Protes terhadap lagu kebangsaan Amerika Syarikat (2016–kini)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maksud di sebalik berlutut dan pemprotesan lagu kebangsaan A.S.[sunting | sunting sumber]

Rakyat Amerika terbelah bahagi terhadap maksud lagu. Ada yang percaya ia memberi hormat kepada pegawai tentera dan polis yang meninggal dunia semasa bertugas; bagi yang lain, ia menghormati Amerika Syarikat secara amnya.[1][2] Antara 2012 dan 2015, Jabatan Pertahanan memberi $ 6.8 juta kepada semua pasukan sukan besar sebagai pertukaran untuk mengadakan pelbagai acara ketenteraan dan patriotik di perlawanan mereka, termasuklah lagu kebangsaan.[3]

Kaepernick dan rakan sepasukannya, Eric Reid berkata mereka memilih untuk berlutut semasa lagu untuk menyeru perhatian kepada isu ketidakadilan terhadap kaum dan keganasan polis. "Selepas beberapa jam mempertimbang, dan juga lawatan oleh Nate Boyer, seorang bekas Green Beret dan bekas pemain NFL, kami sampai pada kesimpulan bahawa kita harus berlutut, bukan duduk, ... semasa lagu kebangsaan sebagai protes damai," kata Reid. "Kami memilih untuk berlutut sebagai tanda hormat. Saya masih ingat lagi postur kami seperti bendera diterbangkan di separuh tiang untuk menandakan tragedi."[4] Ada yang menganggap berlutut sebagai tidak menghormati mereka yang telah terkorban atau tercedera dalam khidmat kepada Amerika Syarikat, seperti pegawai polis atau bekas perajurit.[5] Torrey Smith, seorang pass receiver — penangkap bola —  untuk Eagles Philadelphia, berkata dalam temu bual: "Saya memahami kenapa orang berasa tersinggung oleh orang yang memprotes Lagu Kebangsaan. Ayah saya berkhidmat selama 25 tahun. Apabila dia mati, dia akan dibalut dengan bendera Amerika. Tetapi ayah saya juga keluar dari tentera, dia memandu lori-lori di seluruh negara dan dia masih seorang lelaki kulit hitam mana-manapun dia pergi, dan kadang-kadang orang masih bersifat perkauman terhadapnya. Hanya kerana dia berkhidmat demi negara kita, itu tidak bermakna negara melindungi dia. Dan itu amat penting."[6]

Pembaharuan keadilan jenayah merupakan salah satu sebab utama yang pemain NFL sokong dalam protes mereka.[7] Colin Kaepernick pada mulanya diilhamkan untuk memprotes atas kematian warga Amerika berkulit hitam di tangan polis atau semasa dalam tahanan polis. Kematian-kematian ini menjadi ketara melalui media dan gerakan Black Lives Matter pada tahun-tahun sebelum aksi protes.[8] Semasa temu bual pasca-perlawanan pada 26 Ogos 2016, beliau menyatakan, "Saya tidak akan berdiri untuk menunjukkan kebanggaan kepada bendera negara yang menindas orang kulit hitam dan orang kulit berwarna. Bagi saya, ini lebih mustahak daripada ragbi dan ianya amat mementingkan diri  bagi pihak saya untuk berpaling [daripada masalah ini]. Ada mayat di jalanan dan orang mendapat cuti berbayar dan larikan diri dari pembunuhan", sambil menambah bahawa dia akan teruskan protes semasa lagu itu dimainkan sehinggalah dia merasa seperti" [bendera Amerika Syarikat] mewakili apa yang ia sepatutnya mewakili."[9][10]

