Piemonte

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lokasi Piemonte dalam Itali

Piemonte (Bahasa Itali: Piemonte; Bahasa Inggeris: Piedmont) ialah sebuah regione (kawasan) di barat laut Itali. Piemonte dalam bahasa Itali bererti kaki bukit. Luasnya kira-kira 25,400 km2 dan populasinya sekitar 4.3 juta orang. Ibu daerahnya berada di Torino.

Piemonte dikelilingi oleh tiga sisi banjaran pergunungan Alp. Ia bersempadan dengan Perancis, Switzerland, dan regione Lombardy, Liguria dan Valle d'Aosta.

Ekonomi Piemonte bergantung kepada pertanian. Piemonte adalah salah satu dari daerah penghasilan anggur untuk wain terbesar di Itali. Selain itu, Piemonte juga menghasilkan 10% dari penghasilan beras di Itali.

Bandar-bandar besar di Piemonte adalah ibu kota-ibu kota provinsi (Alessandria, Asti, Biella, Cuneo, Novara, Vercelli, Verbania dan Torino), dan Moncalieri dan Rivoli.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Piemonte