Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Brunei (Kurun-15–sekarang)
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
Perhimpunan Bersih (2011)
Perhimpunan Bersih (2012)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Flag of Malaysia.svg Portal Malaysia

Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, ialah perjanjian antara United Kingdom dan Thailand pada 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909. Kajayaan perjanjian ini sebenarnya diusahakan dan dimulakan bersungguh-sungguh oleh Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam[1]. Beliau mendapati beberapa perjanjian yang dimeterai bersama Britain sebelum dia bertugas pada tahun 1906 di Siam merugikan Siam terutamanya hal ehwal perdagangan dua hala dan keistimewaan lain seperti dalam Bowring (1855) dan Perjanjian Rahsia (1897). Oleh itu, beliau telah menyatakan kepada W.D Beckett seorang pegawai pejabat kedutaan British di Bangkok pada tahun 1907 akan hasratnya untuk menyeimbangkan kedudukan hubungan perdagangan dan memansuhkan hak keistimewaan Britain di Siam dengan kesediaanya memujuk Raja Chulalongkorn menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara seperti Kedah, Terangganu dan Kelantan sahaja kepada Britain sebagai ganjaran[2]. Tawaran itu mendapat reaksi positif daripada Ralph Paget, Duta Britain ke Siam serta Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat apabila Strobel menulis cadangan itu secara bertulis seperti berikut:

The Progress of Siam has been such of late years that i think the time has arrived when this goverment may look forward to more control over its own affairs and to less interference from without. To obtain such control is, my opinion well worth sacrificeof territory over which the Goverment does not excercise effective control and about which questions of difficulty may arise. ''In pursuance, therefore, of such policy of which the late Treaty with France is an example, I should be willing to propose to the Siamese Government the cession to Great Britain of the states of Kelantan, Trengganu, and Kedah, provided that the British Government would be willing to make the following concessions 1. The abrogation of the Secret Agreement of 1897; 2. The giving up of exterritoriality, at least to the extent which has been yield by France by the Treaty of the 23rd March this year.'[3]

Latar belakang perjanjian[sunting | sunting sumber]

