Portal:Sastera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PORTAL SASTERA

sunting  

Portal Sastera

Sebuah buku pengajian sastera Melayu Rakyat

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

sunting  

Rencana Pilihan

Kulit buku The Da Vinci Code

The Da Vinci Code atau Kod Da Vinci merupakan sebuah novel cereka karangan Dan Brown dan diterbitkan pada tahun 2003. Buku ini menjadi buku yang terlaris di dunia dengan jualan lebih dari 40 naskhah dan diterjemahkan kepada 44 buah bahasa. Buku ini merangkumi genre penyiasatan, ngeri dan pengkomplotan dan menjadi buku kedua selepas Angels and Demons, yang diterbitkan pada tahun 2000 yang mula memperkenalkan watak Robert Langdon. Buku ketiga dijangka terbit pada 2006 atau 2007 dengan tajuk The Solomon Key.

Latar novel tersebut merangkumi pengkomplotan pihak Gereja Katolik untuk menutup cerita "sebenar" Jesus. Pihak Vatican mengetahui yang ianya adalah satu pembohongan tetapi tetap menyembunyikannya untuk membiarkan mereka berkuasa. Novel ini menaikkan kembali persoalan yang timbul disebalik lagenda atau mitos Cawan Suci dan peranan Mary Magdalene dalam sejarah Kristian.

sunting  

Gambar Pilihan

Huruf Jawi

Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu (بهاس ملايو). Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan secara meluas di Malaysia. Tulisan ini semakin terhakis di Filipina dan Indonesia.

sunting  

Petikan Kata

Semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak kita mengetahui kelemahan diri. The more we learn, the more we learn about our ignorance.

  • Umum

Sastera ialah wadah yang kekal sebagai wadah Literature is news that stays news

  • Ezra Pound, U.S. Poet, 1885-1972

Sebuah buku ialah taman yang anda boleh bawa dalam poket.

  • Pepatah Arab
sunting  

Portal Berkaitan

sunting  

Tahukah anda

Drama-icon.svg

...bahawa Anugerah Penulis S.E.A. (S.E.A. Write Award), atau Anugerah Penulis Asia Tenggara - Southeast Asian Writers Award, merupakan anugerah yang diberikan setiap tahun semenjak 1979 kepada penyair dan penulis di Asia Tenggara.

...bahawa perkataan drama berasal daripada bahasa Greek yang bermakna "tindakan", dan bahasa Yunani Purba yang bermaksud "membuat".

...bahawa A Series of Unfortunate Events karangan Daniel Handler menjual sebanyak 55 juta.

sunting  

Biografi Pilihan

Usman Awang merupakan seorang sasterawan negara

Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya.

Usman lahir di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor pada 12 Julai 1929. Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja. Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama.

sunting  

Penyumbang

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sastera, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.

MSWiki 08:57, 27 Julai 2007 (UTC) A.F.Yassin