Pizi Jihat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pizi Jihat
Kelahiran (1970-05-04) 4 Mei 1970 (umur 53)
Pusat pendidikanUniversiti Utara Malaysia
PekerjaanPelakon, ahli politik
Terkenal keranaMelakonkan watak Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam filem biopik Mahathir: The Journey
Parti politik BERSATU
PasanganNur Diana Saari (k. 2022)

Pizi bin Jihat (lahir 4 Mei 1970) ialah seorang pelakon dan ahli politik Malaysia. Beliau ialah ahli politik dari BERSATU. Beliau pernah dicalonkan di kerusi Dewan Negeri Bukit Pasir semasa Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu, tetapi pencalonan beliau ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kerana masih mempunyai status muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.[1] Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kehairanan beliau kerana telah membuat semakan sebelum itu dan mendapati nama Pizi sudah tiada dalam senarai, namun telah dipertikaikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia setelah semakan semula dibuat.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Pizi telah diberikan penghormatan untuk melakonkan watak Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah filem biopik, Mahathir: The Journey arahan Prof Dr. Hatta Azad Khan dan penerbit Yusof Kelana dan diterbitkan oleh Reliance Media Group Sdn Bhd. Yusof bagaimanapun telah meninggal dunia pada 15 Ogos 2020 lalu akibat kanser kulit tahap empat.[2]

Beliau juga pernah berlakon dalam telefilem Jalan Sehala bersama pelakon utama, Azhan Rani, Reen Rahim, Sherie Merlis dan lain-lain yang ditayangkan dalam slot Panggung Seri TV1 pada 2017 lalu.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Martin Carvalho (28 April 2018). "Pizi second Pribumi man to be disqualified over bankruptcy". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2021. Dicapai pada 28 Januari 2021.
  2. ^ Yusof Kelana meninggal dunia