Hidup bersama COVID-19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Memandangkan pandemik COVID-19 berterusan biarpun terdapat vaksinasi besar-besaran, beberapa pakar dan pertubuhan berkaitan kesihatan telah mencadangkan bahawa manusia seharusnya hidup bersama COVID-19.[1][2][3] Berdasarkan teori ini, COVID-19 mungkin tidak akan hilang dari dunia namun menjadi endemik seperti selesema dan influenza,[1][2][3][4][5] dan kehidupan manusia akan kembali ke norma lama walaupun tempoh sebenarnya masih belum pasti.[6][7][8]

Istilah With Corona (Bahasa Korea: 위드코로나, Bahasa Jepun: ウィズ・コロナ) digunakan di Korea Selatan dan Jepun.[9][10][11]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

COVID-19 yang disebabkan oleh SARS-COV-2 telah merebak ke seluruh dunia sejak awal 2020, dan telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.[12][13] Perintah berkurung seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di banyak negara untuk membendung wabak tersebut.[14][15] Pandemik ini telah membawa pelbagai kesan sosial, seperti lonjakan bunuh diri[16][17] dan keganasan rumah tangga,[18][19][20] serta normalisasi aktiviti secara maya, termasuk pertemuan dan kelas dalam talian.[21][22] Vaksin yang dibangunkan begitu cepat dalam tempoh setahun,[23][24] dan vaksinasi bermula sejak Disember 2020.[25] Teori imuniti kelompok telah dicadangkan untuk mengatasi wabak itu, dengan memberi vaksin kepada kebanyakan (kira-kira 80-90%) orang.[26][27]

Kemunculan varian baharu, seperti British (α), Afrika Selatan (β), Brazil (γ), India (δ), dan Botswana (ο), memberikan persoalan tentang keberkesanan vaksin, kerana beberapa kajian mencadangkan bahawa varian baharu itu mungkin dapat mengurangkan keberkesanan vaksin.[28][29][30][31][32] Kes dan kematian terobosan turut dilaporkan, terutamanya daripada vaksin tidak aktif buatan China, seperti vaksin Sinovac dan Sinopharm.[33][34][35][36] Ketidaksamaan vaksin, di mana negara-negara yang belum dibangunkan (terutamanya di Afrika) bergelut untuk memperolehi vaksin, juga mencetuskan kontroversi.[37]

Memandangkan pandangan bahawa vaksin sendiri tidak dapat menghentikan wabak itu,[38][37] teori bahawa manusia seharusnya hidup bersama COVID-19 telah dicadangkan.[39][40][41] Ini bermakna bahawa COVID-19 tidak akan ghaib dari dunia ini, tetapi menjadi endemik dan boleh diurus seperti selesema atau influenza, dan oleh itu norma lama (berbanding dengan apa yang dipanggil "norma baharu") akan kembali.[1][2][3][8]

Mengikut negara[sunting | sunting sumber]

Korea Selatan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 2021, Heo Seok, Datuk Bandar Suncheon, mengumumkan bahawa bandar itu akan beralih kepada strategi "hidup bersama COVID-19" bermula dari 25 Oktober.[42][43] Ini menjadikan Suncheon sebagai bandar pertama Korea Selatan yang melancarkan strategi tersebut.[44][45]

Pada hari yang sama apabila Suncheon melancarkan strategi itu, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan telah mengadakan pendengaran awam di Daerah Tengah, Seoul, di mana dicadangnya strategi yang dipanggil "Pemulihan Langkah demi Langkah" bermula dari 1 November.[46][47] Berdasarkan rancangan itu, kerajaan Korea Selatan merancang untuk menghentikan semua sekatan pada 24 Oktober 2022.[47]

Bagaimanapun, pada 3 Disember, selepas kira-kira sebulan "Pemulihan Langkah demi Langkah", kerajaan menggantung sementara strategi itu dengan mengenakan semula ukuran yang lebih ketat mulai 6 Disember kerana lonjakan kes baharu dan kemunculan varian Botswana (ο).[48]

