Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit
Pemandangan sekitar Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dan Pusat Inovasi Penjagaan Kesihatan
Geografi
LokasiSingapura
Organisasi
Sistem penjagaanAwam
Perkhidmatan
Katil330
Sejarah
Diasaskan7 September 2019; 4 tahun yang lalu (2019-09-07)
Pautan
Laman sesawangncid.sg

Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (bahasa Inggeris: National Centre for Infectious Diseases, disingkatkan kepada NCID; Cina ringkas: 国家传染病中心pinyin: Guójiā Chuánrǎnbìng Zhōngxīn, Tamil: தேசிய தொற்றுநோய் மையம்) atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Penyakit Berjangkit (bahasa Inggeris: Communicable Disease Centre, CDC) adalah sebuah pusat kesihatan awam di bawah tadbiran Kementerian Kesihatan Singapura terletak bersebelahan Hospital Tan Tock Seng di Novena, Singapura. Pusat ini dikhaskan untuk pengasingan pesakit dalam negara yang terjejas penyakit sangat berjangkit serta digunakan untuk mengawal wabak penyakit.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum penubuhan sebuah kemudahan kuarantin di Moulmein Road, terdapat kem kuarantin di Balestier pada tahun 1907.[2][3] Dibuka pada tahun 1913, kemudahan kuarantin di Moulmein Road pada mulanya dikenali sebagai Hospital Pengasingan.[2] Ia kemudiannya dinamakan semula kepada Hospital Middleton pada tahun 1920, sebagai pengiktirafan kepada Dr. W.R.C Middleton, yang telah berkhidmat di hospital selama 27 tahun, semasa persaraannya.[4][5] Pusat ini menjadi cawangan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) pada tahun 1985, dinamakan Pusat Penyakit Berjangkit (CDC), dan berada di bawah pengurusan Kumpulan Kesihatan Nasional.[6] Pada 1 April 1995, ia berada di bawah pentadbiran langsung TTSH.[7]

Pada bulan Mac 2003, CDC merupakan titik pusat sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) di Singapura. Oleh kerana bilik-bilik pengasingan adalah terhad, pesakit HIV yang sedia ada terpaksa dipindahkan ke tempat lain di tengah-tengah sementara pesakit dengan penyakit kulit terpaksa dikeluarkan untuk membuat kuarantin bagi yang disyaki dengan SARS.[8] Ketika wabak itu berlaku, TTSH mengambil alih sebagai hospital utama untuk mengkuarantin dan merawat pesakit SARS pada 22 Mac 2003.[9][10]

Pada 13 Ogos 2003, blok TTSH sedia ada bersebelahan dengan CDC telah diubah suai untuk digunakan sebagai wad pembendungan dan berkhidmat sebagai CDC 2.[6] Blok ini pada mulanya diperbaharui untuk Hospital Komuniti Ren Ci, namun wabak SARS membantut perancangan berkenaan.[11]

Pada 13 Disember 2018, CDC menghentikan operasi sebagai kemudahan perubatan, mengakhiri 111 tahun operasi.[12] Semua operasi berpindah ke Pusat Nastional bagi Penyakit Berjangkit, bangunan baru bertentangan dengan bangunan utama Tan Tock Seng Hospital. Operasi pada Mei 2019, kemudahan baru ini mempunyai kapasiti 330 tempat tidur dan direka untuk menguruskan wabak berskala seperti SARS.[13]

Pada 7 September 2019, Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit telah dibuka secara rasmi oleh Menteri Kesihatan Gan Kim Yong. Ia mempunyai teknologi terkini dan menjejaki pesakit di bangunan untuk mencegah penyebaran wabak. Di samping itu, bangunan ini menempatkan unit pengasingan peringkat tinggi pertama di Singapura untuk penyakit berjangkit, bahkan penyakit maut seperti Ebola.[1]

NCID kini digunakan sebagai kemudahan pengasingan untuk pesakit yang dijangkiti COVID-19 semasa pandemik itu yang sedang merebak.[14]

Akses[sunting | sunting sumber]

Kemudahan perubatan terletak berhampiran stesen MRT Novena di Laluan Utara Selatan.

Terdapat juga perkhidmatan bas ulang-alik penuh untuk kedua-dua kakitangan dan orang ramai. Titik angkut-hantar terletak di kawasan HealthCity Novena, dengan lokasi tambahan ke Pasar Whampoa dari jam 11:00 pagi hingga 2:40 pagi. Bas ulang-alik mempunyai kapasiti tempat duduk yang terhad sebanyak 23 pax bagi setiap perjalanan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lai, Linette (7 September 2019). "New infectious disease centre tracks everyone in the building in case of outbreak". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 September 2019.
  2. ^ a b "LEGISLATIVE COUNCIL". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Februari 2020.
  3. ^ "The Origins of Singapore's Communicable Disease Centre: Hanging Fire". Kyoto Review of Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). 31 Oktober 2019. Dicapai pada 13 Februari 2020.
  4. ^ "Dr Middleton's Retirement". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Februari 2020.
  5. ^ "Middleton Hospital on Moulmein Road. It was set up in 1907 …". www.nas.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Februari 2020.
  6. ^ a b "Communicable Disease Centre | Infopedia". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2019.
  7. ^ "Communicable Disease Centre comes under TTSH's wings". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2019.
  8. ^ Tai, Janice (2018-10-15). "Harbhajan Singh: A lifetime of nursing work helped when Sars struck". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2019.
  9. ^ Chee, Yam Cheng (November 2003). "SARS @ TTSH (Part 8)" (PDF). SMA News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2019.
  10. ^ Seow, E. (1 November 2003). "SARS: experience from the emergency department, Tan Tock Seng Hospital, Singapore". Emergency Medicine Journal (dalam bahasa Inggeris). 20 (6): 501–504. doi:10.1136/emj.20.6.501. ISSN 1472-0205. PMC 1726235. PMID 14623831.
  11. ^ "The Chronicles of CDC 2 (Part 2) - Tan Tock Seng Hospital". www.ttsh.com.sg (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-08. Dicapai pada 7 Mac 2019.
  12. ^ Neo, Xiaobin (17 Disember 2018). "Farewell, Black Lion of Moulmein: Old compound of Communicable Disease Centre closes". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2019.
  13. ^ Kurohi, Rei (16 Januari 2019). "New centre to bolster Singapore's infectious disease management". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2019.
  14. ^ Seet, Benjamin (17 Mac 2020). "Commentary: Why Singapore is better prepared to handle COVID-19 than SARS". Channel News Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Mac 2020.