Ramlah binti Mohamad Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ramlah bt Mohamad Sulaiman
Siput sarawak.jpg
Siput Sarawak
Lahir Ramlah bt Mohamad Sulaiman
Bendera Malaysia Kuching, Sarawak, Malaysia
Nama lain Siput Sarawak
Berkahwin dengan S. Roomai Noor
Anak Anita Sarawak + 15 anak angkat

Siput Sarawak atau nama sebenarnya Ramlah bt Mohamad Sulaiman merupakan seorang seniwati filem Melayu. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak.

Beliau berlakon kali pertama dalam filem arahan B.S. Rajhans, Cinta bersama Allahyarham S. Roomai Noor pada 1948. Filem Cinta memberi makna kerana selepas itu beliau dan S. Roomai Noor berkahwin, lalu dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini, sekarang lebih terkenal sebagai Anita Sarawak.

[sunting] Penglibatan dan Kerjaya Seni

Mengimbas sejarah awalnya, Siput mula berlakon bangsawan Siput Kuyung bersama bapanya Dollah Sarawak (nama sebenar Mohamad Sulaiman) sejak berusia 11 tahun. Dollah Sarawak adalah nama besar dalam dunia bangsawan yang kemudian menjadi pelakon filem.

Beliau merupakan seorang yang buta huruf tetapi mampu menghafal semua skripnya yang dibacakan oleh orang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, Siput menjadi penyanyi kabaret di Singapura sebelum berpeluang berlakon dalam filem pertamanya berjudul Singapura Waktu Malam.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon lebih kurang 50 filem terbitan Malay Film production dan Cathay-Keris dan antara lakonan beliau yang paling menonjol ialah 'Hujan Panas', "Muda Mudi", Racun Dunia, Korban Fitnah, Patung Chendana, Hujan Gerimis, Naga Tasik Chini, Jiran Sekampung' dan 'Mangsa'. Beliau juga pernah berlakon di bawah terbitan Merdeka Studio, Kuala Lumpur untuk filem Keluarga 69 bersama P.Ramlee. Filem Hujan Panas adalah antara filem yang paling digemarinya. Keberkesanan lakonannya dalam filem itu membuatkan beliau terus mendapat peluang berlakon watak jahat.

Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, selain daripada Seniman Salleh Kamil, Siput adalah pelakon yang dibenci kerana keberkesanan watak jahatnya.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara bersama Azean Irdawaty dan juga seniman dan seniwati seangkatannya seperti Aziz Sattar, Mahmud Jun, Salmah Ibrahim dan Aziz Jaafar arahan pengarah berkaliber, Shuhaimi Baba pada tahun 1997.

[sunting] Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 3 Jun 1999 ketika berusia 78 tahun di block 9 Kempas Road singapura. dan jenazah beliau selamat disemadikan di Pusara Abadi di kawasan LIm chu kang Singapura.

[sunting] Anugerah dan pencapaian

  • Anugerah Artis Veteran di Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM-9) pada tahun 1991.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan