Pitis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pitis (Jawi: ڤيتيس, ejaan lama ڤيتس[1]) merupakan unit mata wang logam seperti tembaga atau timah yang digunakan di beberapa kerajaan Nusantara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di Brunei[sunting | sunting sumber]

Nilai ini juga dikenali dengan nama kue (terutamanya keluaran China), paku, atau picil menurut catatan Antonio Pigafetta.[2] Pigafetta menerangkan pada masa beliau berlabuh di Brunei tahun 1521 bahawa picil yang digunakan beliau mempunyai lubang di tengah agar dapat dimasukkan tali serta empat penjurunya mempunyai 4 aksara bertulis "Raja Besar China".[2] 4000 pitis bernilai sama dengan 1 dolar Sepanyol.

Matawang ini digantikan dengan dolar Selat pada kadar bersamaan 4000 pitis[3] atau 800 paku[4] setaraf.

Di Palembang[sunting | sunting sumber]

Pitis digunakan sebagai mata wang utama Kesultanan Palembang dari zaman pemerintahan Sultan Abdulrrahman Khaifatul Mukminin Sayidul Imam[5] sehingga ia dibubarkan kerajaan Belanda tahun 1823. Pitis-pitis ini lazim diperbuat dari timah tulen dan timah hitam baik "tebuk" mahupun "buntu" atau tidak berlubang dengan tulisan Jawi dan tarikh hijriyah ia dihasilkan.[6][7] Pitis-pitis tebuk diikat bersama manakala pitis buntu disimpan berbalut daun dalam suatu kotak kupat.

Di Pantai Timur Semenanjung[sunting | sunting sumber]

Kelantan dan Terengganu menggunakan pitis sebagai salah satu nilai mata wang berurus niaga: 10 pitis bersamaan dengan 1 keping. Ia digantikan dengan dolar Selat tahun 1909

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "pitis". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 136. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ a b Rozan Yunos (12 Ogos 2007). "Brunei history seen through its coinage". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2007.
  3. ^ Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (1991). Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1801–1991 (ed. ke-18). Krause Publications. ISBN 0873411501.
  4. ^ Old Brunei Coins - last retrieved 7 June 2008
  5. ^ "PITISCOIN™ : CONNECTING THE FUTURE TECHNOLOGY" (dalam bahasa Inggeris). Pitiscoin.asia. 2019. Dicapai pada 24 March 2019.
  6. ^ Frank S. Robinson (frank@fsrcoin.com) (2015). "PALEMBANG COINS" (dalam bahasa Inggeris). ANCIENT COINS/WORLD COINS - FRANK S. ROBINSON. Dicapai pada 24 March 2019.
  7. ^ The trustees of the British Museum. (2019). "Brass pitis (cash) of the Sultanate of Palembang " (dalam bahasa Inggeris). Google Arts & Culture. Dicapai pada 24 March 2019.