Sebaik sahaja menerima surat Strobel, Paget telah memaklumkannya kepada Sir Edward Grey, Setiausaha bagi Urusan Luar Negara British. Paget menganggap cadangan Strobel itu sebagai "unlikely to present much difficulty".[4] Selain dari Kedah, Kelantan dan Terengganu, Paget mencadangkan kepada British menimbangkan juga negeri Perlis, Setul (sekarang Satun) dan Reman yang merupakan sebahagian daripada Negeri-Negeri Melayu yang tertakluk di bawah Perjanjian Rahsia (1897)berdasarkan alasan seperti "if then these States become British possessions, and, in addition, an Agreement can be made of a pure political nature to preclude any inconvenience acquisition of territory by a foreign power in the remaining of the peninsula, the advantage of the bargain would appear to be entirely on our side. It is possible of course that when the supervision exercised by His Majesty's Goverment on the grant of Concessions is removed, foreign enterprise in the Siamese Malay States may to some extent increase, but the probability of this becoming a danger appears to me altogether remote. There would be no objection, in the event of this coversation being abrogated, tothe substituition of the another instrumnet of a pure political nature to preclude the acquisition by foreign powers of any harbour,strategical position, or coaling station, and containing possibly by a clause similiar to Article VII of the Franco-Siamese Treaty".[5] Usaha keras Strobel ini bermula apabila beliau menyampaikan hasrat tersebut kepada Putera Damrong Rajanubhab, Menteri Am Siam ketika itu yang memangku tugas Raja Siam ketika Raja Chulalongkorn mengadakan lawatan ke luar negera. Putera Damrong menentang keras cadangan menyerahkan negeri-negeri Melayu utara kepada Britain malah Strobel sendiri dimarahi oleh Putera Damrong kerana cuba menjejaskan keutuhan wilayah Siam. Putera Damrong juga tidak mahu jalan keretapi di Siam dibina oleh syarikat asing. Namun begitu, Strobel tidak kecewa dan putus asa. Sebaliknya beliau berazam akan memaklumkan hasrat itu kepada Raja Chulalongkorn apabila kembali dari lawatan ke luar negara. Apabila Raja Siam Pulang pada 23 November 1907, Strobel memaklumkan cadangan itu dan Raja Chulalongkorn hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja kepada Britain. Strobel kembali memaklumkan kepada Ralph Paget akan persetujuan Raja Siam yang hanya mahu menyerahkan Kelantan dan Terangganu sahaja kerana "the remote states were a source of weakness, danger and annoyonce rather than profit. Kelantan and trengganu had never formed an integral part of Siam'.[6] Sebaliknya beliau menegaskan bahawa Raja Siam akan menimbangkan semula untuk menyerahkan Kedah. Semasa rundingan berjalan Ralph Paget memberitahu Strobel akan hasrat British yang turut ingin mendapatkan lebih wilayah siam seperti Patani,Perlis dan Setul (sekarang dikenali sebagai Satun) lebih dari apa yang ditawarkan oleh Strobel kerana berdasarkan wilayah itu kepunyaan Kerajaan Kedah dan mempunyai etnik Melayu, budaya dan kedudukan Geografi yang sama. Ralph Paget juga bertegas mahu Pulau Langkawi diserahkan kepada Britain. Strobel kembali menemui Raja Chulalongkorn dan memaklumkan kepada baginda dengan cara menyerahkan Kedah, Terengganu dan Kelantan sahaja pihak Britain akan mengkaji semula perjanjian lama yang merugikan Siam. Ketegasan Strobel ini sehingga beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Penasihat Hal Ehwal Luar Siam dalam tempoh 90 hari sekiranya Raja Chulalongkorn tidak menaruh kepercayaan kepadanya. Sementara itu, Sir John Anderson Gabenor Negeri-Negeri Selat amat bersetuju Britain menguasai negeri-negeri Melayu Utara malah mahu menguasai Patani dan wilayah-wilayah lain hingga ke Segenting Kra. John Anderson menulis surat kepada Lord Elgin, Setiausaha Bagi Tanah Jajahan "I earnestly hope that, if it is impossible to obtain the whole area south of latitude 7, an effort will be made to secure Legeh and Rahman as well as the whole area south of three States. Perlis and Setul sould also be secured:they are dependencies of Kedah. Interest should, in view of the price of the Straits Loan, br fix at 4 percent but it would agree to 3 3/4 per cent if necessary to secure success of the negotiations".[7] Tuntutan Paget ke atas Setul, Perlis dan Patani mendapat reaksi dingin daripada Strobel. sebaliknya, Strobel mengatakan kepada Ralph Paget, beliau tidak yakin Siam akan menyerahkan Patani kepada Britain kerana Siam mempunyai kepentingan di negeri itu berbanding negeri-Negeri Melayu Utara. Di samping itu, Strobel memaklumkan kepada Paget bahawa Raja Chulalongkorn hanya bersedia menyerahkan negeri yang ia tidak mepunyai kuasa kawalan.Strobel menegaskan dan menunjukkan kemarahannya dengan kerkata "that states was out of question, as the Siamese Government would...never consent its cession", beliau menambah bahawa "the Siamese Government had done a great deal there recently, and the control exercised there was of a different charecter to that attained in the other States...