Pokok Kulim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Kulim
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Santalales
Famili: Olacaceae
Genus: Scorodocarpus
Spesies: S. borneensis
Binomial: Scorodocarpus borneensis (Baillon) Becc. (Ximenia borneensis Baillon)


Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Becc. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Ia dikatakan asal nama bandar Kulim.

Pokok Kulim merupakan pokok malar hijau serdahana sehingga besar sehingga ketinggian 40(-60) m, kesemua bahagian berbau bawang putih; bole columnar, tanpa cabang sehingga 25 m, garis pusat sehingga 80(-150) cm, sering kali lurus, kadang-kala memiliki banir kecil; permukaan kulit pokok merekah cetek dan berkeping menjadi kepingan segi empat nipis, kelabu-perang sehingga merah-perang, bahagian dalam batang bergentian, merah-keunguan, bahagian dalam dengan tompokan kuning bata.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Pokok Kulim merupakan genus monotypik terdapat di Semenanjung Malaysia, Thailand, Sumatera dan Borneo. Banyak terdapat di hutan hujan. Dia terdapat dikawasan sehingga 600(-900) m.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Di Semenanjung Malaysia pokok Kulim biasanya berbunga pada bulan Januari-Julai dan berbuah hampir sepanjang tahun; di Borneo ia biasanya berbuah antara Jun-September. Pokok Kulim boleh membiak melalui biji benih secara liar. Biji benihnya menunjukkan 70% percambahan dalam tempoh 11-32 bulan, buahnya mempunyai kadar percambahan 40% dalam tempoh 9-16 bulan. Tunggulnya mampu bertunas kembali. Untuk pertumbuhan yang baik, ia memerlukan tanah dengan pengairan yag baik. Untuk penyimpanan biji benih, ia perlu dijemur kering sekitar 10 hari. Ia memiliki 27,000 Hidrokarbon Wangian Polykitar ("polycyclic aromatic hydrocarbon - PAH") kering atau pyrenes/kg.

Kemungkinan peningkatan pokok Kulim digunakan sebagai balak dalam jangka masa pendek hadapan adalah rendah. Ia tidak memiliki potensi untuk penanaman hutan semula kerana kadar pertumbuhan perlahannya. Taburannya yang luas dijangka mampu mengelakkannya dari terancam.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Di Sarawak, pucuknya dimakan sebagai ulam. Buahnya boleh di makan dan kadang-kala digunakan sebagai pengganti bawang putih. Buah dan rebusan kulit kadang kala digunakan bagi merawat keracunan ""antiaris"" (Antiaris toxicaria Lesch.). Hasilan dari buahnya menunjukkan aktiviti antimicrobial.

Kayu pokok Kulim digunakan bagi pembinaan serdahana hingga berat dikawasan terlindung (alang, tiang, pintu, rangka tingkap, lantai, atap), pembinaan jambatan, pasak di kawasan air masin (dengan kulit dikekalkan), lunas kapal, tiang lombong, tiang eletrik, perkakasan ladang, dan lapik landasan kereta api sementara.

Pokok Kulim memiliki pertumbuhan yang perlahan dan pencontohan besar di Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan keratan rentas tahunan 0.2-0.3 cm. Dalam ujian ladang si Semenanjung Malaysia pokok terbesar berusia 30-33 tahun berukuran keratan rentas 18-29 cm dan setinggi 18-21 m. Isipadu purata balak pokok Kulim yang didapati dalam kajiselidik 20,000 hektar di hutan Semangus, Sumatera adalah sekitar 0.5 m¦/ha.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Pokok Kulim menghasilkan kayu keras berat serdahana hingga berat dengan kepadatan isipadu 645-1080 kg/m pada kandungan kelembapan 15%.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]