Polisi kawalan perjalanan dan sempadan ketika pandemik COVID-19 di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekatan perjalanan[sunting | sunting sumber]

Larangan sementara di Sabah
Larangan bertarikh 7 Februari 2020 di Sabah.
Larangan sementara di Sarawak
Larangan bertarikh 1 Februari 2020 di Sarawak.
Larangan sementara dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Sabah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Kerajaan Sarawak.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020, semua warganegara Malaysia dilarang meninggalkan negara ini, manakala warga asing pula dilarang memasuki negara ini.[1]

Sejak gelombang pertama jangkitan virus itu dilaporkan, alat pengimbas haba telah diperkenalkan di pintu sempadan dengan pihak kesihatan Malaysia dalam keadaan waspada yang tinggi.[2] Selepas penguatkuasaan larangan pengembara dari Hubei pada 27 Januari 2020, kerajaan Malaysia meluaskan larangannya ke wilayah Jiangsu dan Zhejiang di China pada 9 Februari 2020.[3] Negeri Sabah memperluas sekatan perjalanan ke semua pintu masuknya sama ada melalui udara, laut atau darat bermula 8 Februari 2020. Sekatan tersebut berkuat kuasa kepada semua individu (kecuali penduduk Sabah), yang mempunyai sejarah perjalanan ke China dalam masa 14 hari terakhir agar mereka tidak dibenarkan memasuki negeri tersebut, manakala penduduk Sabah dengan sejarah perjalanan sedemikian pula diwajibkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari setiba di Sabah.[4] Negeri Sarawak telah menguatkuasakan penutupan sempadannya mulai 1 Februari 2020 kepada semua pelawat dari China dan juga warga asing yang yang telah berkunjung ke China dalam tempoh 14 hari sebelumnya, kecuali bagi mereka yang mempunyai pas pekerjaan, pas pelajar atau pas lawatan sosial jangka panjang. Walau bagaimanapun, mereka tetap dikehendaki menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.[5] Dengan peningkatan kes di Korea Selatan, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mula meluaskan sekatan perjalanannya ke negara tersebut mulai 1 Mac 2020.[6][7] Pada 4 Mac 2020, Sarawak menambah Itali dan Iran ke dalam senarai larangan perjalanannya.[8]

Pada 5 Mac 2020, Malaysia menambah tujuh buah wilayah di dalam senarai sekatan perjalanannya, termasuk Lombardia, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali; Hokkaidō di Jepun; dan Tehran, Qom dan Gilan di Iran.[9] Menjelang 10 Mac 2020, Sabah juga mula menambah Itali dan Iran ke dalam senarai sekatannya.[10] Pada 11 Mac 2020, Malaysia telah mengumumkan sekatan penuh ke atas warga asing terus dari Itali, Iran dan Korea Selatan mulai 13 Mac 2020, manakala rakyat Malaysia dari negara tersebut akan dikuarantin selama 14 hari.[11] Berikutan penutupan penuh Denmark pada 13 Mac 2020, Malaysia telah menambah negara itu ke dalam senarai sekatan perjalanannya yang berkuat kuasa mulai keesokannya.[12]

Pemindahan rakyat dari luar negara[sunting | sunting sumber]

Rekod pemindahan rakyat Malaysia dari luar negara
Tarikh berlepas Jumlah penumpang Lapangan terbang berlepas Lapangan terbang tiba
4 Februari 2020 107[13] Wuhan – Tianhe KL – Sepang
26 Februari 2020 66[14]
21 Mac 2020 212[15] Tashkent – Islam Karimov
22 Mac 2020 55 (46 orang warga Malaysian, lapan orang warga Singapura dan seorang warga Indonesia)[16] Tehran – Imam Khomeini
27 Mac 2020 162[17] HCMC – Tan Son Nhat
30 Mac 2020 179[18] Amritsar – Sri Guru Ram Dass Jee
31 Mac 2020 144[18] Yangon – Mingaladon
1 April 2020 121[19] Bangkok – Suvarnabhumi
2 April 2020 160[20] Medan – Kualanamu
11 April 2020 110[21] Islamabad – Fateh Jang
  1. ^ Hassan, Hazlin (16 March 2020). "Malaysia bans travel abroad, shuts schools and businesses over coronavirus spread; lockdown till March 31". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2020. Dicapai pada 24 March 2020.
  2. ^ "Malaysia on 'high alert' for China coronavirus outbreak". South China Morning Post. 20 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2020. Dicapai pada 20 January 2020.
  3. ^ "Coronavirus: After Hubei, Malaysia blocks travellers from Zhejiang, Jiangsu provinces". Borneo Post. Bernama. 9 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2020. Dicapai pada 9 February 2020.
  4. ^ "Coronavirus: Sabah expands travel restrictions effective tomorrow". Bernama. 7 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2020. Dicapai pada 8 February 2020.
  5. ^ "Sarawak bars visitors with recent travel history to China". Bernama. 1 February 2020. Dicapai pada 1 February 2020.
  6. ^ "Sabah extends Covid-19 travel restrictions to S Korea". Daily Express. 29 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  7. ^ "Foreigners who have been to S. Korea in last fortnight banned". Borneo Post. 1 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  8. ^ Ling, Sharon (4 March 2020). "S'wak bans Italian and Iranian travellers, after China and South Korea". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  9. ^ Kaos Jr, Joseph (5 March 2020). "Seven provinces in Italy, Japan, and Iran added to Malaysia's Covid-19 travel ban list". The Star. Dicapai pada 6 March 2020.
  10. ^ Lee, Stephanie (10 March 2020). "Sabah bans travellers from Iran and Italy". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  11. ^ "Covid-19: Malaysia bars travellers from Italy, Iran and South Korea". New Straits Times. 11 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2020. Dicapai pada 11 March 2020.
  12. ^ Pei Ying, Teoh (12 March 2020). "Travel ban on Denmark from Saturday". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  13. ^ "◤武汉肺炎◢武汉回来大马人 这里隔离" [◤Wuhan pneumonia◢Wuhan returnees to Malaysia to be isolated here]. China Press (dalam bahasa Cina). 4 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-19. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  14. ^ "66 rakyat Malaysia tiba dari Wuhan [METROTV]". Bernama. 26 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-02. Dicapai pada 27 Februari 2020 – melalui Harian Metro.
  15. ^ Athira Yusof, Teh (22 Mac 2020). "212 Malaysians arrive safely home from Tashkent". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2020. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  16. ^ "Rina Harun: 55 individuals returning to Malaysia from Iran on Sunday (March 22)". Bernama. 21 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2020. Dicapai pada 22 Mac 2020 – melalui The Star.
  17. ^ "COVID-19: 162 rakyat Malaysia dibawa balik dari Vietnam". Berita Harian. 27 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2020. Dicapai pada 6 April 2020.
  18. ^ a b Mohsen, Amar (31 March 2020). "More than 4,300 M'sians still stranded overseas, says deputy minister". The Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2020. Dicapai pada 31 Mac 2020.
  19. ^ "Kedutaan bawa pulang rakyat Malaysia di Bangkok". Bernama. 7 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2020. Dicapai pada 8 April 2020 – melalui Berita Harian.
  20. ^ Siregar, Evalisa; Yusuf, Muhammad (2 April 2020). "Malaysia pulangkan 160 warganya dari Sumatera terkait COVID -19". Antara (dalam bahasa Indonesian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-15. Dicapai pada 15 April 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "Some 110 Malaysians stranded in Pakistan returned home yesterday". Bernama. 12 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2020. Dicapai pada 13 April 2020 – melalui The Malay Mail.