Rafik Hariri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rafīq Baha'eddin Al-Harīrī

Tempoh berjawat
Mei 1992 – Mac 2004
Didahului oleh Selim al-Hoss
Digantikan oleh Omar Karami

Tarikh lahir 1 November 1944
Meninggal 14 Februari 2005
Parti politik Tayaar Al-Mustaqbal
Agama Sunnah Waljamaah

Rafik Hariri ialah bekas Perdana Menteri Lubnan . Nama penuh beliau ialah Rafik Bahaa Edine Hariri . Lahir pada 1 November 1944 dan ditembak mati pada 4 Februari 2005. Anaknya Saad Hariri.

Beliau seorang yang kaya-raya, billionaire atau tycoon dalam perniagaan di Lubnan , Arab Saudi dan peringkat antarabangsa.

Rafik Hariri menjadi Perdana Menteri Lubnan dari 1992 hingga 1998. Kemudian sekali lagi menjadi Perdana Menteri dari 2000 hingga 20 Oktober 2004. Beliau mengetuai pembangunan semula Beirut.

Rafik Hariri ditembak mati pada 14 Februari 2005 apabila bom TNT seberat 1000 kg meletupkan kenderaannya di Hotel St George , Beirut ,tengah Lubnan.

Dari bukti-bukti awal, kerajaan Syria bertanggungjawab membunuh Rafik Hariri. Ia adalah perancangan perisik Amerika Syarikat bagi menganiaya musuhnya Syria. Kerajaan Syria menafikan memusuhi Rafik Hariri dan meminta bukti sahih dan serta penyiasatan lanjutan yang lebih adil serta bersama, tidak siasatan sebelah pihak.

Pada 13 Ogos 2010, Setiausaha Jeneral Hizbullah Hassan Nasrallah menyatakan Hizbullah membukti bukti rakaman video bahawa Israel yang sebenarnya bertanggungjawab membunuh Rafik Hariri pada 2005. [1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Rafik Hariri dilahirkan dalam keluarga Islam Sunnah di Pelabuhan Sidon, Lubnan.Menerima pendidikan rendah dan menengah di sebuah sekolah di Sidon . Kemudian belajar pentadbiran perniagaan di Universiti Arab Beirut.

Abangnya Shafic Hariri dan kakak bernama Bahia Hariri. Selepas menerima latihan sebagai guru, Rafik meninggalkan Lubnan , bekerja dalam syarikat pembinaan di Arab Saudi tahun 1965.

Beliau mengahwini Nazik Audeh tahun 1965. Mereka mempunyai 7 anak dan 7 cucu.

1969 mempunyai syarikat pembinaan sendiri bernama Syarikat Ciconest di mana untung besar ketika harga minyak melonjak tahun 1970-an. Seterusnya menjadi tycoon syarikat pembinaan di Arab Saudi dan di Lubnan. Dia diberi kerakyatan Arab Saudi oleh keluarga diraja Arab Saudi di atas kecemerlangannya dalam sektor pembinaan.

Tahun 1993 beliau memilik stsen televisyen Future TV di Beirut dan menguasai beberapa syarikat media cetak Lubnan. Antaranya ialah Al-mustaqbal (The Future).

Dia juga pemegang saham terbesar dalam Syarikat Solidere, sebuah syarikat kerjasama yang membina semula bandar raya Beirut selepas Perang Saudara Lubnan.

Tahun 1982 dia menyumbang $ 2 juta dolar kepada mangsa serangan Israel di Lubnan. Syarikatnya ditugaskan membersihkan jalan yang musnah dan membina semula jalan raya dengan wang poketnya sendiri.

Selepas Serangan Israel 1982, beliau membawa keluarga diraja Arab Saudi untuk melabur di Beirut bersama Philip Habib, dari Amerika Syarikat. Menerusi Taif Accord 1989 yang berjaya menamatkan Perang Saudara Lubnan, akhirnya beliau menjadi Perdana Menteri Lubnan.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

1992 Rafik Hariri kembali ke Lubnan sebagai Perdana Menteri. Beliau berjaya meletak kembali Beirut sebagai destinasi pelaburan antarabangsa melalui pembiayaan Eurobond dan Bank Dunia.

Rafik Hariri berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 1992 hingga 1998. Kemudian sekali lagi dari 2000 hingga 2004.

Krisis beliau dengan Presiden Emil Lahoud berikutan tekanan Syria . Beliau meletakkan jawatan tahun 1998 juga atas tekanan Syria.

Berjuta-juta wang diperuntukkan untuk membiayai 30,000 pelajar Lubnan di dalam dan luar negara. Wang poketnya digunakan untuk menyusun semula masyarat Lubnan.

