Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor
راج محمد اففند راج محمد نور

PGAT; PMN, PSM, PJN; SSAP; SPMT; SPMP; SPMS; SPTS; SPMK, SPKK; DPPN; DCSM; PSAT; DGMK, DSDK; DSAP; DMPN; PAT; JSM; SMZ; KAT; KMN; PNBB
Panglima Angkatan Tentera Ke-19
Dalam jawatan
16 Disember 2016 – 20 Jun 2018
RajaYang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
Perdana Menteri
Didahului olehJeneral Zulkifeli Mohd. Zin
Digantikan olehJeneral Zulkifli Zainal Abidin
Panglima Tentera Darat Ke-25
Dalam jawatan
15 Jun 2013 – 16 Disember 2016
Didahului olehJeneral Zulkifli Zainal Abidin
Digantikan olehJeneral Zulkiple Kassim
Butiran peribadi
LahirRaja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor
(1958-06-20) 20 Jun 1958 (umur 65)
Kota Putera, Besut, Terengganu
KerakyatanMalaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO (2023–kini)
PasanganPuan Sri Norlida Abdul Mubin
Anak-anak4
Pendidikan
  • MDef Studies
  • MSc Strat and Def Studies
Alma mater
PekerjaanAhli Politik dan Pegawai kanan tentera
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Yang di-Pertuan Agong
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan1976–2018
Pangkat Jeneral
Unit Rejimen Askar Melayu DiRaja
Perkhidmatan
  • Pusat Latihan Asas Tentera Darat
  • Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu DiRaja
  • Markas 3 Divisyen
  • Markas Perancangan & Pembangunan Tentera Darat
  • Divisyen Ke-2
  • Markas Angkatan Tentera Malaysia
PertempuranDarurat Kedua Tanah Melayu
Nombor tentera411967

Yang Mulia Jeneral Raja Tan Sri Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor (Jawi: راج محمد اففند راج محمد نور; lahir 20 Jun 1958, di Besut) adalah seorang pegawai kanan tentera Malaysia, bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT).[1]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Raja Mohamed Affandi telah dilahirkan dari keluarga berketurunan diraja pada 20 Jun 1958, di Kampung Raja, Besut, Terengganu.[2] namun sehingga berumur 16 tahun, Beliau dibesarkan sebagai orang Kemaman.

Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu dan kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan manakala pendidikan menengah pula di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu. Beliau kemudian mengikuti latihan sebagai Bakal Pegawai Kadet di Pre-Officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU) Sekolah Pegawai Kadet di Kem Sebatang Karah, Port Dickson sebelum meneruskan latihannya sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Terengganu. Beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Second Lieutenant) pada 11 Mei 1976 di dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja.[1]

Beliau meneruskan pengajiannya semasa masih dalam perkhidmatan. Beliau memperolehi Master in Defence Studies dari Universiti New South Wales (Australia) dan Master of Science in Defence dan Strategic Studies dari Universiti Quaid-i-Azam (Pakistan).[1]

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi terlibat secara langsung dalam Insurgensi Kedua Tanah Melayu semasa zaman mudanya sebagai pegawai tentera. Beliau memimpin unitnya sebagai Ketua Platun dan kemudian sebagai Ketua Kompeni yang menentang pemberontak komunis. Beliau meneruskan kerjaya tenteranya sebagai Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Jurulatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (18 RAMD), Pegawai Staf 1 Bahagian Keselamatan Negara, BKN,(sekarang Majlis Keselamatan Negara Malaysia), Pegawai Staf 1 Tadbir di Cawangan Sumber Manusia Tentera Darat, Ketua Staf Markas 3 Divisyen, Assisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan serta Panglima 2 Divisyen.[1]

Beliau telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral pada 2 Jun 2008 dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat. Pada 31 Oktober 2009, beliau ditugaskan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia. Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke Jeneral pada 15 Jun 2013 dan pada masa yang sama memegang jawatan Panglima Tentera Darat (PTD).[1]

Dengan pengalaman luasnya dalam pelbagai jawatan Pemerintahan dan Pegawai Staf, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang Ke-19 pada tanggal 16 Disember 2016, menggantikan Jeneral Zulkifeli Mohd Zain yang bersara daripada Angkatan Tentera.[3]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Antara anugerah kebesaran tentera, persekutuan dan negeri yang dikurniakan kepada Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi adalah PGAT PMN PSM PJN SSAP SPMT SPMP SPMS SPTS SPMK SPKK DPPN DCSM PSAT DGMK DSDK DSAP DMPN PAT JSM SMZ KAT KMN PNBB.[1]

Anugerah luar negara[sunting | sunting sumber]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi telah berkahwin dengan Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin dan dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "Profil Panglima Angkatan Tentera". Malaysian Armed Forces HQ (MAFHQ) Portal. 6 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-16. Dicapai pada 2018-05-07. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Saat, Abdullah Sidek (22 April 2012). "Sejarah Negara Besut". Falahiah. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Md. Yusof, Mohd. Azraie (22 June 2016). "Raja Mohamed Affandi Panglima ATM baharu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24.
  4. ^ https://www.mindef.gov.sg/web/portal/mindef/news-and-events/latest-releases/article-detail/2018/march/20mar18_nr
  5. ^ "Seramai 35 orang menerima Bintang Kebesaran NBD". Pelita Brunei. 15 Julai 2017. Dicapai pada 24 Jun 2018.