[8] Akibat permintaan British itu Strobel telah menyatakan "if that is to be the game i think we had best abandon the negotiations at once. I am having sufficient difficulty with the King about Kedah that the three States i originally named".[9] Kegagalan Britain mendapatkan Patani mengecewakan Paget, walau bagaimanapun, Paget tidak mahu menekan Siam kerana tidak mahu Siam membatalkan rundingan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara. Selain itu, Siam enggan serahkan Patani kerana British sendiri tidak mempunyai inisiatif menuntut wilayah itu. Menurut Chandran J, "alasan yang penting bagi ketinggalan Patani di dalam Perjanjian 1909 tidak boleh dinafikan adalah akibat kejayaan Siam pada tahun 1902 manakala mereka telah menawan Sultan Patani. Setelah peristiwa itu, British memang mengakui bahawa Patani lebih bergantung kepada Siam".[10] Demi menyelamatkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terangganu, kepentingan Patani terpaksa dikorbankan. Berkenaan dengan Wilayah Setul, terdapat perbezaan pendapat antara Strobel dan British. Strobel berpendapat setul mempunyai hubungan rapat dengan Phukuet kerana 60 % penduduk di situ adalah orang Sam-Sam yang memeluk Islam, tetapi Frost (British Konsul di Kedah) membantah dan melaporkan satu laporan kepada Setiausaha Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat, Setul merupakan sebahagian dari Negeri Kedah dan tidak mempunyai hubungan dengan Phuket. Penduduk di Setul mengaku diri mereka Melayu dan bukannya orang Siam.[11] Berhubung dengan Perlis dan Setul, Strobel berpendapat kedua-dua itu bukanlah merupakan sebahagian dari Kedah. Walaupun Gabenor kedua-dua negeri itu ditabalkan oleh Sultan Kedah tetapi pengesahannya dibuat oleh Raja Siam. Dari segi praktiknya, Perlis dapat dianggap sebahagian daripada Kedah tetapi berbeza dengan Setul kerana Setul..."separated from the States by a high range og mountains and is etnologically different...60 per cent of inhabitants being Sam Sam or Siamese who had embrace Mohammedanism (Sic :Islam".[12] Oleh kerana itulah, Raja Chulalongkorn enggan melepaskan Setul kepada British. Selain itu, bagi mengelakkan tuntutan British ke atas Setul, pihak Siam telah melantik dua pegawai Siam sebagai Pegawai Kewangan dan Hakim pada Oktober 1907 dan juga menempatkan bot tempur sebagai usaha mengukuhkan kawalan Siam ke atas wilayah itu. pihak Siam juga telah meletakkan Setul di bawah arahan terus Pesuruhjaya Tinggi Phuket yang sebelum ini diletakkan di bawah Pesuruhajaya Tinggi Syburi iaitu Sultan Kedah sendiri[13]. Berikutan itu, Paget terpaksa mengakui British tidak akan menuntut serta melepaskan Setul dan menyatakan dalam suratnya kepada Grey "..Setul would not be of no great values to us, and although we might do doubt put forward a very good claim to its part of Kedah and secure it by insistence, I am inclined to think it would be more Politics to turn our claim to account by agreeing to renounce Setul if the Siamese Government will in its stead hand over to us the Lang-kawi Islands and that portion of Raman which comprise the watershed of the Perak River. Both these would constitute more velueable posessions to us than Setul. The Lang-kawi Islands furnish magnificent anchourages and such have been coveted by various foreign powers, whilst the lower part of Reman is rich in Tin".[14]British lebih mementingkan kepentingan yang diperolehinya daripada menuntut wilayah sebenar kepunyaan Kedah apabila melepaskan wilayah Setul yang sebelum ini kepunyaan Kedah. Pada tahun 1908 Strobel meninggal dunia tetapi rundingan tersebut tetap diteruskan apabila tugas Stroble diambil alih oleh Westengard, pembantu Strobel. Perbincangan rasmi antara Paget dengan Westengard telah berlangsung pada 25 Januari 1908. Perbincangan itu telah meneliti perkara-perkara pokok mengenai asas perjanjian.[15] Berkenaan tentang penyerahan wilayah, Paget telah mengemukakan hasrat British untuk mendapatkan Pulau Langkawi dan Legeh sungai Perak di wilayah Reman sebagai menggantikan Setul.Westengard memaklumkan, selepas berbincang dengan Raja Chulalongkorn dan Putera Damrong, bersetuju melepaskan "lower Raman" dan Pulau Langkawi tetapi dengan syarat British mesti bersetuju memberikan pinjaman kewangan bagi tujuan pembinaan jalan keretapi atas kadar 3 3/4 peratus.[16] Paget agak keberatan akan tuntutan Siam itu.Walau bagamanapun, perbezaan pandangan itu tidak menghalang dan menyulitkan kedua-dua pihak. Beberapa draf perjanjian telah disiapkan meliputi soal penyerahan wilayah, pembatalan Kovension Rahsia 1897, Juridiksi dan Keretapi Semenanjung Siam telah dipinda kedua-dua pihak sebelum ditandatangani.[17]