Selepas temubual itu, Colin Kaepernick berjanji untuk menyumbangkan $1 juta pertamanya daripada $11.9 juta gaji beliau dari musim 2016-2017 kepada pelbagai organisasi yang membantu komuniti-komuniti yang susah.[11] Beliau berjanji untuk mendermakan $100,000 sebulan selama 10 bulan kepada pelbagai organisasi.[12] Beberapa hari kemudian, San Francisco 49ers mengikut langkah Colin Kaepernick dengan menjanjikan $1 juta kepada dua organisasi yang menangani ketidaksamaan kaum dan sosial.[13] Kaepernick telah kotakan komitmennya dan telah menyumbang sebanyak $900,000 pada September 2017 kepada kumpulan-kumpulan termasuk Meals on Wheels, United We Dream, Black Veterans for Social Justice dan banyak lagi.[14][15] Kaepernick juga mengadakan kem "Know Your Rights" untuk belia kulit berwarna.[16] Kem-kem juga mengandungi pendidikan undang-undang daripada peguam yang memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan polis ketika ditahan dan syarahan daripada ahli akademik terkemuka mengenai sejarah Gerakan Hak Awam di Amerika Syarikat.[17][18]  National Football League Players Association (NFLPA) menamakan Kaepernick sebagai Week One MVP atau 'Pemain Paling Berharga Minggu Satu' pada September 2017 untuk kerja amalnya berkait dengan protes.[19]

Presiden Trump bertemu dengan pemain dan kakitangan New England Patriots di Rumah Putih pada 19 April 2017 berikutan kemenangan Super Bowl LI mereka terhadap Atlanta Falcons.

Pada September 2017, Presiden A.S. Donald Trump, berucap dalam perhimpunan di Huntsville, Alabama, berkata pemilik NFL patut pecat mana-mana pemain yang berlutut semasa lagu kebangsaan, dan menggalakkan peminat yang sekepala untuk keluar. Trump menasihati pemilik NFL untuk kata "Halau keluar gampang itu dari padang sekarang, keluar, dia dipecat. Dia dipecat!"[20] Trump mengutuk protes pemain "tidak menghormati warisan kita".[21][22] Dia mengatakan lagi bahawa peraturan keselamatan NFL baru bertujuan untuk melindungi pemain dari gegaran otak hanya merosakkan permainan.[23] Kenyataannya datang selepas penyelidikan baru menunjukkan pemain NFL berisiko tinggi untuk mendapat dementia pugilistica (CTE) atas banyak kecederaan kepala .[24]

Walaupun 70 peratus daripada pemain NFL adalah berkulit hitam,[25] Trump menafikan kritikannya terhadap pemprotes itu ada kaitan dengan perkauman. "Ini semua demi menghormati negara kita dan menghormati bendera kita," katanya.[26] Dalam perlawanan berikutan kenyataan Trump, protes itu mendapat penglibatan yang lebih ramai apabila lebih daripada 200 pemain duduk atau berlutut semasa lagu kebangsaan, sementara yang lain berganding lengan dengan rakan sepasukan atau mengangkat genggaman mereka ke udara, dan tiga pasukan memilih untuk berdiam di bilik lokar.[27] Akan tetapi, ini lebih kepada respons terhadap Trump daripada protes asal Kaepernick.[28][29] Sebab-sebab yang dipetik oleh pemain, pemilik, dan jurulatih termasuk menyokong kebebasan bersuara dan menentang yang mereka anggap ancaman daripada Trump. Orang lain mengatakan bahawa mereka telah tersinggung dengan Trump yang merendahkan integriti rakan-rakan berkulit hitam mereka, manakala sebulan sebelum itu dia menggelar nasionalis kulit putih yang memprotes di Charlottesville, Virginia, "Orang yang sangat baik".[30][31] Reaksi terhadap kenyataan Trump membayangi isu-isu lain yang sedang dihadapi oleh pentadbirannya, termasuk percubaan gagal dalam pembaharuan penjagaan kesihatan, kekalahan pemilihan utama calon Luther Strange yang disokong Trump untuk kerusi Alabama di Senat AS, usaha pemulihan untuk Taufan Maria di Puerto Rico dan Taufan Harvey di Houston, dan hubungan dengan Korea Utara tentang ujian nuklear dan ujian peluru berpandu mereka.[32]

Banyak pemain di luar musim 2017 telah berlutut atau mengangkat genggaman dalam protes terhadap polisi-polisi Presiden Donald Trump.[33]

