Pandemik COVID-19 di Algeria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pandemik COVID-19 di Algeria
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiAlgeria
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeksBlida, Algeria
Tarikh ketibaan17 Februari 2020
Kes yang disahkan173,922 (setakat 2 Ogos 2021)
Kes aktif52,823 (setakat 2 Ogos 2021)
Sembuh116,770 (setakat 2 Ogos 2021)
Kematian
4,329 (setakat 2 Ogos 2021)
Kadar kematian&&&&&&&&&&&&&&02.4900002.49% (setakat 2 Ogos 2021)

Pandemik COVID-19 disahkan merebak di Algeria pada 17 Februari 2020. Kes pertama merupakan seorang lelaki warganegara Itali yang tiba pada 17 Februari 2020 di Blida. Kes disahkan positif COVID-19 pada 25 Februari.[1]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Februari 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Februari, Algeria telah mengesahkan kes pertama jangkitan COVID-19 iaitu seorang lelaki warganegara Itali yang tiba pada 17 Februari. Pada 28 Februari, kes telah dibawa pulang ke negaranya oleh kerajaan Algeria menggunakan sebuah penerbangan istimewa dari Lapangan Terbang Hassi Messaoud dimana kes perlu menjalani kuarantin.[1]

Mac 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mac, Algeria telah mengesahkan dua lagi kes positif COVID-19, seorang wanita dan anaknya.[2]

Pada 3 Mac, dua lagi kes baru disahkan iaitu seorang ayah dan anaknya menjadikan jumlah kes meningkat kepada lima orang. Dua kes itu dari keluarga yang sama, seorang ayah dan anaknya dan berada di Perancis. Pencarian dimulakan bagi mencari individu yang menjadi kontak rapat kes.[3] Pada hari yang sama, tiga lagi kes telah disahkan dari keluarga yang sama menjadikan jumlah kes meningkat kepada lapan orang.[4]

Pada 12 Mac, satu kes kematian disahkan, kes berumur 78 tahun dan telah dirawat di Hospital Blida.

Sehingga 31 Mac, 716 kes telah disahkan dengan 44 kematian. 626 kes masih dirawat dengan hanya 46 kes telah disahkan sembuh.[5]

April 2020[sunting | sunting sumber]

Sehingga 30 April, 4,006 kes telah disahkan di Algeria dengan 450 kematian, 1,777 kes masih dirawat serta 1,779 kes telah disahkan sembuh. Sebanyak 3,290 kes baharu dicatatkan pada Mac 2020 di Algeria dengan 406 kematian.[5]

Mei 2020[sunting | sunting sumber]

Sehingga 31 Mei, 9,394 kes telah disahkan dengan 653 kematian, 2,993 kes masih dirawat serta 5,748 kes telah disahkan sembuh. Sebanyak 5,388 kes baharu dicatatkan pada Mei 2020 di Algeria dengan 203 kematian.[5]

Jun 2020[sunting | sunting sumber]

Sehingga 30 Jun, sebanyak 13,907 kes positif COVID-19 telah dikesan dengan 912 kematian, 3,098 kes masih dirawat serta 9,897 kes telah disahkan sembuh. Sebanyak 4,513 kes baharu dicatatkan pada Jun 2020 dengan 259 kematian.[5]

Julai 2020[sunting | sunting sumber]

Sehingga 31 Julai, sebanyak 30,394 kes positif COVID-19 telah dikesan dengan 1,210 kematian, 8,647 kes masih dirawat serta 20,537 kes telah disahkan sembuh. Sebanyak 16,487 kes telah dikesan sepanjang Julai 2020 dengan 298 kematian dan 6,590 kes disahkan sembuh.[5]

Ogos 2020[sunting | sunting sumber]

Sehingga 31 Ogos, sebanyak 44,494 kes positif COVID-19 telah dikesan dengan 1,510 kematian, 11,740 kes masih dirawat serta 31,244 kes telah disahkan sembuh. Sebanyak 14,100 kes telah dikesan sepanjang Ogos 2020 dengan 300 kematian dan 10,707 kes disahkan sembuh.[5]

September 2020[sunting | sunting sumber]

Sehingga 30 September, sebanyak 51,530 kes positif COVID-19 telah dikesan dengan 1,736 kematian, 13,620 kes masih dirawat serta 36,174 kes telah disahkan sembuh. Sebanyak 7,036 kes telah dikesan sepanjang September 2020 dengan 226 kematian dan 4,930 kes disahkan sembuh.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Algerian health minister confirms COVID-19 case" (dalam bahasa Inggeris). 25 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2020.
  2. ^ "Algeria confirms two new coronavirus cases" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2020.
  3. ^ "Algeria confirms two more coronavirus cases". reuters (dalam bahasa Inggeris). 2 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2020.
  4. ^ "ارتفاع عدد الإصابات المؤكدة بفيروس كورونا إلى 12 حالة". النهار أونلاين (dalam bahasa Arab). 4 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2020.
  5. ^ a b c d e f g "Coronavirus Algeria". worldometers (dalam bahasa Inggeris). 25 Februari 2020.