Perjanjian[sunting | sunting sumber]

Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu, kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Ralph Paget Duta Britain di Siam Mewakili King Great Britain dan Ireland serta Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Luar Kerajaan Siam ketika itu.

Butir-butir Perjanjian Bangkok 1909 adalah seperti berikut:-

  1. Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan pulau-pulau bersebelahan kepada Great Britain.
  2. Tarikh penyerahan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi perjanjian.
  3. Perlantikan Suruhanjaya Bercampur untuk persempadanan Inggeris-Siam.
  4. Hutang awam wilayah yang diserahkan akan tetap dibayar kepada Kerajaan Siam.
  5. Penghapusan bidang kuasa Konsul British di Siam.
  6. Hak rakyat British di Siam terhadap harta, kediaman dan perjalanan, cukai, dll.
  7. Pengesahan perjanjian lama .
  8. Ratifikasi dalam tempoh empat bulan.

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.112. 2 Lihat Lampiran I (ed.).


Perjanjian Bangokok 1909 berkuatkuasa selepas 4 bulan dimeterai. Beberapa upacara penyerahan kawasan dilakukan, pada 15 Julai 1909 upacara penyerahan Kedah kepada British diadakan di Balai Besar, Alor Setar. Majlis tersebut dihadiri oleh Sultan Abdul Hamid, Tengku Mahmud serta Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Kedah, Williamson Penasihat Kewangan Siam mewakili Raja Siam, George Maxwell mewakili British. Semasa majlis penyerahan itu berlangsung, wakil Kerajaaan Siam, Williamson membawa utusan Raja Chulalongkorn yang mengatakan Raja Siam berasa sedih kerana setelah begitu lama hubungan erat telah wujud terpaksa diputuskan kerana perjanjian itu.Raja Siam berharap Kerajaan Kedah dapat mencapai kemakmuran buat masa akan datang dan Kedah mencapai kemakmuran di bawah naungan British.[18] Sementara itu,upacara penyerahan wilayah Reman (sekarang dikenali sebagai Hulu Perak) kepada Perak turut dilakukan. Antara pembesar dan wakil kerajaan yang menghadiri upacara tersebut adalah seperti berikut:-

  • Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
  • Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) yang berpusat di Singapura.
  • Kerajaan Perak diwakili oleh :
  1. Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri
  2. Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
  3. E.W. Birch, Residen British Perak.
  4. A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak.
  5. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak
  6. G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar
  7. J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan/ Taiping.

Kesan Perjanjian 1909[sunting | sunting sumber]