Kaepernick mula duduk semasa lagu kebangsaan pada permulaan pramusim NFL 2016. Tindakannya tidak disedari selama dua minggu sebelum ditanya oleh media.[34] Dalam perlawanan akhir pramusim 2016 pada September 1, 2016, selepas bercakap dengan Boyer, Kaepernick memilih untuk berlutut semasa lagu kebangsaan A.S. daripada duduk seperti yang dilakukannya dalam perlawanan sebelumnya. Dia menjelaskan keputusannya untuk tukar adalah untuk menunjukkan hormat kepada ahli-ahli ketenteraan dan bekas anggota A.S. sementara masih memprotes semasa lagu. Eric Reid menyertai Kaepernick dengan berlutut semasa lagu kebangsaan semasa perlawanan akhir pramusim.[35] Pemain Seattle Seahawks Jeremy Lane juga tidak berdiri untuk lagu semasa perlawanan terakhir pramusim pada hari yang sama, menyatakan, "Ini sesuatu yang saya berancang untuk teruskan sehinggalah keadilan disampaikan."[36]

Dalam Minggu 1, sebelas pemain NFL menyertai protes Kaepernick.[37] Pemain Denver Broncos, Brandon Marshall berlutut semasa lagu kebangsaan sebelum permulaan perlawanan, yang disiarkan di NBC.[38] Tindakan berlutut sebagai protes telah dinamakan sebagai "taking a knee".[39][40][41] Kaepernick dan Marshall adalah rakan sepasukan di University of Nevada. Pada 11 September, pemain Kansas City Chiefs, Marcus Peters mengangkat genggamannya manakala pemain lain berganding lengan mereka menunjukkan perpaduan.[42] Dua anggota New England Patriots, Devin McCourty dan Martellus Bennett, mengangkat genggaman mereka pada Sunday Night Football. Seluruh pasukan Seattle Seahawks berdiri dan berganding lengan.[43] Jelani Jenkins, Arian Foster, Kenny Stills, dan Michael Thomas dari pasukan Miami Dolphins berlutut semasa lagu kebangsaan.[44] Pada masa yang sama, sekumpulan pemain Jacksonville Jaguars, yang diketuai oleh cornerback (penjaga gawang) Prince Amukamara, pada mulanya merancang untuk menyertai protes tetapi memilih untuk tidak melakukannya selepas gambar-gambar Kaepernick memakai stoking dengan mesej anti-polis semasa kem latihan tersebar.[45]

Pada 13 November 2016, 5 hari selepas Donald Trump dilantik sebagai Presidenwide receiver (penerima luas) Tampa Bay Buccaneers Mike Evans memutuskan untuk duduk semasa lagu kebangsaan. Menurut Sports Illustrated, Evans berkata, "Jika ini berlaku, maka Amerika tidak betul sekarang. Saya sudah kata ini lama dahulu. Apabila dia berlari, saya ingatkan ianya gurauan, dan gurauan itu terus berlanjutan. Saya bukan orang yang sukakan politik, tetapi saya ada akal. Dan saya tahu apabila sesuatu tidak betul."[46] Walau bagaimanapun, protesnya bermula hari berikut Hari Veteran, jadi dia menerima kritikan. Dia dengan cepat menukar kaedahnya untuk memprotes dan menyertai rakan sepasukannya semasa perlawanan berikutnya menentang Kansas City Chiefs. Dia memohon maaf kepada warga veteran dan anggota tentera yang lain atas tindakannya - memetik bahawa masa memprotesnya tidak mengena. "Di padang, saya akan terus lakukan apa yang saya lakukan - main bersungguh-sungguh. Saya main bersungguh-sungguh kerana saya ada hak ini - kebebasan, kerana pengorbanan perajurit. Saya akan menghubungi pelbagai organisasi, organisasi yang saya rasa melakukan kerja terbaik untuk membantu warga minoriti ... wanita, LGBT, Afrika Amerika, Latino, orang yang takut Donald Trump dan jawatan presidennya."[47]

Pemain Oakland Raiders berlutut pada minggu ke-3

Seth DeValve, pemain tight end (posisi hujung ketat) untuk Cleveland Browns, menjadi pemain berkulit putih yang pertama untuk berlutut atau duduk semasa lagu pada 21 Ogos 2017 perlawanan pramusim menentang pasukan New York Giants.[48]

Pemain-pemain Washington Redskins berlutut sebelum perlawanan bersama Oakland Raiders
Ahli-ahli San Francisco 49ers berlutut semasa Lagu Kebangsaan sebelum perlawanan menentang Redskins Washington dalam minggu ke-6

