Portal:Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Portal Negara Palestin
Portal Negara Palestin

Portal Negara Palestin

Flag of Palestine
Flag of Palestine
Coat of arms of Palestine
Coat of arms of Palestine
Peta Palestin

Negara Palestin (), atau hanya Palestin () ialah sebuah negara yang berdaulat di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan, merangkumi Tebing Barat dan Genting Gaza dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, walau bagaimanapun pusat pentadbirannya kini terletak di Ramallah. Perkataan Palestin berasal daripada bahasa Yunani kuno (Philistia), tetapi bahasa Mesir kuno, Asyur, dan Ibrani juga menyertakan kata-kata yang serupa bunyi untuk menggambarkan wilayah atau penduduknya. Agama Yahudi, Kristian, dan Islam sangat terikat dengan rantau ini, dan menjejaki asal-usul ke tanah itu sejak beberapa ribu tahun yang lalu. Keseluruhan wilayah yang dijadikan sebagai Negara Palestin telah diduduki sejak 1948, oleh Mesir, Jordan dan Israel selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Selepas Perang Dunia Kedua, pada 1947, PBB menggunakan Pelan Pembahagian untuk Mandat Palestin yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan sebuah negara Yahudi dan mengantarabangsakan Kota Baitulmaqdis . Pelan pembahagian ini diterima oleh masyarakat Yahudi-Zionis tetapi ditolak oleh masyarakat Arab. Beberapa siri pemberontakan dan peperangan mula berlaku di sekitar Palestin. Setelah penubuhan negara Israel pada 14 Mei 1948, negara Arab yang berjiran di sekitarnya mula menduduki semula kawasan Palestin dan menyerang tentera Israel dalam Perang Arab-Israel 1948.

Kemudiannya, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir Negara Naungan Seluruh Palestin dalam kawasan kawalan Mesir di Genting Gaza. Ia kemudiannya diiktiraf oleh semua negara anggota Liga Arab kecuali Transjordan. Walaupun bidang kuasa kerajaan tersebut dinyatakan meliputi seluruh kawasan bekas mandat British atas Palestin, hakikatnya bidang kuasanya hanya terkesan di Genting Gaza. Israel kemudiannya menawan Genting Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur daripada Jordan dan Bukit Golan daripada Syria pada Jun 1967 dalam Perang Enam Hari.

Negara Palestin diiktiraf oleh 138 negara anggota PBB dan sejak tahun 2012, Palestin merupakan negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB. Palestin merupakan negara anggota bagi Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan 77, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan lain-lain badan antarabangsa.

Rencana pilihan

Biografi pilihan

Gambar umum - segar semula

Berikut adalah imej daripada rencana berkaitan Palestin di Wikipedia.

Templat:Transclude files as random slideshow

WikiProjek

Perkara yang boleh anda lakukan

Bantu mengemas kini laman WikiProjek Palestin.

Gambar pilihan

Tahukah anda - Segar semula

Ralat Lua pada baris 69 di Modul:Selected_recent_additions: bad argument #1 to 'gmatch' (string expected, got nil).

Dalam berita

Wikinews Palestin

Tiada berita terbaru

Kategori

Category puzzle
Category puzzle
Pilih [►] untuk melihat subkategori
tiada subkategori

Wikipedia lain yang berkaitan dengan Palestin

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Portal