kedua-dua pihak iaitu British dan Siam jelas mementingkan status dan keuntungan masing-masing dalam mewujudkan perjanjian ini. British dan Siam dalam menentukan sempadan baru ini hanya berdasarkan pentadbiran berbanding elemen penting seperti soal kebudayaan geografi etnik agama dan kriteria lain[19]. keengganan mereka ini menimbulkan masalah dan kesan berpanjangan kepada negeri-negeri Melayu bersekutu yang kini sebahagian dari Malaysia dan Wilayah Patani, Setul, Yala menjadi Wilayah Thailand. Melihat kepada Protokol Sempadan itu jelas bahawa perjanjian itu bukan sahaja memindahkan Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis kepada pemerintahan British tetapi jugak membuat penyesuaian besar kepada sempadan negeri yang sedia ada ketika itu. Perjanjian ini telah mengubah keluasan tanah-tanah negeri terbabit. Dapat dikatakan juga bahawa tujuan perubahan itu dibuat adalah bagi maksud untuk memindahkan seluruh lembah sungai kepada negeri-negeri tertentu.Umpamanya, penjuru sungai Reman di bawah kawalan Siam yang terletak dalam lembah sungai Perak telah diserahkan kepada Perak. Walau bagaimanapun, pembuat sempadan gagal mengambilkira pertimbangan yang sama sehubung dengan negeri Kelantan-Patani sebaliknya Sungai Golok telah dijadikan sempadan antarabangsa. Kesannya Kelantan kehilangan wilayah tabal (sekarang dikenali Tak Bai) kerana wilayah ini telah ditukarkan dengan daerah Reman.Kesan seterusnya Negeri-Negeri Melayu Utara kehilangan beberapa Wilayah penting dan strategik seperti Kedah kehilangan Wilayah Sadaow, Setul, Pulau Terutau dan Pulau-Pulau sekitarnya. Perlis pula kehilangan wilayah Pujoh. Wilayah Pujoh terletak di sebelah utara Sungai Perlis adalah di bawah jagaan Penghulu mukim Kuala Perlis. Penghulu Kuala Perlis dan Pujoh terakhir ialah Penghulu Muhammad Said Bin Haji Awang yang turut ditugaskan bersama-sama Pegawai Suruhanjaya Sempadan yang dibentuk di bawah Artikel 3 Perjanjian Bangkok 1909.[20] Kelantan kehilangan wilayah Tabal. Oleh kerana Perjanjian ini dibuat tanpa pengetahuan Sultan Negeri- Negeri Melayu Utara, sudah tentulah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Semasa majlis penyerahan itu berlangsung, Sultan Abdul hamid membuat bantahan kepada Williamson wakil kerajaan Siam. Menurut baginda, sempadan baru antara Kedah dan Siam harus ditentukan mengikut kriteria sempadan yang sedia ada. Putera Damrong sebelum itu telah memberitahu baginda akan sempadan baru antara Kedah dan Siam seperti mana yang terdapat dalam protokol sempadan Perjanjian Bangkok 1909.[21] Baginda Sultan amat murka kepada Siam sehingga baginda pernah menyatakan tidak akan memaafkan pihak yang menjual negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.[22] Dalam surat baginda kepada Putera Damrong banginda menyataka kekecewaan kehilangan wilayah kedah tu.."There is one thing regarding which i ask for further consideration that is northern boundery. I ask be followed and that the farmer bondery be followed and that the Sadaow district and other district near Changloon an Terutau Islands remain in Kedah territory. If they are taken by Siam, kedah loses a large area of territory. Please instruct survey commisioner not to clear boundery lines until this matter is settle".[23]. Begitu juga reaksi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke IV baginda kecewa dengan British menyerahkan Wilayah Tabal kepada Siam yang dihuni kira-kira 15,000 orang Melayu. Apabila Tabal berada di bawah Siam sebilangan penduduk di situ berhijrah ke Kelantan. Sementara itu, reaksi Sultan Terengganu turut terkejut dan berasa marah apabila mengetahui butir-butir perjanjian tersebut daripada August Katz yang melawat sultan bagi tujuan pelaburan di negeri baginda. Sultan memberi contoh tindakan Siam itu tidak ubah seperti "as if i were seize your watch and sell it to some other person.