Pada minggu ke-3 dalam musim, majoriti permainan dimainkan dua hari selepas Trump membuat kenyataannya.[49] Protes mendapat sambutan yang lebih ramai apabila lebih daripada 200 pemain duduk atau berlutut semasa lagu.[50] Ramai pemain, jurulatih dan pasukan NFL memprotes dan/atau mengeluarkan kenyataan yang mengecam komen Trump:[51]

  • Dua puluh tujuh anggota Baltimore Ravens dan Jacksonville Jaguars berlutut semasa Lagu Kebangsaan Amerika pada perlawanan mereka di Stadium Wembley di London.[52] Pemain Baltimore Ravens yang telah bersara dan kapten pasukan kehormat Kapten Ray Lewis berlutut dengan anggota pasukannya.[53] Semua pemain berdiri untuk lagu kebangsaan Inggeris "God Save the Queen" dengan ramai yang masih berganding lengan.[54]
  • Beberapa ahli Philadelphia Eagles menaikkan genggaman mereka semasa lagu sebelum perlawanan menentang New York Giants. Sebelum perlawanan yang sama, sejumlah besar pemain New York Giants berdiri dengan berganding lengan manakala yang lain berlutut.[55]
  • Seattle Seahawks dan Tennessee Titans tidak berada di padang semasa lagu dimain, mereka duduk di bilik lokar sehinggalah lagu tamat. Pemain-pemain Seahawks mengeluarkan kenyataan berkata, "Kami dengan keras menentang ketidakadilan yang telah melanda orang-orang kulit berwarna di negara ini. Demi cinta terhadap negara kita dan untuk menghormati pengorbanan yang dibuat bagi pihak kita, kami bersatu menentang orang-orang yang menafikan kebebasan paling asasi kita." Meghan Linsey, penyanyi Nashville yang menyanyikan lagu kebangsaan, berlutut apabila dia selesai mempersembahkan lagu itu.[56]
  • Sebelum pembukaan perlawaan menentang Houston Texans, ramai pemain dan kakitangan New England Patriots juga menyatakan perasaan mereka, termasuk pemain suku belakang Tom Brady yang berganding lengan dengan Phillip Dorsett, dan ketua jurulatih Bill Belichick bersilang tangan di depannya. Enam belas anggota Patriots berlutut semasa lagu. Pemilik Patriots Robert Kraft berkata dia kecewa dengan nada yang dibuat dalam kenyataan Trump.
  • Beberapa ahli Miami Dolphins memakai kemeja-T yang bertulis "#IMWITHKAP" di padang semasa perlawanan pemanasan badan, untuk menyokong tindakan Kaepernick.[57] Pasukan itu berganding lengan semasa lagu, dengan lima orang anggota berlutut. Pasukan lawan, New York Jets, juga berganding lengan semasa lagu.[58]
  • Semua pemain Pittsburgh Steelers kecuali Alejandro Villanueva, yang berkhidmat sebagai Ranger Tentera, enggan meninggalkan bilik persalinan semasa lagu. On the sideline, the Chicago Bears players locked their arms while the anthem was performed.[59] Villanueva has since expressed regret for his actions.[60]
  • The majority of the Oakland Raiders either sat or knelt during the anthem, with several members of the opposing Washington Redskins either kneeling or joining arms as well.[61]
  • Thirty-two members of the Denver Broncos knelt during the anthem.[62] At least ten members of the Buffalo Bills also knelt during the anthem, while other team members locked arms.[63] Running back LeSean McCoy said "My message to him (Trump) is, be a president, be respectful, man. You know, us Americans, we are together. Stop trying to divide us."[64] McCoy performed stretches during the national anthem.
  • The Dallas Cowboys and Arizona Cardinals players locked arms during the anthem, while everyone on the Cowboys, including owner and general manager Jerry Jones, knelt before the anthem was played.[65]
  • The New Orleans Saints established a plan with their team prior to their game against the Miami Dolphins on how they will handle the national anthem before the game. Drew Brees stood and stated the thoughts of his team as a whole by tweeting "As a way to show respect to all, our #Saints team will kneel in solidarity prior to the national anthem & stand together during the anthem."[66]
  • More than ten Indianapolis Colts and about 20 Cleveland Browns players knelt on one knee while the remaining players locked arms during the playing of "The Star-Spangled Banner" in Indianapolis, Indiana. The actions were met by boos from the crowd at Lucas Oil Stadium.[67][68] Indiana is the home state of Vice President Mike Pence, who weeks later intentionally walked out of a Colts game against the 49ers.[69]
