Salleh Kamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Allahyarham Salleh Kamil

Salleh Kamil
Lahir Salleh Abdullah
24 April 1924(1924-04-24)
Singapura Singapura
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1950-an - 1960-an
Pasangan Zahrah Pagi
Jumini Simin
Anak 18 orang

Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil ialah seorang pelakon Malaysia. Dia dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Beliau mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura.

Isi kandungan

[sunting] Kerjaya seni

Watak berdialog pertamanya ialah melalui filem Miskin arahan K M Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti Sedarah (S Ramanathan) memegang peranan jahat.

Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari. Ketika itu, Salleh muncul dalam filem Penghidupan arahan L. Krishnan. Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam filem Lela Manja serta watak lawak dalam filem Tiga Abdul yang membawa watak Tuan Penasihat, seorang lelaki batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nesfu). Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.

Pada 1967, Salleh muncul dalam filem Raja Bersiong arahan Jamil Sulong. Walaupun MFP ditutup tahun itu, beliau terus menetap di Boon Teck Road sehingga 1973.

[sunting] Kematian

Beliau berkahwin sebanyak dua kali dengan isteri pertama Zahrah Pagi, dan isteri kedua Jumini Simin. Mempunyai 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 dalam usia 74 tahun kerana sakit tua.

[sunting] Filem lakonan

[sunting] Pencapaian

  • Pelakon Pembantu Terbaik dalam Penarik Beca (1955) dengan mendapat gelaran The Leading Crook Actor

[sunting] Rujukan

  • www.emedia.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/Persona/20060508155305/Article/ Rencana Salleh Kamil di Utusan Malaysia (pautan 24 Oktober 2007 tidak lagi aktif).
  • Lakonan Salleh sukar ditandingi.

[sunting] Pautan luar