Perang Arab-Israel 1948

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Arab-Israel 1948
Sebahagian daripada Konflik Arab-Israel
1948 Arab Israeli War - May 15-June 10.svg
Serangan 15 Mei10 Jun 1948
Maklumat am
Tarikh November 1947 – Mac 1949
Lokasi Timur Tengah
Hasil Perjanjian Gencatan Senjata 1949
Pihak yang berperang
Bendera Israel Israel Flag of Egypt (1922–1958).svg Mesir,
Flag of Syria.svg Syria,
Flag of Jordan.svg Transjordan,
Bendera Lubnan Lubnan,
Flag of Iraq (1921–1959).svg Iraq,
Flag of Saudi Arabia.svg Saudi Arabia,
Flag of the Mutawakkilite Kingdom of Yemen.svg Yaman,
Tentera Jihad,
Tentera Pembebasan Arab
Komander dan pemimpin
Israel Yaakov Dori,
Israel Yigael Yadin
Jordan Glubb Pasha,
Flag of Palestine.svg Abd al-Qadir al-Husayni,
Flag of Palestine.svg Hasan Salama,
Flag of Palestine.svg Fawzi Al-Qawuqji,
Flag of Egypt (1922–1958).svg Ahmed Ali al-Mwawi
Kekuatan
Bendera Israel Israel: 29,677 permulaan naik hingga 115,000 dalam bulan Mac 1949 Flag of Egypt (1922–1958).svg Mesir: 10,000 permulaan naik hingga 20,000
Flag of Iraq (1921–1959).svg Iraq: 5,000 permulaan naik hingga 15–18,000
Syria: 2,500–5,000
Flag of Jordan.svg Transjordan: 6,000–12,000
Bendera Lubnan Lubnan: 1,000 permulaan naik hingga 2,000[1]
Bendera Arab Saudi Arab Saudi: 800–1,200
Flag of the Mutawakkilite Kingdom of Yemen.svg Yemen: tidak diketahui
Tentera Pembebasan Arab: 3,500-6,000
Kerugian dan kehilangan
6,373 (4,000 tentera dan kira-kira 2,400 orang awam) Tidak diketahui(antara 5,000 dengan 15,000)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Cadangan pemisahan Palestin.

Perang Arab-Israel 1948 , dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel. Bagi orang-orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk sebagai "Al-Nakba" (bahasa Arab: النكبة, "Malapetaka"), perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab. Mandat British ke atas Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

Pada akhir Mei 1948, 6,000 tentera Syria, 4,500 Iraq, 6,000 Transjordan, 1,000 Lubnan dan 5,000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmuqaddis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Genting Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah di bawah Mandat British di Palestin sebelumnya menjadi milik Israel.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pollack, 2004; Sadeh, 1997