  1. ^ Brady, Erik (September 27, 2017). "How national anthem became essential part of sports". USA Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 5, 2018.
  2. ^ Har, Janie; Contreras, Russell (September 16, 2016). "Diverse America divided on flag, anthem, other symbols". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada December 7, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ McCain, John; Flake, Jeff (2015). "Tackling Paid Patriotism" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-08-04. Dicapai pada 2018-10-13.
  4. ^ Reid, Eric (September 25, 2017). "Opinion | Eric Reid: Why Colin Kaepernick and I Decided to Take a Knee". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada September 27, 2017. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  5. ^ MacQuarrie, Brian (September 27, 2017). "Military veterans divided over NFL protests". The Boston Globe. Dicapai pada June 5, 2018. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  6. ^ CNN, AJ Willingham,. "The #TakeAKnee protests have always been about race. Period". CNN. Dicapai pada 2018-06-18.CS1 maint: extra punctuation (link)
  7. ^ Reid, Jason (October 30, 2017). "NFL owners, players are moving in the wrong direction". The Undefeated. Diarkibkan daripada yang asal pada October 30, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Stern, Mark Joseph (October 11, 2016). "Ruth Bader Ginsburg Was Never Really "Notorious RBG"". Slate. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ Wyche, Steve (August 27, 2016). "Colin Kaepernick explains why he sat during national anthem". National Football League. Dicapai pada August 27, 2016.
  10. ^ Nick Allen (September 18, 2016). "Colin Kaepernick: NFL Black Lives Matter protests recall rebellious spirit of 1960s sporting greats". The Daily Telegraph. Dicapai pada November 8, 2016.
  11. ^ Wagner-McGough, Sean (September 2, 2016). "Colin Kaepernick to donate $1 million to charities that aid communities in need". cbssports.com. Dicapai pada October 17, 2016.
  12. ^ Biderman, Chris. "Colin Kaepernick to donate $100k a month for 10 months" (September 20, 2016). USA Today. Dicapai pada October 17, 2016.
  13. ^ Loumena, Dan (September 9, 2016). "49ers to donate $1 million to charities that focus on racial issues cited by Colin Kaepernick". Los Angeles Times. Dicapai pada October 17, 2016.
  14. ^ "Colin Kaepernick has donated $800k to empower oppressed communities". For The Win (dalam bahasa Inggeris). August 23, 2017. Dicapai pada September 27, 2017.
  15. ^ Brown, Maury. "Don't Ignore This Positive PR Twist To Colin Kaepernick". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada September 27, 2017.
  16. ^ "About Us – Know Your Rights Camp". knowyourrightscamp.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-07. Dicapai pada 2017-11-01.
  17. ^ Zirin, Dave (May 10, 2017). "Colin Kaepernick's Message to Chicago Youth: 'Know Your Rights'". The Nation. ISSN 0027-8378. Dicapai pada September 27, 2017.
  18. ^ Bieler, Des (October 30, 2016). "Colin Kaepernick holds 'Know Your Rights' camp for underprivileged Bay Area kids". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada September 27, 2017.
  19. ^ Payne, Marissa (September 15, 2017). "NFL players' union names Colin Kaepernick its Week 1 MVP for his charity work". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada September 27, 2017.
  20. ^ Stelter, Brian. "With 'son of a bitch' comments, Trump tried to divide NFL and its players".
  21. ^ Griffiths, Brent D.; Jackson, Henry C. (September 22, 2017). "Trump sparks war with NFL – and LeBron". Politico. Dicapai pada September 23, 2017.
  22. ^ "Trump to NFL owners: Fire players who kneel during national anthem". CBS News. September 23, 2017.
  23. ^ Payne, Marissa (September 26, 2017). "Congresswoman: Trump endangering NFL players with 'reckless' comments about safety". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada September 27, 2017.
