Francisco Duque III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Francisco Duque III
Duque pada 2018
Setiausaha Kesihatan
Memegang jawatan
26 Oktober 2017
PresidenRodrigo Duterte
Didahului olehPaulyn Ubial
Dalam jawatan
1 Jun 2005 – 1 September 2009
PresidenGloria Macapagal-Arroyo
Didahului olehManuel Dayrit
Digantikan olehEsperanza Cabral
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Filipina
Dalam jawatan
3 Februari 2010 – 15 September 2015
Didahului olehRicardo Saludo
Digantikan olehAlicia de la Rosa Bala
Butiran peribadi
LahirFrancisco Tiongson Duque III
(1957-02-13) 13 Februari 1957 (umur 67)
PendidikanUniversiti Santo Tomas (BS, MD)
Universiti Georgetown (MS)
ProfesionDoktor

Francisco Tiongson Duque III (lahir 13 Februari 1957) ialah seorang doktor dan pegawai kerajaan Filipina yang kini bertugas sebagai Setiausaha Kesihatan sejak 2017 dalam Kabinet Presiden Rodrigo Duterte, jawatan yang dipegangnya dahulu dari 2005 hingga 2010 dalam Kabinet Presiden Gloria Macapagal Arroyo.[1] Dari 2010 hingga 2015, beliau berkhidmat sebagai Ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Duque memperoleh diploma sekolah menengahnya dari Lourdes School of Quezon City pada 1974 dan ijazah sarjana muda dalam bidang zoologi dari Universiti Santo Tomas (UST) pada 1978.[3] Beliau kemudian memperoleh gelaran Doktor Perubatan dari Fakulti Perubatan dan Pembedahan UST pada tahun 1982.[3] Duque melanjutkan pendidikannya di Amerika Syarikat, di mana dia memperoleh ijazah Sarjana Sains dalam bidang patologi dari Universiti Georgetown pada 1987.[3] Duque berada Georgetown di mana beliau menjalani latihan ilmiah dalam bidang imunologi dari 1985 hingga 1988.[4] Pada 1992, Duque menamatkan kursus pascasiswazah mengenai pendidikan eksekutif tentang Pengurusan Program Kesihatan di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Harvard dan Graduate School of Management di Boston, Amerika Syarikat.[4]

Pandemik COVID-19[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Duque bertugas di Jabatan Kesihatan semasa pandemik COVID-19. Sebelum pandemik merebak ke Filipina, sementara kes-kes melonjak naik di Hubei, China, Duque mengatakan kepada ahli Dewan Perwakilan selama Jam Pertanyaan bahawasanya larangan sementara terhadap pelancong China telah menjadi salah satu pilihan yang sedang dikaji oleh pemerintah untuk mengelakkan kematian yang disebabkan SARS-CoV-2, mungkin ada "kesan politik dan diplomatik" yang serius dengan tindakan sedemikian.[5] Ketika kes Filipina (penularan tempatan) meningkat dan dengan kapasiti ujian yang terhad, beliau mewajarkan pelanggaran protokol ujian untuk COVID-19.[6] Di bawah kepemimpinannya, Filipina hanya mampu melakukan 1,000 ujian setiap hari untuk memberi perkhidmatan kepada 105 juta rakyat Filipina di seluruh negara.[7]

Pada 19 Mac 2020, Duque menjalani kuarantin di rumah setelah salah seorang pegawainya dijangkiti oleh COVID-19. Beliau diuji untuk COVID-19 kerana beliau menderita penyakit asma dan hipertensi, menurut pesanan teks oleh Setiausaha Kesihatan Maria Rosario Vergeire.[8][9] Tiga hari kemudian pada 22 Mac 2020, hasil ujianya disahkan negatif.[10][11]

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  • Presiden Rotary Paling Cemerlang, District 3790 (1993)
  • Anugerah Kepimpinan Alumni Thomasian (TOTAL) yang Luar Biasa dalam Bidang Perkhidmatan Kerajaan (2004)[12]
  • Anugerah Sains Albertus Magnus oleh UST College of Sains atas pencapaiannya dalam Sains Perubatan, Kesihatan Awam dan Pengawalan Program Insurans Kesihatan Kebangsan (2007).[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Commission on Audit. "Report on Salaries and Allowances CY 2015" (PDF). coa.gov.ph (dalam bahasa Inggeris). Commission on Audit. m/s. 131. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Januari 2018. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  2. ^ Dr. Francisco T. Duque III, MD, MSc, Chairman, Philippine Civil Service Commission Diarkibkan 2015-09-19 di Wayback Machine. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Filipina. (dalam bahasa Inggeris)
  3. ^ a b c "CV" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). www.philhealth.gov.ph. Dicapai pada 21 November 2019.
  4. ^ a b "CV" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). www.philhealth.gov.ph. Dicapai pada 21 November 2019.
  5. ^ "Duque rejects ban on Chinese tourists, cites diplomatic, political repercussions" (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ Yee, Jovic. "Duque explains 'preferential tests' for Duterte kin, others". newsinfo.inquirer.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mac 2020.
  7. ^ "DoH looks at 1,000 tests daily". The Manila Times (dalam bahasa Inggeris). 22 Mac 2020. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  8. ^ News, ABS-CBN (19 Mac 2020). "Philippine health chief on quarantine, awaits COVID-19 test result". ABS-CBN News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 April 2020.
  9. ^ "Duque on self-quarantine, undergoes test for COVID-19". GMA News Online (dalam bahasa Inggeris). 19 Mac 2020. Dicapai pada 16 April 2020.
  10. ^ Talabong, Rambo (22 Mac 2020). "DOH Secretary Duque tests negative for coronavirus". Rappler (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 April 2020.
  11. ^ "Health Secretary Duque tests negative for COVID-19". CNN Philippines (dalam bahasa Inggeris). 22 Mac 2020. Dicapai pada 16 April 2020.
  12. ^ a b "Alumni – University of Santo Tomas" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 April 2020.
Jawatan politik
Didahului oleh
Manuel Dayrit
Setiausaha Kesihatan
2005–2009
Diikuti oleh:
Esperanza Cabral
Didahului oleh
Paulyn Ubial
Setiausaha Kesihatan
2017–kini
Pemegang jawatan kini