Peter Crouch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Peter Crouch
Peter Crouch.JPG
Maklumat peribadi
Nama penuh Peter James Crouch
Tarikh lahir 30 Januari 1981 (33 tahun)
Tempat lahir Macclesfield, England
Tinggi 6 ft 7 in (2.01 m)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Portsmouth
Nombor 9
Kerjaya remaja
Tottenham Hotspur
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1998–2000
2000
2000
2000–2001
2001–2002
2002–2004
2003
2004–2005
2005–2008
2008–
Tottenham Hotspur
Dulwich Hamlet (dipinjamkan)
IFK Hässleholm (dipinjamkan)
Queens Park Rangers
Portsmouth
Aston Villa
Norwich City (dipinjamkan)
Southampton
Liverpool
Portsmouth
00 0(0)
06 0(1)
08 0(3)
42 (10)
37 (18)
37 0(6)
15 0(4)
27 (12)
85 (22)
35 (11)
Pasukan kebangsaan
2002–2003
2006
2005–
England B21
England B
England
06 0(1)
01 0(0)
34 (16)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 21:43, 20 April 2009 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 04:34, 11 Jun 2009 (UTC)

Peter James Crouch merupakan pemain bola sepak asal England yang lahir pada 30 Januari , 1981, beliau kini bermain untuk Portsmouth. Crouch yang berketinggian 2.01 meter merupakan pemain yang tertinggi dalam skuad England dan pemain tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Awal[sunting | sunting sumber]

Crouch menyertai Tottenham Hotspur pada 2 Julai, 1998. Namun dia gagal membuat penampilan bersama pasukan itu. Dia kemudian berpindah ke Queens Park Rangers dengan nilai sebanyak £60,000. Dia berjaya menjaringkan 10 gol liga dalam musim pertamanya tetapi gagal membantu kelabnya daripada tersingkir ke divisyen dua. Crouch kemudian dijual ke Portsmouth dengan nilai perpindahan £1.25 juta.

Aston Villa, Norwich City dan Southampton[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2002, Aston Villa F.C. berjaya membeli Crouch dengan nilai sebanyak £5 juta. Walaubagaimanapun Crouch gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Aston Villa. Dia kemudian dipinjamkan ke Norwich City dan berjaya memenangi Kejohanan Liga Bola Sepak. Pada Julai 2004, Villa menjual Crouch ke Southampton dengan nilai sebanyak £2 juta. Bersama Southampton, Crouch membuat 33 penampilan dan menjaringkan 16 gol. Crouch kemudian mendapat panggilan pertamanya bersama skuad England. Apabila Southampton tersingkir dari Liga Perdana Inggeris, Southampton terpaksa melepaskannya ke Liverpool.

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Crouch menyertai Liverpool pada 19 Julai, 2005. Crouch dikritik hebat oleh media kerana kegagalannya menjaringkan gol untuk Liverpool selepas mengharungi 19 perlawanan. Kemarau jaringan Crouch berakhir pada 3 Disember 2005 ketika menentang Wigan Athletic. Dia juga menamatkan tempoh 24 jam tanpa jaringan. Pada perlawanan Piala FA Inggeris 2005-06, Crouch menjaringkan gol tunggal yang juga gol kemenangan perlawanan ketika menentang Manchester United. Kemenangan tersebut merupakan kemenangan pertama Liverpool ke atas Manchester United selepas Perang Dunia Kedua. Dia kemudian membantu Liverpool memenangi Piala FA Inggeris 2006 dengan melakukan hantaran penting kepada Steven Gerrard.

Crouch turut menjaringkan gol kemenangan Liverpool ketika menentang Chelsea dalam perlawanan Piala Komuniti FA. Pada 31 Mac, Crouch menjaringkan hattrick pertama dalam kerjayanya dalam perlawanan menentang Arsenal yang berkesudahan 4-1. Lebih manis, hattrick tersebut digelar sebagai "Hattrick Lengkap".

Crouch juga beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2006/07 sebagai pemain gantian. Crouch kekal bersama Liverpool pada musim 2007/08 dengan membantu Liverpool layak ke peringkat kelayakan Liga Juara-Juara UEFA. Pada 7 Julai 2008, Crouch bersetuju untuk menyertai semula kelab lamanya Portsmouth. Perpindahannya diumumkan secara rasmi pada 11 Julai 2008.

Bersama England[sunting | sunting sumber]

Bersama England, Crouch membuat penampilan pertamanya ketika menentang Colombia pada Mei 2005. Dia menjaringkan gol pertamanya di peringkat senior ketika menentang Uruguay pada 1 Mac 2006. Pada Jun 2006, Crouch menjaringkan hattrick ketika menentang Jamaica. Pada Piala Dunia FIFA 2006, Crouch digandingkan bersama Michael Owen. Pada perlawanan menentang Trinidad dan Tobago, Crouch menjaringkan gol pertamanya di Piala Dunia. Pada Kelayakan Euro 2008, Crocuh menjadi penjaring terbanyak England dengan 5 gol. Namun England gagal layak ke Euro 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]