  24. ^ "Study: CTE Found In Nearly All Donated NFL Player Brains". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada September 27, 2017.
  25. ^ Antle III, W. James (September 8, 2017). "Why NFL players' national anthem protests aren't working". The Week. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  26. ^ Graham, Bryan Armen; Pengelly, Martin (September 24, 2017). "NFL players kneel for anthem in unprecedented defiance of Trump". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  27. ^ Hoffman, Benjamin; Mather, Victor; Fortin, Jacey (September 24, 2017). "After Trump Blasts N.F.L., Players Kneel and Lock Arms in Solidarity". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada September 27, 2017.
  28. ^ Farmer, Sam; King, Laura (September 24, 2017). "As Trump continues his attacks, NFL players protest by kneeling or locking arms". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  29. ^ Jones, Jonathan (September 26, 2017). "A Gesture of Support by NFL Owners Is Meaningless without Them Taking Real Action". Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  30. ^ "NFL players respond with heat to Donald Trump's comments about protests". SBNation.com. Dicapai pada September 27, 2017.
  31. ^ "NFL player who started anti-Trump movement: 'He refers to us with slurs but Charlottesville neo-Nazis as 'very fine people'". The Independent (dalam bahasa Inggeris). September 26, 2017. Dicapai pada September 27, 2017.
  32. ^ "Donald Trump fuels NFL anthem row by tweeting year old video". The Telegraph. October 1, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada October 1, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  33. ^ Farmer, Sam; King, Laura (September 24, 2017). "As Trump continues his attacks, NFL players protest by kneeling or locking arms". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  34. ^ Levin, Josh (September 12, 2016). "Colin Kaepernick's Protest Is Working". Slate. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  35. ^ Press, Associated (September 1, 2016). "Colin Kaepernick joined by Eric Reid in kneeling for national anthem protest". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada September 7, 2016. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  36. ^ "Seahawks' Jeremy Lane joins Colin Kaepernick's protest, sits during national anthem". Dicapai pada September 7, 2016.
  37. ^ Breech, John. "Here are the 11 players who joined Colin Kaepernick's protest in Week 1". CBS News. Dicapai pada September 20, 2016.
  38. ^ Scott, Nate. "Broncos linebacker Brandon Marshall takes knee during national anthem". USA Today. Dicapai pada September 20, 2016.
  39. ^ "Opinion | What the NFL take-a-knee protests mean". Washington Post. Dicapai pada 2017-10-03.
  40. ^ CNN, Alexandra King,. "Bob Costas: Stand for anthem, then take a knee". CNN. Dicapai pada 2017-10-03.CS1 maint: extra punctuation (link)
  41. ^ "All you need to know about why NFL players are taking a knee and where it came from". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2017-09-25. Dicapai pada 2017-10-03.
  42. ^ Gajanan, Mahita. "Kansas City Chiefs Cornerback Marcus Peters Raises Fist During National Anthem". Time. Dicapai pada September 20, 2016.
  43. ^ Arnold, Geoffrey. "Seattle Seahawks lock arms during national anthem". The Oregonian. Dicapai pada September 20, 2016.
  44. ^ Habib, Hal. "4 Miami Dolphins kneel during national anthem". ajc.
  45. ^ "Jaguars players considered protest, but pig socks scuttled plans". Dicapai pada December 16, 2016.
  46. ^ "Mike Evans sat during anthem to protest Donald Trump presidency". CBSSports.com. Dicapai pada November 27, 2016.
  47. ^ "Bucs' Mike Evans ends protest, stands for national anthem". ESPN. Dicapai pada November 27, 2016.
  48. ^ Baccellieri, Emma. "Seth DeValve Is The First White Player To Kneel for the National Anthem".
  49. ^ Graham, Bryan. "Donald Trump blasts NFL anthem protesters: 'Get that son of a bitch off the field'". The Miami Herald. Guardian News. Dicapai pada 3 October 2017.
