Aristotle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aristotle (sculpture)

Aristotle (bahasa Yunani Αριστοτέλης, Aristotelēs) (384 SM7 Mac 322 SM) merupakan pakar sains dan ahli falsafah Yunani. Dia belajar dari Plato dan mengajar Alexander Agung.

Mukadimah[sunting | sunting sumber]

Tiga ahli falsafah silam teragung adalah Aristotle, Plato (gurunya), dan Socrates (c. 470-399 SM), yang corak pemikirannya banyak mempengaruhi Plato. Antara lain, ia menukar falsafah Yunani awal (Pre-Socratic) kepada asas falsafah Barat sebagaimana yang terdapat masa kini. Socrates--kemungkinannya disebabkan pendapatnya yang menentang menulis falsafah sebagaimana yang diterangkan dalam penulisan perbualan Plato, Phaedrus--tidak menulis apapun, dan ideanya sampai kepada kita secara tidak langsung melalui Plato dan beberapa penulis silam lain. Tulisan Plato dan Aristotle membentuk teras falsafah silam (Ancient philosophy).

Hasil penulisan mereka, walaupun berkait dalam kebanyakan asasnya, amat berbeza dalam gaya dan bahan kandungan. Plato menulis beberapa dozen perbualan falsafah--perdebatan dalam bentuk perbicaraan, biasanya dengan Socrates sebagai ahli--dan beberapa pucuk surat. Walaupun perbualan awal menjurus kepada kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan, dan kebanyakan yang terakhir mengenai keadilan dan moral pratikal (practical ethics), hasil kerjanya yang paling penting menggambarkan pandangan (synoptic view ) mengenai moral (ethics), metafizik, sebab (reason), pengetahuan, dan kehidupan manusia. Idea pentingnya adalah pengetahuan diterima melalui deria selalunya mengelirukan dan tercemar, dan pengetahuan sebenar didapati oleh mereka yang berfikir jauh dari urusan dunia. Mereka ini yang mempunyai pengetahuan mengenai bentuk, pati sebenar sesuatu, manakala apa yang terdapat di dunia ini hanyalah salinan cacat. Pengetahuan sedemikian mempunyai kepentingan moral dan saintifik. Plato boleh digelar sebagai mendokong idealisme dan rationalisme..

Aristotle, sebaliknya, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.

Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.