Musa Aman
| Yang Amat Berhomat Datuk Seri Panglima Musa Aman SPDK, DGSM, DA (Sarawak), PGDK, JMN, JP |
|
![]() |
|
|
Ketua Menteri Sabah ke-14
|
|
|---|---|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 2003 |
|
| Timbalan | Yahya Hussin Joseph Pairin Kitingan Yee Moh Chai |
| Didahului oleh | Tan Sri Chong Kah Kiat |
| Kawasan | Sungai Sibuga |
|
|
|
| Tarikh lahir | 30 Mac 1951 (umur 61) |
| Tempat lahir | |
| Parti politik | UMNO |
| Pasangan | Datin Seri Panglima Hajjah Faridah binti Haji Tussin |
| Agama | Islam |
Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 dan terkini. Beliau menggantikan Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003. Beliau juga merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) di Sabah.
Isi kandungan |
[sunting] Kehidupan awal
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Paul, Beaufort dan Secondary Sabah College, Kota Kinabalu, serta di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Australia.
[sunting] Kerjaya
Beliau pernah dilantik sebagai Konsul Kehormat di Bangladesh. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif City Finance Berhad {Julai 1983 - April 1995), Pengerusi dan Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (ICSB). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Sinora, Innoprise International Incorporated, dan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.
[sunting] Keluarga
Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hajjah Faridah binti Haji Tussin dan dikurniakan 4 orang anak. Di antara anak-anaknya termasuklah Mohammed Hayssam dan Hazem.[1]
[sunting] Politik
Beliau mula aktif sebagai seorang ahli politik sekitar tahun 1980 melalui parti USNO. Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari UMNO Sabah pada 23 Mac 1991 selepas UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Pada 16 Mac 1992, beliau dilantik memegang jawatan Bendahari Barisan Nasional Sabah. Pada 20 Mac 1999, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Kemudian pada 27 Mac 2001, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada 27 Mac 2003, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-13.
[sunting] Isu dan kontroversi
[sunting] Nafi rasuah dari Michael Chia
Pada 12 April 2012, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sekali lagi menafikan tuduhan rasuah oleh laman 'Sarawak Report'. Sarawak Report melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Musa Aman yang dikatakan mengeluarkan lesen pembalakan kepada adiknya Datuk Seri Anifah Aman. Dakwaan kedua melibatkan dakwaan anak Musa - Mohammed Hayssam dan Hazem - didakwa menerima suapan daripada Michael Chia. Sumber maklumat mereka dari Hong Kong. Sarawak Report mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan meneruskan kes itu.[1]
