Portal:Teknologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PORTAL TEKNOLOGI

sunting  

Portal Teknologi

Teknologi merupakan sebahagian daripada kehidupan yang kita alami

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

sunting  

Rencana pilihan

Penyambung USB jenis A

Bas Bersiri Sejagat atau Universal Serial Bus (USB) memberikan piawai bas bersiri untuk peranti penyambung, biasanya untuk komputer peribadi dan Apple Macintosh, dan semakin juga untuk konsol permainan video seperti Microsoft Xbox 360, Nintendo Wii, Sony PlayStation 2, dan PDA, serta untuk perkakas seperti televisyen dan kelengkapan stereo rumah. Pelaksanaan USB berdasarkan spektrum radio dikenali sebagai USB Wayarles atau WUSB.

Versi terbaru (hingga Januari 2005) USB adalah versi 2.0. Perbezaan paling ketara antara versi baru dan lama dalah kepantasan pemindahan data yang jauh meningkat

sunting  

Gambar pilihan

Lampu plasma yang menampilkan beberapa fenomena plasma yang lebih rumit, termasuk filamentasi.

Dalam fizik dan kimia, plasma biasanya ialah gas terion yang dianggap sebagai satu fasa jirim yang berasingan, dan yang berbeza dengan pepejal, cecair, dan gas, disebabkan sifat-sifatnya yang unik. "Terion" bermaksud bahawa sekurang-kurang sebiji elektron berpisah daripada sesetengah atom-atom atau molekul-molekul. Cas elektrik yang bebas menyebabkan plasma itu menjadi konduktif secara elektrik dan supaya plasma itu dapat bertindak balas dengan kuat terhadap medan-medan elektromagnet.

sunting  

Biografi pilihan

Potret Galileo Galilei oleh Giusto Sustermans.

Galileo Galilei (15 Februari, 1564 – 8 Januari, 1642) merupakan ahli nujum, ahli fizik, ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait rapat dengan revolusi sains.

Dilahirkan kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, Galileo berminat mengkaji bintang. Dalam tahun 1609, Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya telah membantunya mengkaji tompok matahari dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang berkesan kepada teori Copernicus. Oleh kerana pencapaian-pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains".

sunting  

Tahukah anda?

Logo Apple Computer, Inc

...bahawa Apple Computer, Inc merupakan salah satu syarikat pengasas revolusi komputer peribadi pada tahun 70-an.

...bahawa perpustakaan digital ialah perpustakaan di mana sebahagian besar sumbernya terdapat dalam format yang boleh dicapai melalui komputer.

...bahawa nanoteknologi ialah satu bidang sains gunaan yang menumpukan kepada reka bentuk, sintesis, pencirian, dan penggunaan bahan-bahan dan peranti-peranti pada skala nano.

...bahawa Thomas Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.

sunting  

Portal berkaitan

sunting  

Kata-kata dari Wikiquote

Teknologi ialah pelari pecut, prinsipnya ialah pelari marathon. Technology is a sprinter, the Law is a marathon runner.

  • A.K.T. Rex

Dunia ini bergantung kepada sains dan teknologi, namun begitu kita masih tidak tahu apa-apa tentang sains dan teknologi. We live in a society exquisitely dependent on science and technology, in which hardly anyone knows anything about science and technology.

  • Carl Sagan

Adalah ketara bahawa teknologi sudah berjaya menangani kemanusiaan. It has become appallingly obvious that our technology has exceeded our humanity.

sunting  

Perkara yang anda boleh lakukan

Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan teknologi. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan teknologi sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.

sunting  

Penyumbang

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan teknologi, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.

MSWiki 08:57, 27 Julai 2007 (UTC)

sunting  

Bidang-bidang utama teknologi

Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera
sunting  

Portal-portal

Hapuskan ingatan para pelayan