  50. ^ "Cowboys are one of six NFL teams that haven't had a player kneel, sit or raise a fist during national anthem". The Dallas Morning News. September 25, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  51. ^ "NFL players who protested during the national anthem in Week 3". ESPN. Dicapai pada September 24, 2017.
  52. ^ Wembley, Sean Ingle at (September 24, 2017). "Donald Trump defied at Wembley as Jaguars and Ravens kneel for anthem". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada September 25, 2017.
  53. ^ Zrebiec, Jeff. "Some Ravens and Jaguars take knee during national anthem in wake of comments by President Trump". The Baltimore Sun. NewYorkUpstate.com. Dicapai pada September 25, 2017.
  54. ^ Sweeney, Don (September 24, 2017). "NFL players in London kneel for the US national anthem but stand for the British one". The Miami Herald. PennLive.com. Dicapai pada September 25, 2017.
  55. ^ Belson, Ken; Manchester, Sam; Mather, Victor (September 24, 2017). "Tom Brady Joins Anthem Demonstration as N.F.L. Protests Trump Comments". The New York Times. ESPN. Dicapai pada September 24, 2017.
  56. ^ "Meghan Linsey kneels after singing national anthem at Titans-Seahawks game". The Tennessean. Dicapai pada September 25, 2017.
  57. ^ "NFL player protests sweep league after President Donald Trump's hostile remarks". USA Today. Dicapai pada September 24, 2017.
  58. ^ "Why did Stills kneel Sunday? Because he felt Trump tried to 'scare' or 'intimidate' him". The Miami Herald. Dicapai pada September 25, 2017.
  59. ^ Healy, John (September 24, 2017). "From Chicago to London, NFL players react to Trump's protest critiques". New York Daily News. WGN-TV. Dicapai pada September 25, 2017.
  60. ^ Press, Associated (May 23, 2018). "Villanueva on anthem flap: 'It wasn't me stepping forward'". Winston-Salem Journal (dalam bahasa Inggeris). NFL Enterprises, LLC. Dicapai pada 2017-10-09.
  61. ^ Rollins, Khadrice. "Most of the Raiders took a seat during national anthem". Sports Illustrated. Dicapai pada September 25, 2017.
  62. ^ "Von Miller among 32 Broncos players who take a knee for national anthem". The Denver Post. September 24, 2017. Dicapai pada September 25, 2017.
  63. ^ "Buffalo Bills lock arms during national anthem in response to Donald Trump". NewYorkUpstate.com. Dicapai pada September 25, 2017.
  64. ^ Orr, Connor (July 20, 2018). "LeSean McCoy says Donald Trump should 'be a president,' 'be respectful'". PennLive.com. Diarkibkan daripada yang asal pada July 21, 2018. Dicapai pada September 25, 2017.
  65. ^ Archer, Todd; Weinfuss, Josh (September 26, 2017). "Cowboys, Cardinals lock arms for national anthem in show of unity". ESPN. Dicapai pada September 26, 2017.
  66. ^ "Drew Brees: Saints plan to kneel before national anthem, stand during it on Sunday". 2017 NOLA media group. Dicapai pada October 1, 2017.
  67. ^ "Colts kneel, lock arms in show of unity against Donald Trump's comments". WRTV. September 24, 2017. Dicapai pada October 20, 2017.
  68. ^ "NFL players who protested during the national anthem in Week 3". ESPN. September 25, 2017. Dicapai pada October 20, 2017.
  69. ^ Crawford, Dakota (October 8, 2017). "What is cost for Mike Pence to leave the Colts-49ers game". The Indianapolis Star. Dicapai pada June 5, 2018. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)

Sebab-sebab protes dan amal kebajikan yang berkaitan[sunting | sunting sumber]

Seruan Presiden Trump untuk memecat pemain yang memprotes[sunting | sunting sumber]

Pemprotesan NFL[sunting | sunting sumber]

Pramusim 2016[sunting | sunting sumber]

Musim 2016[sunting | sunting sumber]

Protes ini bermula di National Footbal League (NFL) setelah quarterback San Francisco 49ers Colin Kaepernick duduk dan kemudian berlutut semasa lagu itu, sebelum pertandingan preseason pasukannya pada tahun 2016.[1] Sepanjang musim berikut, ramai ahli-ahli pasukan NFL dan pasukan sukan lain telah mula melibatkan diri dalam protes diam ini. Pada 24 September 2017, protes NFL menjadi semakin meleluasa apabila lebih daripada 200 pemain duduk atau berlutut sebagai maklum balas terhadap Presiden Donald Trump yang menyuruh pemilik pasukan untuk "pecat" pemain-pemain yang memprotes.[2]

Musim 2017[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]