Korea Utara[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Januari 2022, Rodong Sinmun melaporkan bahawa negara itu ingin menukar ukuran COVID-19 daripada pendekatan "ketat" kepada pendekatan "maju dan mesra rakyat".[49] Perkhidmatan kereta api kargo antara Sinuiju dengan Dandong kembali beroperasi semula sejak 16 Januari.[50] Beberapa media Korea Selatan menganalisis bahawa Korea Utara ingin melancarkan strategi "hidup bersama COVID-19".[49][50]

Singapura[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2021, Kementerian Kesihatan Singapura mencadangkan rancangan baharu untuk memasuki fasa endemik COVID-19 semenjak peningkatan pesat kadar vaksinasi di negara bandar Asia Tenggara itu.[51][52] 3 menteri yang bertanggungjawab iaitu Gan Kim Yong, Ong Ye Kung dan Lawrence Wong, mengakui bahawa walaupun COVID-19 tidak akan ghaib, rakyat Singapura mungkin boleh kembali kepada norma lama.[51][52]

Pelan itu mencadangkan perubahan berikut untuk menguruskan wabak:[51][52]

  • Ujian yang lebih mudah dan pantas (bukan ujian PCR)
  • Pesakit ringan akan disembuhkan di rumah (bukan di hospital)
  • Pelancongan akan kembali semula, dengan syarat iaitu individu mesti mempunyai sijil vaksinasi

Namun begitu, strategi ini mencetuskan kontroversi sejak peningkatan pesat kes harian baharu walaupun kadar vaksinasi yang tinggi.[53][54][55][56] Terdapat cadangan untuk mengenakan perintah berkurung semula, namun tidak pernah berlaku.[57]

