belum ada. Contohnya:

  • Mungkin anda pernah menulis karangan atau membuat projek mengenai sesuatu subjek. Mengapa tidak tambahkan di sini? Cuma pastikan anda memformatnya supaya berbentuk ensiklopedia.
  • Hal semasa. Jika ada berita panas mengenai seseorang/sesuatu tempat, mungkin anda mahu menulis tentangnya (orang/tempat, bukan berita panas tersebut). Cuma ingat bahawa Wikipedia bukanlah surat khabar.
  • Anda gemar berbahasa lain? Anda boleh menolong dengan terjemahan mingguan?
  • Anda masih belajar? Anda boleh menulis tentang kolej atau universiti anda.
  • Anda gemar melancong? Tulislah tentang tempat-tempat yang anda pernah sampai. Anda juga boleh menulis tentang pekan/bandar/negeri tempat anda tinggal/belajar/bekerja.
  • Anda juga boleh menulis tentang sukan dan hobi anda.

Halaman rawak[sunting | sunting sumber]

Tekan halaman rawak dan mula menyunting!

Sumber yang anda ada[sunting | sunting sumber]

Jika anda mempunyai ensiklopedia dalam bahasa lain, anda boleh mula menterjemahkannya, atau anda boleh mencari subjek yang anda mahu dari Wikipedia bahasa Inggeris. Jika anda mencatit sumber anda lebih mudah rencana tersebut dipastikan tidak melanggar hakcipta.

Mungkin juga anda terbaca sesuatu rencana yang menarik di mana-mana. Silalah tambahkan di sini.

Terima kasih[sunting | sunting sumber]

Sumbangan anda menjadikan Wikipedia seperti hari ini!