Peta T dan O

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Contoh tercetak terawal peta T dan O klasik (oleh Günther Zainer, Augsburg, 1472), ilustrasi halaman pertama bab XIV Etymologiae Isidore dari Seville. Ia menunjukkan benua-benua sebagai kawasan pegangan anak-anak Noah: Sem (Shem), Iafeth (Japheth) and Cham (Ham).
Hereford Mappa Mundi, kira-kira pada tahun 1300, Katedral Hereford, England. Peta "T-O" klasik dengan Baitulmaqdis (Jerusalem) di tengah, timur menghala ke atas, Eropah di bawah kiri dan Afrika di sebelah kanan.

Peta T dan O atau peta O-T atau T-O (orbis terrarum, sfera atau bulatan daratan; dengan huruf T di dalam huruf O), ialah sejenis peta dunia Zaman Pertengahan yang kadangkala dikenali sebagai peta Beatus kerana salah satu gambaran terawal peta seperti ini dikaitkan dengan Beatus dari Liébana, seorang rahib kurun ke-8 Sepanyol. Peta ini terdapat dalam prolog kepada dua belas buku komentarnya berkenaan Apocalypse.

Sejarah dan penerangan[sunting | sunting sumber]

Peta T-O melambangkan dunia fizikal seperti yang dijelaskan oleh cendekiawan kurun ke-7, Isidore dari Seville di dalam ensiklopedianya, Etymologiae (bab 14, de terra et partibus):

Latin: Orbis a rotunditate circuli dictus, quia sicut rota est [...] Undique enim Oceanus circumfluens eius in circulo ambit fines. Divisus est autem trifarie: e quibus una pars Asia, altera Europa, tertia Africa nuncupatur.
Melayu: Daratan [yang didiami] dipanggil bulatan selepas bulatnya bulatan, kerana ia seperti roda [...] Disebabkan ini, Lautan yang mengalir di sekelilingnya terkandung dalam had bulatan, dan dibahagikan kepada tiga bahagian, satu bahagian dipanggil Asia, yang kedua Eropah, dan yang ketiga Afrika.[1]

Walaupun Isidore memberitahu di dalam Etymologiae yang Bumi itu "bulat", maksudnya agak kabur dan sesetengah penulis fikir yang beliau merujuk kepada Bumi yang berbentuk cakera. Namun, karya-karya lain oleh Isidore telah menjelaskan bahawa beliau menganggap Bumi itu berbentuk sfera.[2] Benar, teori bumi sfera telah sentiasa menjadi anggapan antara mereka yang terpelajar sejak zaman Aristotle yang telah membahagikan bumi sfera kepada zon-zon iklim, dengan iklim sejuk di kutub, iklim terik yang membunuh berdekatan Khatulistiwa, dan iklim sederhana yang sederhana dan boleh didiami di antara kedua-dua iklim tadi.

Peta T dan O hanya menunjukkan separuh atas Bumi sfera.[3] Ia mungkin dianggap unjuran yang mudah bagi kawasan yang didiami, separuh sederhana utara glob. Oleh kerana iklim sederhana selatan dianggap tidak berpenghuni, atau tidak boleh dicapai, kawasan ini tidak perlu digambarkan di dalam peta dunia. Dahulu, dipercayai yang tidak ada sesiapa yang boleh merentasi iklim terik di khatulistiwa dan mencapai daratan yang tidak diketahui di separuh lain glob. Daratan-daratan ini dipanggil antipod.[3][4]

T di dalam peta ini ialah Laut Mediterranean, Sungai Nil dan Sungai Don di Rusia (asalnya dinamakan Tanais) yang membahagikan tiga benua, Asia, Eropah dan Afrika, dan O ialah lautan yang mengelilingi benua-benua ini. Baitulmaqdis dinyatakan secara umum di tengah peta ini. Asia biasanya bersaiz dua benua lain dalam peta ini digabungkan. Oleh kerana matahari terbit di Timur, Syurga biasanya digambarkan terletak di Asia, dan Asia diletakkan di bahagian atas peta.

Pembentukan semula ideal peta-peta dunia Zaman Pertengahan (daripada Meyers Konversationslexikon, 1895) (Asia ditunjukkan di sebelah kanan).
Peta "T-O" dibuat dengan kartografi moden.

Jenis kartografi Zaman Pertengahan kualitatif dan berkonsep ini boleh menghasilkan peta-peta yang sangat terperinci selain daripada perlambangan yang mudah. Peta-peta yang terawal hanya mempunyai beberapa buah bandar dan jasad-jasad air yang penting. Empat sungai suci di Tanah Suci sentiasa dinyatakan. Peralatan-peralatan yang lebih berguna kepada pengembara ialah jadual perjalanan yang menyenaraikan nama-nama bandar di antara dua titik mengikut urutan, dan periplus yang melakukan perkara yang sama dengan pelabuhan-pelabuhan dan mercu tanda sepanjang sebuah pantai. Peta-peta seterusnya dengan format berkonsep yang sama memasukkan banyak sungai dan bandar-bandar Eropah Timur dan Barat, dan ciri-ciri lain yang ditemui sewaktu Perang Salib. Ilustrasi-ilustrasi hiasan turut ditambah selain ciri-ciri geografi yang baru. Bandar-bandar yang paling penting akan ditandakan dengan perkubuan-perkubuan berbeza dan menara di samping namanya, dan ruang-ruang kosong akan diisi dengan makhluk-makhluk mitos.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Isidore of Seville (c. 630). "14". Etymologiae. http://www.thelatinlibrary.com/isidore/14. 
  2. Stevens, Wesley M. (1980). "The Figure of the Earth in Isidore's ‘De natura rerum’". Isis 71 (2): 268–277. JSTOR 230175. 
  3. 3.0 3.1 Michael Livingston, Modern Medieval Map Myths: The Flat World, Ancient Sea-Kings, and Dragons, 2002.
  4. Hiatt, Alfred (2002). "Blank Spaces on the Earth". The Yale Journal of Criticism 15 (2): 223–250. doi:10.1353/yale.2002.0019. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]