Persona -trinity soul-

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persona -trinity soul-
Persona Trinity Soul logo.jpg
ペルソナ トリニティ・ソウル
(Perusona Toriniti Sōru)
Genre Misteri
Anime
Persona -trinity soul-
Pengarah Jun Matsumoto
Skrip/Penulis Yasayuki Mutō
Studio A-1 Pictures
Penyiaran Asal Jepun MBS, Animax, Tokyo MX
Dikeluarkan pada 5 Januari, 2008 – kini
Episod 26

Persona -trinity soul- (ペルソナ トリニティ・ソウル Perusona Toriniti Sōru?) merupakan sebuah siri televisyen anime Jepun. Siri ini merupakan sambungan kepada permainan video PlayStation 2 berjudul Persona 3, mengambil masa sepuluh tahun selepas kejadian asalnya.[1] Dihasilkan oleh Aniplex dan animasi oleh studio animasi A-1 Pictures, siri ini dijadulkan untuk disiarkan pertama kalinya di Jepun menerusi saluran-saluran seperti MBS, Tokyo MX and Animax bermula pada awal bulan Januari 2008. Muzik yang dipamerkan adalah hasil gubahan Taku Iwasaki.

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengambil tempat di Ayanagi City, sebuah bandar berhampiran Japan Sea. Bandarnya yang mempunyai tema "futuristik" dibina sebagai kawasan penyelamat selepas malapetaka yang berlaku akibat "Sindrom Apati" atau Apathy Syndrome sepuluh tahun yang lalu. Shin Kazato, seorang remaja bersekolah menengah bersama-sama adik lelakinya, Jun, berjumpa dengan abang sulung mereka, Ryō, yang merupakan ketua Jabatan Polis Ayanagi City, sekali lagi selepas sepuluh tahun. Pada waktu itu, sebuah siri kejadian aneh berlaku di Ayanagi City seperti kehilangan krew kapal selam yang berlaku di dalam kapal mereka, ataupun seperti sebuah simptom muram yang menggangu dunia selepas sepuluh tahun, ataupun seperti kes di mana seorang pelajar sekolah mengambil rupa mayat yang dasyhat. Ryō menjejaki organisasi yang bertanggungjawab disebalik kejadian-kejadian aneh yang menimpa bandar itu, dan di atas penyertaannya di dalam hal tersebut, Shin membangkitkan "Persona" di dalam dirinya.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Shin Kanzato (神郷 慎 Kanzato Shin?)
Disuarakan oleh: Nobuhiko Okamoto
Protagonis yang berumur tujuh belas tahun. Bersekolah di Sekolah Menengah Gakuen, tahun kedua. Sentiasa membawa sebuah loket berbentuk bulu ayam yang merupakan hadiah peringatan ayahnya.
Ryō Kanzato (神郷 諒 Kanzato Ryō?)
Disuarakan oleh: Takehito Koyasu
Abang Sulung kepada Shin, berumur dua puluh lapan tahun. Menyertai pasukan polis demi menyiasat kejadian-kejadian aneh yang berlaku, menjadi penguasa termuda di dalam sejarah. Di dalam laman rasminya, dia didedahkan mempunyai "Persona".
Jun Kanzato (神郷 洵 Kanzato Jun?)
Disuarakan oleh: Miyuki Sawashiro
Seorang pelajar di Sekolah Rendah Menengah Naginomori Gakuen, tahun ketiga. Dia mula kehilangan azam untuk meneruskan kehidupan setelah berlakunya kemalangan yang menimpa apabila ibu bapanya juga turut hilang lapan tahun yang lalu.
Megumi Kayano (茅野めぐみ Kayano Megumi?)
Disuarakan oleh: Kana Asumi
Kanaru Morimoto (守本叶鳴 Morimoto Kanaru?)
Disuarakan oleh: Mai Nakahara
Takurô Sakakiba (榊葉拓朗 Sakakiba Takurô?)
Disuarakan oleh: Hideki Tasaka
Tôma Shikura (紫倉統馬 Shikura Tôma?)
Disuarakan oleh: Daisuke Namikawa
Shoutarô Senô (瀬能壮太郎 Senô Shoutarô?)
Disuarakan oleh: Motoki Takagi
Saki Tachibana (橘花沙季 Tachibana Saki?)
Disuarakan oleh: Mayumi Sako

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]