Pokok Setar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Kundang Daun Besar)

Pokok Kundang Hutan
Putik Bouea macrophylla dalam bakul
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Sapindales
Keluarga:
Anacardiaceae
Genus:
Bouea
Spesies:
B. macrophylla
Nama binomial
Bouea macrophylla Griff.

Pokok Setar [1] atau juga dikenali sebagai pokok Kundang Hutan, atau pokok Kundang Daun Besar[2] merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Bouea macrophylla Griff.[3], [4]

Pokok Setar (Bouea macrophylla Griff.) merupakan asal usul nama bandar Alor Setar[5] adalah daripada nama pokok Setar ini yang tumbuh di sepanjang alor sungai. Pokok Setar kini jarang ditemui di Malaysia dan hanya boleh ditemui di kampung dan ditanam dalam konsep dusun.


Dua jenis pokok Kundang adalah:-

Ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae, dan memiliki kaitan dengan pokok mangga.

Buah mengkal di Jawa. Buah masak bewarna kuning bata.
Bouea macrophylla atau Buah Remia/Setar/Kundang masak dijual di Malaysia

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Buah gandaria menyerupai mangga bulat yang kecil. Pohonnya sedang, namun tinggi.[6] Tingginya dapat mencapai 25 m.[7] Tajuknya rapat. Dahannya berbentuk lebar memanjang, dengan hujung yang tumpul. Perbungaannya malai, bunganya menyerupai bunga mangga yang berwarna kuning, dan muncul di ketiak daun.[8] Berbunga pada bulan September-Desember. Buahnya bulat,[6] seperti guli Tipenya seperti buah batu, mengeluarkan cairan pekat dan bau khas seperti turpentin.[8] Sewaktu masih muda, warnanya hijau, dan kalau sudah matang, berwarna kuning jingga. Bijinya berwarna ungu.[7] Daunnya tunggal, berbentuk bundar telur-lonjong sampai menjorong. Waktu muda berwarna putih, kemudian beransur keunguan lalu menjadi hijau tua.[8]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Daunnya yang masih muda digunakan sebagai ulam. Buahnya berair, rasanya manis-masam.[6] Buah ini boleh langsung dimakan selepas dipetik dari pohonnya.[7] Buah yang muda pula boleh dijadikan sambal, rojak, atau dimakan langsung[9] atau sebagai ulam-ulaman.[10] Kayunya boleh digunakan untuk membuat sarung keris dan daunnya digunakan untuk ubat.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wayside trees of Malaya, Edred John Henry Corner, Malayan Nature Society, 1988 - 861 pages
  2. ^ VOLUME II - SUPPORTING STUDIES AND ADDITIONAL INFORMATION FOR THE MANAGEMENT OF PENANG NATIONAL PARK[pautan mati kekal]
  3. ^ Tumbuhan tempatan Malaysia: kaitannya dengan nama tempat, Khairuddin b. Hj. Kamaruddin, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999 - 158 pages
  4. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  5. ^ [Simon Gardner, Pindar Sidisunthorn, Lai Ee May (2011), "Heritage Tree of Penang", ms. 378, Areca Books, ISBN 978-967-5719-06-6]
  6. ^ a b c d Sastrapradja dkk. 1981, m/s. 27.
  7. ^ a b c Kurniawan & Pratama 2010, m/s. 68.
  8. ^ a b c "Gandaria (Bouea macrophylla griffith)". IWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-24. Dicapai pada 24 December 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ Achdiat 2007, m/s. 10.
  10. ^ Sinay 2011, m/s. 16.

Bacaan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]