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2021, United Kingdom menghentikan hampir semua sekatan COVID-19 sewaktu lonjakan kes harian.[58][59] Hari itu dikenali sebagai "Hari Kebebasan (Freedom Day)".[58][59]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "The coronavirus is here to stay — here's what that means". 16 Februari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  2. ^ a b c "COVID-19 will likely be with us forever. Here's how we'll live with it". 23 Januari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  3. ^ a b c "How We'll Live With Covid After the Pandemic". 18 November 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  4. ^ "Covid-19 Could Become Like the Flu if More People Get Vaccinated". 12 September 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  5. ^ "Should we treat Covid like the flu? Europe is slowly starting to think so". 12 Januari 2022. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  6. ^ "When will life return to 'pre-COVID normal'?". 12 April 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  7. ^ "Could we return to normal by summer?". 11 Mei 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  8. ^ a b "When will life return to normal after the pandemic?". 2 Disember 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  9. ^ "'위드코로나'? 지금도 실시간 진행되는 '일본말 따라하기'". 6 September 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  10. ^ "[팩트와이] '위드 코로나' 일본식 영어다?". 23 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  11. ^ "ウィズコロナ時代の新たな医療に対応できる医療人材養成事業(令和3年度補正)". Dicapai pada 16 Januari 2022.
  12. ^ "WHO Director-General's opening remarks at the media briefing on COVID-19 - 11 March 2020". 11 Mac 2020. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  13. ^ "World Health Organization Declares COVID-19 a 'Pandemic.' Here's What That Means". 11 Mac 2020. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  14. ^ "Coronavirus: Half of humanity now on lockdown as 90 countries call for confinement". 3 April 2020. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  15. ^ Perra, N. (13 Februari 2021). "Non-pharmaceutical interventions during the COVID-19 pandemic: A review". Pusat Kebangsaan untuk Maklumat Bioteknologi (913): 1–52. doi:10.1016/j.physrep.2021.02.001. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  16. ^ "Warning Covid-19 could lead to spike in suicide rates". 22 April 2020. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  17. ^ "The Impact Of Covid-19 On Suicide Rates". 14 Mei 2020. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  18. ^ "A New Covid-19 Crisis: Domestic Abuse Rises Worldwide". 6 April 2020. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  19. ^ "The pandemic is increasing intimate partner violence. Here is how health care providers can help". 26 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  20. ^ "Levels of domestic violence increase globally, including in the Region, as COVID-19 pandemic escalates". Dicapai pada 16 Januari 2022.
  21. ^ "The COVID-19 pandemic has changed education forever. This is how". 29 April 2020. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  22. ^ Selvaraj, A.; Vishnu, R.; KA, N.; Benson, N.; Mathew, A. J. (6 Januari 2021). "Effect of pandemic based online education on teaching and learning system". ScienceDirect. 85. doi:10.1016/j.ijedudev.2021.102444. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  23. ^ "The fastest vaccine in history". 10 Disember 2020. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  24. ^ "How did we develop a COVID-19 vaccine so quickly?". 13 November 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  25. ^ "Covid-19 vaccine: First person receives Pfizer jab in UK". 8 Disember 2020. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  26. ^ "Herd immunity and COVID-19 (coronavirus): What you need to know". 17 Disember 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  27. ^ "COVID-19 Vaccine Key to Reaching 'Herd Immunity'". Dicapai pada 16 Januari 2022.
  28. ^ "Five reasons why COVID herd immunity is probably impossible". 18 Mac 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  29. ^ "The delta variant could evade vaccines if it becomes Delta 4+, new paper warns". 26 Ogos 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  30. ^ "First studies suggest Omicron can evade vaccine protection, boosters needed". 8 Disember 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  31. ^ "Omicron Better Able to Evade Vaccines Than Earlier Variants". 9 Disember 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  32. ^ "Omicron largely evades immunity from past infection or two vaccine doses". 17 Disember 2021. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  33. ^ "World's Most Vaccinated Nation Is Spooked by Covid Spike". 12 Mei 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  34. ^ "The Seychelles is the most vaccinated nation on Earth. But Covid has surged". 13 Mei 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  35. ^ "Hundreds of Sinovac-injected Indonesian doctors contract COVID". 17 Jun 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  36. ^ "Indonesian Covid deaths add to questions over Sinovac vaccine". 28 Jun 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  37. ^ a b "UN Chief: Vaccines Alone Won't End Pandemic". 16 Disember 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  38. ^ "Coronavirus: is it time to accept that vaccines alone won't end the pandemic?". 21 September 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  39. ^ "Yes, we have to live with Covid – but not with such irresponsible ministers". 20 Oktober 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  40. ^ "The world must learn to live with Covid this year". 3 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  41. ^ "Why 2022 Is the Year We Learn to Live With COVID-19". 5 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  42. ^ "허석 순천시장 "전국 지자체 최초로 위드 코로나 전환"". 22 Oktober 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  43. ^ "전남 순천시, 25일부터 위드코로나 시행…전국 지자체 최초". 22 Oktober 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  44. ^ "순천, 전국 첫 위드코로나 시행…시민 '혼선'". 25 Oktober 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  45. ^ "전국 최초 '위드 코로나' 순천시...일상 회복 기대감". 29 Oktober 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  46. ^ "코로나19 단계적 일상회복 이행계획 공청회 개최(10.25)". 25 Oktober 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  47. ^ a b "11월 1일 '위드코로나' 시작…내년 1월 일상 완전 회복". 25 Oktober 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  48. ^ ""일상회복 일시 중단 공식화"…오미크론 위기에 위드코로나 멈췄다". 3 Disember 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  49. ^ a b ""통제 위주에서 선진 방역으로"…북한, 방역 기조 변화?". 10 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  50. ^ a b "[한반도 포커스] 北, 북한판 '위드 코로나'로 전환할까?". 21 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  51. ^ a b c "Singapore plans out new normal life with COVID-19 endemic". 24 Jun 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  52. ^ a b c "Singapore wants to stop counting Covid cases. Its roadmap could be a model for other countries". 30 Jun 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  53. ^ "Singapore strategy of living with COVID raises concern, hope". 30 September 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  54. ^ "Living with Covid: Singapore strategy raises concerns as cases skyrocket". 30 September 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  55. ^ "Singapore strategy of living with COVID raises concern, hope". 30 September 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  56. ^ "Covid cases hit records in South Korea and Singapore despite widespread vaccinations". 1 Oktober 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  57. ^ "'Critical period', but Singapore 'not reversing course' on treating Covid-19 as endemic as cases soar". 10 September 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  58. ^ a b "England takes leap into the unknown, lifting Covid rules as cases surge". 19 Julai 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  59. ^ a b "It's Freedom Day in the UK—but COVID Is Not Going Away Any Time Soon". 19 Julai 2021. Dicapai pada 22 Januari 2022.