[24] Walau bagaimanapun, pihak Siam membalas hujah ketidakpuasan hati itu dengan mengatakan "Kedah hanya kehilangan wilayah, sedangkan Siam kehilangan sebahagian dari negerinya.[25]British telah memperkenalkan beberapa perkara baru yang berhubung dengan sempadan kepada pemerintah Melayu. Persempadanan cara barat bermula dengan perjanjian dan kemudiannya kepada penandaan sempadan. Sedangkan bagi pemerintah Melayu selama ini, persempadanan lebih kepada perakuan kawasan pengaruh kuasa semata-mata yang diumumkan secara lisan dan tidak sekali-kali dalam bentuk menandatangani dokumen. Dengan adanya garisan sempadan, masalah ketentuan hak yang memungkinkan berlakunya sebarang pertikaian tidak akan berlaku. Walau bagaimanapun, penandaan sempadan yang berakhir pada penghujung tahun 1913 itu tidak muktamad kerana masih banyak meninggalkan kesan sampingan kepada Kerajaan Thailand dan Malaysia setelah British kembali ke negara asal mereka.[26]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sejarah penggarisan dan penetapan sempadan negeri-negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 oleh Nik Anuar Nik Mahmud dalam jurnal, Malaysia Dalam Sejarah Bil 22-1994, Persatuan Sejarah Malaysia
  2. surat Paget kepada Grey, 29 April 1907 FO 422/62
  3. surat Strobel kepada Paget, 1 Julai 1907, FO 422/61
  4. Surat Paget kepada Grey, 20 April 1907, FO 422/61
  5. ibid
  6. Thamsook Numnonda. 1996. The Anglo-Siamese Negotiations 1900-1909. University Of London (tidak diterbitkan)
  7. Anderson kepada Lord Elgin dalam Colonial Office kepada Foreign Office 6 Sept 1907, FO 422/61
  8. surat Backett kepada Paget 11 September 1907, FO 422/61
  9. Surat Paget kepada Cambell 28 Februari 1908, CO 273/343
  10. C Chandran,J "Perjanjian 1909 Antara Inggeris dengan Siam serta latar belakangnya
  11. surat Frost kepad High Commisioner 2 November 1907, FO 422/62
  12. surat Backett kepada Grey, 6 Disember 1907, FO 422/61
  13. surat Beckett kepada Grey FO 371/522 15 Disember 1907
  14. surat Paget kepada Grey, 1 Januari 1908, FO 422/61
  15. Memorandum by Mr Paget Respecting Conversation with Mr Westengard, 25 Januari 1908 dalam surat Paget kepada Grey 30 Januari 1908, FO 422/62
  16. ibid
  17. Nik Anuar Nik Mahmud (1994) Sejarah penggarisan dan penetapan sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dalam Jurnal Malaysia dari segi sejarah. Persatuan Sejarah Malaysia. 1994.Kuala Lumpur
  18. Surat Putera Damrong kepada Sultan Kedah, 9 Julai 1909, CO 273/350
  19. Tan Siew Lan. 1992. Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909:Reaksi dan Implikasinya Terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara. UKM (tidak diterbitkan)
  20. Ahmad Ismail & Yazid Mat.1992. Perlis Indera Kayangan Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat:PPANP
  21. surat Putera Damrong kepada Sultan Kedah, 9 Julai 1909 High Commisioner Office 947/1909
  22. Thamsook Numnonda. 1966. The Anglo-Siamese Negotiations Regarding the Cession of Siamese Malay States 1907-1909 dlm Journal of Siam Sociesty. Bangkok
  23. surat Prince Damrong kepada Beckett, 28 Julai 1909, CO 273/353
  24. Surat W.R.D Wood (Konsul British di Singgora) kepada W.D Beckett dalam CO 273/353 bertarikh 8 Jun 1909
  25. surat Devawongse kepada W.D Beckett bertarikh 28 Julai 1909 dalam CO 273/354
  26. Mior Ahmad Noor Mior Hamzah. 1992. Proses pembentukan sempadan Malaysia Thailand. kajian sarjana UM (tidak diterbitkan)