Pulau Tabun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Tabun berdekatan Pulau Serangga, daerah Lahad Datu , Sabah telah diwartakan sebagai hutan simpan lipur kelas 4 oleh Jabatan Perhutanan Sabah .

Luas pulau ini ialah 16 hektar, terletak di sebelah timur negeri Sabah . Pulau ini cukup berpotensi dimajukan sebagai kawasan eko pelancongan kerana mempunyai habitat yang masih asli dan segar .

Penduduk di sekitar pulau berkenaan masih boleh mencari rezeki dengan adanya eco pelancongan sebagai aktiviti nilai tambah terbaru. Nelayan tempatan masih boleh menangkap ikan tetapi dalam keadaan terkawal dan tidak menjejaskan batu-batu karang dan hidupan marin di dasarnya. Aktiviti nelayan akan dikurangkan 100 % sedikit demi sedikit dan dibangunkan sebagai pulau eko pelancongan sebagaimana pulau Tiga dan pulau Ligitan dan pulau Sipadan.

Pewartaan ini dapat memenuhi hasrat pelbagai pihak terutama pelancong asing dan NGO alam sekitar agar pulau ini diawasi daripada pencemaran minyak dan pembalakan haram . Penempatan setinggan haram terutama daripada Filipina dan Indonesia sedikit sebanyak akan menjejaskan keindahan dan keselamatan perairan Laut Sulawesi. Tumpuan pelancong ke pulau Ligitan dan pulau Sipadan juga dapat diselerakkan.


Perkara ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu pada 27 Jun 2007.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bernama.com