Hubei
| {{{EnglishName}}} | |||||||||
|
|||||||||
| Singkatan: 鄂 (Pinyin: È) | |||||||||
![]() |
|||||||||
| Asal-usul nama | 湖 hú - tasik 北 běi - utara "di utara Tasik Dongting" |
||||||||
| Jenis pentadbiran | Wilayah | ||||||||
| Pusat pentadbiran (dan bandaraya terbesar) |
Wuhan | ||||||||
| Setiausaha Jwk CPC | Li Hongzhong | ||||||||
| Gabenor | Wang Guosheng | ||||||||
| Luas | km2 (Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka batu²) (14) | ||||||||
| - Latitud | {{{Latitude}}} | ||||||||
| - Longitud | {{{Longitude}}} | ||||||||
| Penduduk (2004) - Kepadatan |
60,160,000 (9) /km2 (Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka /batu persegi) (12) |
||||||||
| KDNK (2006) - per kapita |
CNY 749.7 bilion (12) CNY 13,169 (17) |
||||||||
| HDI (2005) | 0.755 (sederhana) (15) | ||||||||
| Bangsa-bangsa utama | Han - 95.6% Tujia - 3.7% Miao - 0.4% |
||||||||
| Peringkat prefektur | 13 bahagian | ||||||||
| Peringkat daerah | 102 bahagian | ||||||||
| Peringkat perbandaran† | 1235 bahagian | ||||||||
| ISO 3166-2 | CN-42 | ||||||||
| Laman web rasmi http://www.hubei.gov.cn (Cina) |
|||||||||
| Sumber untuk data penduduk dan GDP: Sumber untuk data bangsa-bangsa: *Seperti pada 31 Disember, 2004 | |||||||||
| Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China | |||||||||
Hubei (Bahasa Cina: 湖北; pinyin: Húběi; Ejaan peta pos: Hupeh) ialah sebuah wilayah di kawasan pedalaman Republik Rakyat China. Singkatannya ialah 鄂 (pinyin: È), iaitu satu nama kuno yang berkaitan dengan bahagian timur wilayah ini sejak Dinasti Qin. Nama Hubei bermaksud "utara tasik", iaitu kedudukan Hubei di utara Tasik Dongting. Ibu wilayah Hubei ialah Wuhan.
Hubei bersempadan dengan Henan di utara, Anhui di timur, Jiangxi di tenggara, Hunan di selatan, Chongqing di barat, dan Shaanxi di barat laut. Empangan Tiga Gaung yang terkenal terletak di Yichang, di bahagian barat Hubei, dan begitu juga Universiti Tiga Gaung.
Satu nama tidak rasmi yang popular untuk Hubei ialah Chu (Bahasa Cina: 楚; pinyin: Chǔ), bersempena negeri Chu perkasa yang pernah wujud di sini ketika Dinasti Zhou Timur.
Pembahagian pentadbiran [sunting]
Hubei terbahagi kepada 13 bahagian peringkat wilayah (iaitu 12 bandaraya peringkat prefektur dan satu prefektur autonomi), serta tiga bandaraya peringkat daerah yang ditadbir secara langsung dan satu kawasan perhutanan peringkat daerah yang ditadbir secara langsung.
Bandaraya separa peringkat prefektur:
- Wuhan (Cina Ringkas: 武汉市; pinyin: Wǔhàn Shì)
Bandaraya peringkat prefektur:
- Ezhou (鄂州市 Èzhōu Shì)
- Huanggang (黄冈市 Huánggāng Shì)
- Huangshi (黄石市 Huángshí Shì)
- Jingmen (荆门市 Jīngmén Shì)
- Jingzhou (荆州市 Jīngzhōu Shì)
- Shiyan (十堰市 Shíyàn Shì)
- Suizhou (随州市 Suízhōu Shì)
- Xiangfan (襄樊市 Xiāngfán Shì)
- Xianning (咸宁市 Xiánníng Shì)
- Xiaogan (孝感市 Xiàogǎn Shì)
- Yichang (宜昌市 Yíchāng Shì)
Prefektur autonomi:
- Enshi Tujia and Miao Autonomous Prefecture (恩施土家族苗族自治州 Ēnshī Tǔjiāzú Miáozú Zìzhìzhōu)
Tiga buah bandaraya peringkat daerah pentadbiran langsung yang lebih tepat dihuraikan sebagai bandaraya peringkat sub-prefektur:
Kawasan perhutanan peringkat daerah:
- Shennongjia (神农架林区 Shénnóngjià Línqū)
Ekonomi [sunting]
Hubei sering digelar "Tanah Ikan dan Beras" (Bahasa Cina: 鱼米之乡; pinyin: yú mǐ zhī xiāng). Keluaran pertanian terpenting di Hubei termasuk kapas, beras, gandum, dan teh, manakala perindustriannya termasuk kereta, metalurgi, jentera, janaan kuasa, tekstil, makanan dan komoditi teknologi tinggi.
Sumber galian yang banyak didapati di Hubei termasuk boraks, hongsyiit, wolastonit, garnet, batu napal, besi, fosforus, tembaga, gipsum, rutil, garam batu, paduan emas, mangan dan vanadium. Simpanan arang boleh pulih di wilayah ini berada pada 548 juta ton, iaitu dianggap sederhana berbanding wilayah-wilayah lain di China.
Sebaik sahaja disiapkan, Empangan Tiga Gaung di Hubei barat akan menyediakan kuasa hidroelektrik yang kuat, dengan penghasilan kuasa tahunan dijangka pada 84,700 Gwh. Stesen hidroelektrik sedia ada termasuk Gezhouba, Danjiangkou, Geheyan, Hanjiang, Duhe, Huanglongtan, Bailianhe, Lushui dan Fushui.
Ekonomi Hubei adalah yang ke-12 terbesar di negara dan KDNK nominalnya untuk tahun 2006 ialah 749.7 bilion yuan (AS$96.9 bilion) dan per kapita 13,169 yuan (AS$1,709).
Pautan luar [sunting]
- (Inggeris) Pusat maklumat Internet China
- Peta besar Hubei
- Bercuti di Tasik Liangzi
- Kompleks Binaan Purba di Pergunungan Wudang dalam Senarai Warisan Dunia Unesco
|
||||||||||||||||||||