Perdana Menteri Lubnan sejak Penjajahan Perancis ke atas Lubnan 1943 adalah dari kalangan Islam Sunnah. Dia menyatukan golongan Sunnah, Syiah dan Kristian Maronite.

Rafik Hariri terus menyebelahi Hizbullah walaupun Amerika Syarikat mengecam Hizbullah sebagai pertubuhan pengganas. Baginya Hizbullah telah mengepalai pertahanan melindungi Lubnan dari penjajahan dan serangan Israel. Beliau juga membenarkan Syria melindungi Lubnan dari serangan Israel.

Pada 22 Jun 2005, Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri. 12 Julai 2006 Israel mengebom lapangan terbang ini sebagai simbolik memusnahkan karisma dan idealisme Rafik Hariri.

Majalah Fortune[sunting | sunting sumber]

Rafik Hariri tersenarai 100 usahawan terkaya dunia oleh majalah Fortune. 2002 beliau adalah ahli politik terkaya di dunia. Dia dan keluarganya mempunyai $4.3 bilion tahun 2005. Selepas pembunuhannya, keluarga beliau mempunuyai $16.5 bilion tahun 2006. Peliknya , bagaimana $4.3 bilion boleh mendadak kepada $16.5 bilion.

Rafik Hariri mempunyai kepentingan dari Riyadh , Arab Saudi hingga Paris ke Houston. Anaknya Saad Hariri menjalankan Saudi Oger, sebuah syarikat konglomerat pembinaan.

Tahun 1990, anaknya Bahaa Hariri menerima ijazah dari Universiti Boston, Amerika Syarikat. Bangunan Pengajian Pengurusan di universiti itu dinamakan sebagai Rafik Hariri Building, atas biaya beliau.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Februari 2005, Rafik Hariri terbunuh bersama 18 yang lain , termasuk pengawal keselamatan dan bekas Menteri Ekonominya Bassel Fleihan. `1000 kg Bom TNT dengan kawalan jauh meletupkan kenderaan beliau di Hotel St George, Beirut, Lubnan.

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Rafik Hariri dan lain-lain pemimpin yang anti Syria mempersoalkan penglibatan Presiden Lubnan , Emile Lahoud dalam 'Revolusi Cedar'.

Pemimpin Kristian Druze Lubnan iaitu Walit Jumblatt, dilatih oleh pihak anti-Syria telah dibunuh pada Ogos 2004. Presiden Basyar al-Assad dari Syria mnegaskan bahawa ' Emile Lahoud di pihaknya. Jika Rafik dan Chirac mahu menjatuhkannya, Lubnan akan dipecahkan'. Emile Lahoud adalah juga seorang Kristian Maronite. Umumnya kawasan petempatan Kristian Maronite tidak diserang oleh Israel pada Julai 2006.

Presiden Basyar al-Assad mahu siasatan pembunuhan Rafik Hariri oleh pasukan antarabangsa dengan seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Walit Jumblatt tidak berpendirian teguh . Antara 1970-1990 menyokong Syria. Tetapi sebaliknya selepas kematian Presiden Syria , Hafez al-Assad tahun 2000 .

Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan Resolusi 1595 bagi menghantar pasukan penyiasat pembunuhan Rafik Hariri. Ketua penyiasat iaitu Detlev Mehlis melaporkan pada 20 Oktober 2005 ketua perisik tentera Syria dan abang ipar Bashar al-Assad bernama Assef Shawkat terbabit dalam pembunuhan Rafik Hariri.

Presiden George W. Bush minta mesyuarat PBB mengambil tindakan , kerana ini satu kes yang serius. Amerika Syarikat mendapati ini peluang terbaik untuk menjajah Syria. Pihak Syria mahukan siasatan dilanjutkan dan penyertaan pelbagai pihak. Ini termasuklah pembunuhan pemimpin anti Syrian , Gebran Tueni.

Pada 30 Disember, 2005, bekas Timbalan Presiden Syria, Abdul Halim Khaddam mendakwa Bashar al-Assad terlibat dalam pembunuhan Rafik Hariri.

Rafik Hariri merupakan sahabat karib Presiden Perancis,Jacques Chirac. Chirac mrupakan antara pemimpin antarabangsa yang menghadiri pengkebumian Rafik Hariri.

Israel bunuh Rafik Hariri[sunting | sunting sumber]

Sejak 1993 agen-agen Israel cuba mengadu-domba Hariri dengan Hizbullah. Tujuannya agar meyakinkan mantan Perdana Menteri bahasa kelompok militia Syiah merancang pembunuhannya. Pada 13 Ogos 2010, pemimpin Syiah Hizbullah, Hassan Nasrallah menyatakan mereka mempunyai bukti video bahawa agen Mossad Israel yang bertanggungjawab. Hariri dari aliran Sunnah dan Hizbullah dari Syiah.

[2]
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan